Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Senyap Bukan Selamanya


Bila mata tidak dapat melihat,

Jangan anggap sesuatu tidak ada,

Bila telinga tidak mendengar suara,

Jangan anggap suara tidak ada.


Sekian lama berkata-kata,

Senyap pula buat sementara,

Bukan berhenti daripada berkarya,

Apalagi mengalah dengan dunia.


Cuma manusia tetap manusia,

Mempunyai masa turun naiknya,

Berhenti untuk menempuh dunia nyata,

Menguji benarnya kata-kata,



Friday, July 20, 2012

Artikel Osem Ramadhan !!

Sibuk melayan tetamu agung Ramadhan *_*

jadi, sekadar sempat untuk listkan beberapa Atikel saya yang terdahulu mengenai Ramadhan :)

dan juga beberapa link ustaz-ustaz yang sangat best dan Osem :)

-Jangan Tersungkur di Bazar Ramadhan
-Ramadhan berangkat pergi
-Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
-Ramadhan di penghujung waktu 

APG - Hadiah Agung Daripada Tuhan
SaifulIslam- Ramadhan
Naimul Firdaus- Pencerahan soal Tarawikh
IM Ashraf- Tadarus sepajang Ramadhan
LI- Ramadhan Kareem!!

selamat berpuasa semua~

^_^

pss: nanti saya tulis yang baru ya =D

Sunday, May 6, 2012

Cerpen: Pohon Cinta Abadi


Oleh:M.Muhsin Hairudin           
Seperti biasa semua, tolong komen ya ^_^

     ~Pohon Cinta Abadi~

                Zulaikha memandang mushaf al-quran itu. Gerak hatinya ingin membelinya. Corak di kulit mushaf itu sangat memikat hati. Tangannya ringan membelek-belek mushaf kecil itu. Terbitan Yayasan Restu. Penerbit dan pusat penulisan dan penyalinan Al-Quran Mushaf Malaysia versi terkini dan mempunyai ciri-ciri dekorasi alam melayu. Iluminasi yang bercorakkan flora dan fauna gagasan Melayu.

                Sangat cantik, getus hati kecilnya.

                “sayang, mahu beli apa itu?” satu suara tiba-tiba hinggap di telinganya.

                Zulaikha terus menoleh . “abang”

                Dihadapannya seorang lelaki sebaya dengannya. Berkopiah putih. Berjanggut sejemput . tersenyum manis kepadanya. Tangannya memegang tangan isterinya itu.

                “Bukankah al-Quran di rumah sudah banyak? Kenapa mahu beli lagi?” suaminya bertanya lembut.

                “cantik sangatlah abang. Rugi pula rasa kalau tidak beli” mata Zulaikha lekat kepada mushaf itu.

                “kalau beli sahaja, tidak baca. Buat apa?” suaminya menyakatnya. Dia bergerak ke arah bahagian lain yang menjual kopiah.

                “saya ini memang rajinlah baca Al-Quran Ustaz Zul Firdaus” Zulaikha membalas sambil menarik tangan suaminya itu. Mesra.

                Firdaus hanya tersenyum sambil terus berjalan, “sekejap, kopiah ini cantik sangatlah. Abang memang sudah lama cari”

                Zulaikha memanjangkan tengkok, ingin lihat. Sebentar kemudian, dia ketawa kecil.

                “kenapa?” soal Firdaus sambil mencuba kopiah itu di atas kepala. Matanya mencari-cari sesuatu.

                “tadi abang kata kepada saya. Sudah banyak, kenapa mahu beli. Sekarang ini, abang pula”

                Firdaus masih endah tidak endah. Apa yang dicari masih belum kelihatan.

                “kopiah abang di rumah itu juga sudah banyak. Kenapa mahu beli lagi?” sambung Zulaikha.

                Suaminya masih endah tak endah.

                Zulaikha geram, “abang dengar tidak? Abang cari apa itu?”

                Firdaus kaku sebantar. Dia kemudian senyum. “maaflah, abang cari cermin. Mahu lihat ok atau tidak kopiah ini”

                “apalah abang ini. Ini, cermin ada di depan mata abang” kata Zulaikha sambil tersengih.

                “mana?” Firdaus hairan. Yang ada di hadapannya hanya isterinya sahaja.

                “sayalah” kata Zulaikha sambil tersenyum.

                Firdaus ketawa kecil. “maaf, abang lupa”

                “ok tak?” soal firduas sambil memperagakan kopiah yang mahu dibelinya itu.

                Zulaikha meletakkan tangan di dagu, gaya berfikir. Kepalanya di gerakkan kiri dan ke kanan. Memandang daripada semua sudut.

                “ok. kacak seperti biasa” Zulaikha membeli konklusi. Memang cermin yang boleh berkata-kata. Firdaus mengagguk kecil.

                Mereka berdua menuju ke kaunter bayaran. Kelihatan lelaki yang bertugas memasukkan satu cakera padat ke dalam pemain cakera padat. Satu alunan merdu terbit daripada corong radio.

                Zikir yang sangat merdu dan halus. Menusuk ke hati.

                Langkah Zulaikha kaku, matanya membesar. Memori lama tiba-tiba menerjah fikirannya. Dunia sekelilig seakan berhenti.

                Sendiri.

*****************************

                “Emak ini menang tidak faham saya langsung!” jerit Zulaikha daripada biliknya. Pintu biliknya dikunci rapat.

                Emaknya di ruang tamu tergamam. Sedih mendengar anaknya sendiri berkata sedemikian rupa.  Hati ibu mana yang tidak sedih? Anaknya sendriri yang dikandunagnya sembilan bulan, dijaga semenjak kecil dijaga dan dimanja, apabila sudah meningkat dewasa. Melawan kata ibu. Kurang adap. Melebihkan kawan-kawan.

                “biarlah dia. Remaja sekarang memang begitu” suara si ayah menjengah. Surat khabar diselak lagi. Bahagian saham.

                “bagus! Bagus! Saham kita bertambah. Kita untung besar!” katanya sambil ketawa. Sambil-sambil menghirup air tea import daripada Landon.

                “kamu tahu tidak? kita melabur dalam perniagaan itu memang untung. Setiap waktu kita akan mendapat untung. Memang tidak rugi. Jika kita boleh hidup selama-lamnya, untung pelaburan kita masih lagi ada. Ibarat pohon yang tidak akan mati. Untung yang tidak berkesudahan” ayahnnya menambah. Kata-kata yang selalu diucapnya. Ibarat pohon yang tidak akan mati. Untung yang tidak berkesudahan.

                Emaknya menggeleng. “anak kita itu mengapa ya? Kita sudah beri semua perkara. Wang, pakaian dan kebebasan. Tetapi, mengapa dia masih tidak hormatkan kita? Dia itu satu-satunya anak kita” ibunya menyuarakan kegusaran yang bersarang dihati. Tidak berminat dengan perkara yang sering didengarnya itu.

                “kamu ini. Risau lebih-lebih pula” wajah si ayah masih terlindung oleh surat khabar.

                “abang memang begitu, semuanya tidak ambil berat. Yang penting, saham. Saham. Saham” si ibu bangun meninggalkan tempat itu. Rimas.

                Surat khabar itu diturunkan. Matanya memandang isterinya berlalu pergi.

                “nanti saya tambahlah duit saku anak kita itu. Nanti baiklah dia” kata ayahnya separuh melaung kepada ibunya.

                Tiada jawapan. Mungkin sudah jauh pergi. Bungalow mereka sangat luas dan mewah.

                Dalam masa yang sama, Zulaikha di bilik menangis seorang diri.

Sedih dan tertekan.

**************************

                Zulaikha duduk di kantin kampus. Fikirannya melayang jauh.

                Dia terfikir apa yang masih mengganggunya. Dia hairan.

                Dia ada segala-galanya. Semua perkara yang kawan-kawannya inginkan. Dia ada semuanya. 
Wang ringgit, kereta mewah, pakaian berjenama, rumah mewah, pensyarah peribadi, akedemik yang baik 
dan wajah yang ayu. Dia ada semuakat Datuk. Mempunyai saham yang tinggi dalam sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Ibunya pula tidak kurang hebatnya. Seorang pemili butik mewah yang sangat terkenal. Butik ibunya sering menjadi pilihan artis-artis terkenal tahan air untuk menempahpakaian.Pendek kata, dia mempunyai ibupapa yang jutawan.

                Namun begitu, dia masih merasakan satu lompong kosong dalam hatinya. Bahagia yang dirasanya hanya seketika. Kadang-kadang, apabila dia inginkan keseronokan, dia akan ke taman tema. Berseronok di sana. Kawan-kawan lelaki bercampur perempuan. Seronok.

                Tetapi hanya apabila berada di sana sahaja. Apabila pulang ke rumah. Kosong kembali.

                Bahkan dia pernah pergi ke kelab-kelab malam yang mewah. Hanya untuk orang-orang tertentu. Gembiranya juga hanya seketika. Dia tahu dia masih kehilangan sesuatu. Sesuatu yang masih belum ditemuinya.

                Dia juga sudah beberapa kali betukar teman lelaki. Semuanya orang-orang kenamaan. Tetapi hubungan mereka tidak pernah berakhir dengan pernikahan. Mereka hanya menganggap semua itu sebagai permainan. Kereka fikir mereka masih terlalu muda untuk berkahwin. Masih mahu hidup bujang. Bujang lebih bebas. Mudah untuk berseronok.

                Matanya melirik ke arah seseorang, Firdaus yang baru saja keluar daripada surau kampus. Mungkin baru selesai solat.

                Solat? Perkara itu sudah lama janggal di fikiran. Hanya yang penting, solat hari raya. Itupun dua kali setahun.

                Dia mengeluh sendiri.

                Angin yang bertiup mebelai rambutnya. Beralun mengikut rentak angin.

                Tiba-tiba, telifon bimbitnya berbunyi.

                Dia mengeluarkan I Phone 4nya. Telifon yang dihadiahkan oleh ayahnya sebagai ucapan tahniah kerena mendapat kedudukan teratas semesta yang lalu. Namun, ayahnya tidak pernah hadir dalam apa juga majis yang dibuat di universitinya. Sejak daripada sekolah rendah lagi, walaupun medapat banyak anugerah setiap tahun. Ayahnya tidek pernah hadir. Sibuk.

                Dia membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya.

                “ cik Zulaikha Qistina. Kereta cik masih lagi di bengkel. Perlukah saya jemput cik daripada kampus?” pesanan ringkas daripada pemandu khasnya. 

                Zulaikha mendengus. “Waktu-waktu ini pulalah mahu buat penukaran enjin. Sekarang, siapa yang susah? Saya juga!” Zulaikha mengomel sediri. Zulaikha sedikit sedih.

                Sudahlah moodnya tidak begitu baik hari ini, kereta pula tiada. Dia nekad ingin balik sendiri. ingin menunjukkan protes kepada ibu dan ayahnya. Idea penukaran enjin itu juga idea ayahnya. Katanya, agar kereta itu lebih berharga dan berkualiti. padahal, kereta itu sendiri telah mececah harga ratusan ribu.

                Zulaikha nekad ingin pulang sendiri.

                Dia bangun meninggalkan kafeteria. Fikiranya celaru.

********************************

                Zulaikha berasa janggal berada di situ. Sangat jarang dia berada di perhentian bas. Lebih tepat, tidak pernah. Seumur hidupnya tidak pernah menunggu teksi, apatah lagi bas.

                Namun atas dasar untuk menunjukkan protesnya kepada ayahnya. Dia sanggup. Pasti ayahnya akan marah adabila dapat tahu dia menaiki teksi.

                Tidak ada kelas!

                Kali ini Zulaikha nekad. Biarlah ayahnya ingin marah, asalkan dia mendapat peluang untuk bersembang dengan ayahnya dan perhatian ayahnya. Perkara yang amat jarang dirasanya.

                Kelihatan dari jauh sebuah teksi. Zulaikha mengangat tangan.

                “Berhenti! Berhenti!” panggilnya.

                Orang di sekeliling memandangnya. Mana pernah orang berbuat sebegitu. Jika ingin menaiki teksi, sekadar menghulurkan tangan.

                Teksi itu berhenti. Seorang lelaki separuh abad tersenyum.

                “Mahu ke mana cik?” soalnya cermat.

                “Saya mahu ke Pandan Mewah Heights” katanya sambil membuka pintu.

                Lelaki itu hanya mengangguk.

                Teksi mula bergerak. Zulaikha memandang sekeliling. Tidak biasa. Amat berbeza dengan kereta miliknya, jauh lagi daripada kereta ayahnya.

 Kemasan dalaman kulit asli.

                Sangat berbeza berbeza dengan kereta ini. Kemasan dalam sekadar PVC, getah dan plastik. Cantik. Tetapi tidak exsekutif. Lansung tidak mewah.

                “pertama kali naik teksikah cik?”Lelaki yang sedang memandu itu menegur. Mungkin perasan dengan reaksi Zulaikha.

                “ya. Selalunya saya balik dijemput oleh pemandu saya” balas Zulaikha. Kali ini, dia tiada alasan untuk biadap. Lelaki itu bertanya dengan berhemah sekali.

                Lelaki itu mengangguk. Tangannya memasuk satu cakera dalam pemain cakera keretanya itu. Sambil-sambil itu dia berkata. “mana milik kita?”

                Zulaikha tersentak. “apa?”

                “Oh, maaf. Ini tajuk lagu yang saya mahu pasang ini. Mana milik kita. Maaflah buat cik terasa” balas si pemandu sambil memandang ke jalan.

                Zulaikha sekali lagi tidak jadi marah. Salah faham rupanya.

                Satu sinfoni mula muncul daripada corang pembesar suara kereta. Lembut dan menenangkan.

                Zulaikha terpegun. Dia tidak pernah lagi mendengar lagu sebegini sebelum ini. Lain daripada lagu-lagu yang selalu didengarinya. Dia amat meminati lagu-lagu korea dan lagu artis terkenal tempatan, lagu-lagu baru terbit semuanya habis dibeli.

                Cumanya genre nasyid sahaja yang tidak dibelinya. Kawan-kawanya juga tidak membelinya. Mana mungkin dia beli barang-barang yang tidak famous dan ‘tidak’  berjenama .

                Bait bait lagu ini terasa dingin. Sedingin air yang menghilangkan haus orang yang berada di tengah panas padang pasir. Hati Zulaikha tersentuh lembut.

                Dunia seakan hanya ada dia seorang. Dia tenggelam dalam menghayati lagu itu.

Mana milik kita.

Tidak ada milik kita.

Semua yang ada .

Allah yang punya.

Tidak ada kita punya.

Kita hanya mengusahakan saja.

Apa yang kita dapat.

Allah sudah sediakannya.

Mengapa kita sombong.

Memiliki Allah punya.

Mengapa kita angkuh.

Kepada Allah yang empunya.

Malulah kepada Allah.

Kerna milik Dia punya.

Bait bait lagu itu menyentuh hati Zulaikha.

Tanpa disedari, matanya mula berkaca.

Terbitnya manik-manik jernih daripada matanya.

Perjalanan ke rumahnya terasa amat panjang.


************************

Pintu rumah dikuak perlahan.

Zulaikha melangkah perlahan-lahan, “assalamalaikum”

Mulutnya terasa ringan untuk mengucapkan kalimah suci itu. Diucapkan dengan hadirnya rasa. Bukan sekadar ucapan biasa. Ucapan yang telah lama hilang daripada bibirnya.

Hanya pembantu rumah yang bertugas menjawabnya. Itupun dengan wajah terkejut. Selama ini, tidak pernah mereka mendengar ucapan itu daripada mulut Zulaikha.

Zulaikha tidak berbicara panjang. Dia terus melangkah ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Di dalam mindanya bermain apa yang ingin dilakukannya.

Komputer ribanya dihidupkan. Jenama apple menjadi pilihan hati. Selain kualitinya yang sangat baik, perisiannya yang unik juga menjadi sebab kenapa jenama itu dipilih. Soal harga tidak pernah menjadi masalah.

Dia pantas menaip sesuatu dipapan kekunci. Mencari di enjin carian. Hatinya tergerak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agama dan juga kumpulan nasyid yang baru didengarnya tadi. Kumpulan yang masih belum diketahui namanya.

Skrin computer ribanya menunjukkan hasil. Banyak, amat banyak.

Satu persatu tab baru dibuka. Skrinnya penuh dengan banyak laman web yang berkaitan. Kesemuanya tidak pernah dikujunginya. Selalunya, dunia internet hanya digunakan untuk laman web sosial, youtube,membeli belah di internet, muat turun filem  dan sekadar mencari maklumat untuk pengajian di kelas. Tidak lebih daripada itu.

Nama-nama seperti Saifulislam.com, gentarasa.com,zaharuddin.com, iluvislam.com, langit ilahi.com dan lain-lain web yang sama jenis dengannya tidak pernah disinggahi. Apakan pula laman web antarabangsa seperti harun yahya.com dan lain-lain lagi. Memang tak pernah ditinggalkan jejak.  Mungkin pernah dihinggapi rasa ingin tahu. Tetapi, atas dasar ‘not my type’. Niatnya itu ditangguhkan . Sehinggalah kini.

Matanya lekat di skrin. Ibarat satu dunia yang baharu. Lain daripada yang diketahuinya. Benarlah kata sesetengah orang, segalanya ada di internet.

Anda hanya perlu pilih denga bijak.


********************

Keesokanharinya, dia seperti biasa pergi ke kampus. Kali ini, mencari sesorang. Dia tunggu di kerusi di hadapan cafeteria, menunggu sesorang.

Namun hari ini, dia mengenakan pakaian yang sedikit lain daripada biasa. Lebih sopan. Dia menunggu seseorang.

Firdaus.

Entah mengapa, Zulaikha rasa Firdaus mempunyai jawapan untuk apa yang ingin diketahuinya.

Tepat pada waktunya, Firdaus muncul di balik pintu masuk. Senyumannya tidak perlah lokek daripada bibirnya. Hampir sesiapa sahaja yang dijumpainya, senyuman sentiasa menyapa.

“Assalamalaikum”

“waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi datang” balas Zulaikha sambil mempersilakan Firdaus duduk di sebelahnya.

“Tidak ada masalah. Terima kasih, saya rasa saya lebih selesa berdiri sebentar. Baru jalan jauh ni. Jadi ada apa?” balas Firdaus sambil tangan menyeluk kocek.

“Bolehkah awak ajarkan saya agama?” Zulaikha terus berterus terang . matanya memandang kebawah. Di tangannya , aldum rabbani yang baru dibelinya.

Mata Firdaus membesar, terkejut.

Mengapa saya?
*************

“Arwah Ustaz Asri adalah seorang jutawan akhirat. Beliau mempunyai perniagaan yang tidak akan rugi untuk selama lamanya. Untung yang tidak akan pernah berakhir”

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”


“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”maksud Ayat 11 dan 12 daripada Surah As-Sof dibacanya.

Tangannya disapa lembut, mengembalikannya daripada lamunan masa silamnya.

Senyum Firdaus  menyapanya lembut. Tidak pernah hilang daripada bibirnya itu.

“Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi." (Al-Fathir :29)”

Sambung Firdaus.

“Terima kasih abang” muncul kata-kata yang ikhlas daripada hati Zulaikha.

“Sudah-sudahlah sayang, malu kat orang ni” sambil menepuk-nepuk lembut tangan isterinya itu.

Mereka ketawa kecil.

Zulaikha teringat akan kata-kata ayahnya yang paling selalu diulang-ulangnya,

Ibarat pohon yang tidak akan mati. Untung yang tidak berkesudahan.

Akan tetapi, ada yang memilih pohon dunia, padahal, kita boleh mendapatkan kedua-duanya.

Pohon di dunia dan di akhirat.

Itulah pohon cinta abadi.

Cinta kepada Allah

Cinta yang abadi.


Untung yang tak pernah berkesudahan.



p/s: Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hamba-hambanya yang soleh .Amin.
                
Seperti biasa semua, tolong komen ya ^_^

Wednesday, February 15, 2012

Bangla beriman

Siapa yang kenal abang bangla ni? ^^

Pertama kali bersalaman dengannya selepas solat, saya sedikit terkejut.
'kasarnya' detik hati saya.

Bukan cara bersalam dia yang kasar, tetapi tapak tangannya terasa sangat kasar. Maklumlah, buruh kasar. Semacam permukaan di tapak kaki. (lapisan kulit yang mempunyai Stratum Lucydum)

Dari situ saya terfikir, 'boleh buat enrty blog ni, sangat menarik'

Menarik?

Bukan kerana tangannya itu, tetapi empunya tangan itu.

Sedikit perbandingan

Dia berada jauh daripada negaranya dan keluarganya, tetapi solatnya masih rapat bersamanya.

Kita di sini di tanah air kita, bersama keluarga kita, solat kita bagaimana?

Dia bekerja teruk, sangat meletihkan dan memenatkan, memerah keringat , solatnya masih mampu dikerjakan.

Kita bekerja di dalam keadaan yang biasa-biasa dan tidak perlu berjemur di tengah panas, solat kita bagaimana?

Dia bekerja teruk, gajinya tak seberapa berbanding kita. Tetapi bandingkan solatnya dengan kita.

Sekurang kurangnya dia tidak meninggalkannya.


"Sesungunya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling tinggi Taqwanya"

Kita?

Sekadar pergi belajar diluar negara, sudah lupa untuk solat. Lupa akan tiang agama kita. Tanpa tiang, robohlah agama.

Jangan kata ke luar negara, sekadar sudah keluar daripada pandangan ibubapa, solat juga sudah tiada.

Daripada kampung di Utara , menyambung pelajaran ke Kuala Lumpur. Sudah hilang tudungnya, solatnya dan sopannya. Risau kalau-kalau agamanya turut 'hilang'.

Risau.

Saya dengar

Ya, bukan semua sebegini.

Kacang lupakan kulit.
Ibarat meggi lupakan plastik meggi.
Ibarat pahat dan penukul.


Cumanya bagi yang berperangai sebegini, malulah kamu.

Malu dengan Allah dan RasulNya,
Malu kepada keluarga,
Malu kepada masyarakat,
Malu kepada alam,

Malu kepada diri sendiri,

dan

Malulah dengan abang bangla ini.

Bukan sebarang bangla,

BANGLA BERIMAN!

Monday, February 6, 2012

Secebis Cinta Seorang Ummat


Dua tiga hari saya berfikir, bahkan mungkin seminggu sebelum tarikh Maulud Nabi,
"Apa yang hendak dicoretkan?"

Apa yang perlu dikatakan dan dicoret mengenai manusia agung ini. Terlalu mulia. Terasa hina tangan ini hendak menulis mengenai Baginda Nabi Muhammad. Bukan apa, dia manusia pilihan Allah, sedangkan kita ini , ibarat langit dan bumi bezanya kita.

Cintanya kepada kita masih lagi terasa sehingga kini, biarkan sudah leboh 1000 tahun dia pergi, cintanya masih terasa. Kata-kata sayangnya kepada umatnya tak pernah putus, pedoman dan hadisnya masih utuh dalam ingatan ulama kini, sentiasa disebarkan ke seluruh dunia.

Benarlah, dialah Rahmat ke seluruh Alam.

Wujudkah manusia yang mencintai mereka yang masih lagi belum ada? cinta kepada ummat yang akan datang? 1000 tahun mendatang?

Cinta yang benar-bener cinta.

Ambil berat dan risau tentang ummatnya. Berdoa untuk ummatnya.

Cintanya tak pernah malap.

masih menyala ,

dan akan terus menyala.

Manusia sebegini Agung, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keistimewaannya.

Kerana semua inilah saya kelu.




Hanya berselawat,

mengamalkan suruhan dan kata-kata baginda, kerana semua itu daripada Allah.

menghidupkan sunnah di mana saja selagi termampu

menyelak lembaran-lembaran kitab-kitab hadis

menyebarkan dakwah untaian kasih daripada baginda

hanya itu yang mampu

untuk membalas cinta baginda.


Teringat kata-kata seorang ulama,

"tiada dua kasih sayang(cinta Allah dan cinta Rasul), kecuali satu kasih sayang (cinta Allah dan Rasul itu satu) sahaja"

“O Allāh, shower blessings and peace and mercy on our master and chief - Muḥammad, the best of creation, and his family, with every glance and every breath, as many times as the number of all things encompassed within the knowledge of Allāh.”

Read more: http://islamic-quotes.com/page/3#ixzz1kgH6qzKO


Wednesday, January 4, 2012

Manusia Tanpa Ruh = MATI

Mayat

benarlah kata mereka
yang mati mengajar yang hidup

apabila kamu mengenal diri kamu
kamu akan mengenal kebasaran Tuhan kamu

di depan mata suatu kepastian
cuma apa yang mahu dilihat?
yang tersurat atau yang tersirat?

apa nilai kita?
ibarat mesin tanpa nyawa
kaku dan beku

Allah
bantulah aku mengenal diriku
agar aku benar-benar dapat mengenal Mu
Amin

p/s: pertama kali berhadapan dengan mayat. Menarik~
sudah dalam list name untuk sukarela, dan aku tak menyesal. Caiyok!! ^^


Tuesday, January 3, 2012

2012 Bukan sekadar nombor...


Tahun baru menjengah lagi
bukan sekadar nombor yang bertambah
bahkan...



Umur

Kita tidak boleh mengubah bilangan nombor itu
Tetapi kita boleh mengubah diri kita
Jadi
kamulah yang memilih berapa umur kamu
bukan nombor

^^



Sunday, December 18, 2011

Menghilangkan rindu~






Rindu?

Ya, saya benar-benar rindu.

Siapa?

Dia bukan siapa-siapa.

Dia Murabbi

Tidakkah kita rindu dengan mereka yang merindui Allah?

Para ilmuan

Walaupun sekadar memandang mereka, hati ini menjadi lembut dan lunak.

Muhasabah~

P/s: Top Up iman dan ilmu di Bertam ^^


Friday, November 25, 2011

Hargai tanpa naluri


Hargai tanpa naluri


Manusia sering menyesali

Apa yang telah pergi

Walaupun sekadar sebentar tadi

Detik pergi tanpa dihargai


Dalam meniti usia hari-hari

Belajar dan mengerti

Mengerti untuk apa menghargai

Menghargai apa yang diberi


Segalanya diberi Ilahi

Masa tenaga sihat harta diberi

Tak lupa juga denyut di nadi

Pernahkah kita menghargai?


Agar tidak sesal di hari nanti

Aku cuba menghargai detik ini

Bukan sekadar naluri hati

Tetapi atas dasar ilahi


Belajarlah menghargai

Setiap detik yang diberi

Kerana pasti dikira nanti

Nanti di waktu yang pasti



M.Muhsin Hairudin

00.09am 26-11-11

Mood: berfikir panjang.

1)Apa yang sudah dilepas seperti mula bertaut kembali.

Padahal sudah ada yang mula menghinggapi

2) Apa yang diingin sudah dalam lingkungan. Hanya perlu sempurnakan langkah. Moga diberi kekuatan yang dicari Ya Allah

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Korbankanlah masa kerana Allah,
kerana masa itu milikNya,
Korbankanlah tenaga kerana Allah,
kerana semua itu ibadah yang indah,
Korbankanlah cinta kerana Allah,
kerana Dialah sebenarnya pemilik cinta,
korbankanlah harta kerana Allah,
kerana itu semua milikNya.

~berkorban jangan sampai terkorban~

Salam Aidil Adha daripada khalifah ^^

Saturday, October 29, 2011

Hilang nilai puitis?


Apa yang saya perasan baru-baru ini, saya kurang berpuitis. Sangat-sangat kurang. Entah mengapa, samada saya yang kehilangan sentuhan itu ataupun kehilangan inspirasi untuk menulis itu.

Adakah benar? Entah.

Sahabat saya , Fikri Wahid pernah berkata, setiap orang pasti ada 'seseorang'. Tidak kisahlah siapapun orang tersebut. Mungkin benar, dan mungkin tidak.

Entri kali ini lebih bersifat santai untuk diri sendiri.

Mungkin sedikit coretan.

Terima kasih
kerana kembali memberi
hati usang yang dulu dicuri
agar bisa dicuci nurani

kerana hati itu untuk Ilahi
dan untuk hati yang bertautkan Ilahi
ikhlaskan dalam memberi
agar bererti segala hidup ini

p/s: Esok akan bertolak ke Bertam.Mungkin akan makin sibuk selepas ini. Mohon doanya ^^

Monday, August 8, 2011

Ramadan datang lagi



Ramadan datang lagi
Membawa seribu satu kaberkatan
Membuka peluang keampunan
Bagi hambaNya yang inginkan perubahan

Lama sudah menempuh badai
Badai dunia yang mengentam diri
Tak pernah kenal erti berhenti
Kecuali tika saat kita mati

Ramai manusia bertuhan
Tetapi bertuhankan nafsu sendiri
Tak mampu menolak apa yang diingini
Biarpun dosa maruah galang ganti

Ramadan itu taman
Taman untuk merawat diri
Daripada luka parah noda duniawi
Agar bekal taqwa dapat dicari

Sehebat-hebat Ramadan
Tuhan Ramadan lebih Maha Hebat
Mengapa hanya beribadat tika Ramadan?
Kita bukan hamba bulan ini

Allah matlamat kita
Dunia ini perjalanan sementara
Ramadan itu pemudah cara
Agar Taqwa dapat dibawa

Salam Ramadan Al-Mubarak
8 Ramadan 1432h

Thursday, July 7, 2011

Kamu Kenal apa itu FITNAH?


Fitnah

Fitnah itu barah
Yang melahap manisnya ukhwah
Yang menyentap naluri fitrah
Atas berita yang benar-benar salah

Fitnah itu

Perkara keji lagi mazmumah
Mempertonton aib yang betul entah
Memperkosa tingginya maruah
Dek kerna hati penuh amarah

Fitnah itu

Tiap waktu tiap masa makin parah
Jika dicanang manusia akalnya punah
Punah rosak dek dengkalnya tarbiah
Akal budi kekeringan ilmiyah

Fitnah itu

Lebih buruk berbanding membunuh
Kerna bunuh hanya satu jasad sudah
Fitnah itu pencetus musibah
Musibah besar merosak ummah

Fitnah

Bertaubatlah dengan perkara yang sudah
Jangan dicipta dicanang aib yang telah
Telah dilaku orang yang pernah
Kerana kita semua pernah salah

Wednesday, May 11, 2011

Marah


Marah

Marah itu api
Dibakar oleh nafsu sendiri
Disokong oleh syaitan pendengki
Dengki dengan ukhwah islami

Marah punya aura tersendiri
Penyebab manusia terasa dihati
Gelisah gundah menyapa hati
Aura itu menggelapkan harmoni

Cuba kalian ingati
Apakah manfaatnya menyimpan di hati
Rasa marah memakan budi
Penyebab hati hilang seri

Lenyapkan ia dengan ibadah
Alirkan wuduk penyuci yang indah
Maafkan sahaja apa yang sudah
Agar berbunga semula ukhwah mawaddah

Hiasilah diri dengan sifat nabi
Memaafkan manusia yang serba serbi
Agar islam mekar di hati
Agar hidup penuh harmoni

Mencari diri


Mencari diri

Terkadang hilang seketika
Sesuatu yang sediaada
Diri jasmani yang terbuka
Oleh hidayah pengubat luka

Luka jasad mudah dirawati
Kerana jelas nampak apabila diamati
Luka jasmani siapa peduli?
Dek kerana dosa yang silih berganti

Siapa pernah peduli?
Sakit deritanya jasmani
Dek kerana racun duniawi
Pahitnya jelas menyeksa hati

Ramai manusia kini gila
Gila mengejar yang sementara
Sanggup menggadai apa sahaja
Asalkan dapat apa yang dicita

Melakukan dosa seperti biasa
Bahkan penyebab insan lain berdosa
Tidak terdetikkah rasa berdosa?
Penyebab yang beriman turut berdosa

Mencari diri di tengah manusia
Manusia akhirat atau manusia dunia?
Bersama-sama berbuat dosa
Atau bersama-sama merasa pahala

Terkadang sebak terasa
Bagaikan hanya kita seorang yang merasa
Tetapi hakikat adalah sebaliknya
Semua yang beriman berkongsi rasa

Rasa sedih dengan diri
Yang sering terpalit dosa tanpa disedari
Walaupun mujahadah setiap hari
Masih lagi rebah dek dunia ilusi

Aku masih mencari diri
Tidak ingin hilang di tengah lautan duniawi
Tenggelam dalam jutaan manusia kini
Mencari diri untuk bertemu ilahi

Harapnya kita menjumpai
Diri sendiri yang dicari
Agar tenang membalut hati
Agar kita dirahmati

Sunday, April 24, 2011

Sembahyanglah kamu




Sembahyanglah kamu,
Selagi jasad dan ruh masih bertemu,
Hadiah agung buat kamu,
Kiriman Tuhan melalui Nabimu,

Takkan berdiri tegak jasad kamu
Tanpa tulang belakang yang satu
Begitu juga pasak agamamu
Ranap runtuh tanpa solat yang diseru

Saban hari saban waktu
Sang bilal menjadi penyeru
Menyeru manusia ke arah yang satu
Sembahyanglah kamu sebelum nyawamu berlalu

Biarpun bersungguh sang bilal menyeru
Dibantu kudrat daie yang bersatu
Ramai manusia masih keliru
Keliru dan buntu kepada yang perlu

Tidakkah kalian tahu?
Solat itu pasak agamamu
Pencegah maksiat daripada berlaku
Mencerah hati yang hitam seribu

Mana mungkin kalian terlepas seru?
Tiap waktu kalian diseru
Cuma yang membezakan pada hatimu
Cerah gemilang jika kau mahu

Cuma apabila hati keras membatu
Takabbur sombong pada Yang Satu
Kalian tegar meninggalkan solat itu!
Hanya kerana dunia yang menipu

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku
Ajal maut siapa yang tahu
Boleh menerpa tak kira waktu
Insaflah tika masih ada waktu

Tolonglah sahabatku
Tolonglah dirimu
Kasihanilah hatimu
Hargai waktu hayatmu

Solatlah selagi ada waktu…..

(sedih memikirkan golongan yang beragama islam yang bangga meninggalkan solat )

Daripada pengamatan saya, ramai anak muda kini tidak solat.Bahkan ada yang tak kisah dan tak tahu cara bersolat. Saya sedih,amat amat sedih. Patutlah bangsa kita lemah, lemah bangsa kerana lemah agamanya. Saya amat berdukacita..

Friday, April 8, 2011

Tetaplah wahai diri


Diri
Tetaplah wahai diri
Di dalam laluan tarbawi
Menertas denai berduri
Di tengah lautan duniawi

tetaplah wahai diri
terhadap apa yang pernah kau pelajari
kita mata rantai perjuangan nabi
pasaklah ruh islami
jangan biar sepi tersendiri

tetaplah wahai diri
walaupun dihentak musuh duniawi
dibakar rakus dek pengkeji
diusap lembut nafsu ilusi
semua itu angkara syaitan tersembunyi

tetaplah wahai diri
biarpun salah silapmu bukan sekali
pernah lemah oleh duniawi
kerana itu fitrah insani
taubat jua pengubat diri

tetaplah wahai diri
rawati sakitmu dengan ukhwah abadi
sucikan lukamu dengan ilmu islami
kuatkan hatimu dengan Mushaf Ilahi
kerana islam terpasak di hati

tetaplah wahai diri
tetap mencari redo ilahi..

Thursday, December 30, 2010

Bintang Ilahi




Bintang Ilahi


Munculmu di tengah gelita

Terang memancar bak pelita

Hilangmu dalam cahaya

Cahaya sang mentari satria


Anggunmu menambat rasa

Terang gemilang di lautan gelita

Menyuluh musafir di malam duka

Bagai Iman merawat luka


Cahayamu kucemburui

Miskipun hanya ada di malam hari

Kerana engkau punyai harga diri

Untuk tetap bersinar biarpun bersendiri


Biarpun ku bukan bintang pada bumi

Inginku menjadi bintang pada ilahi

Tetap cuba menerangi

Biarpun di tengah noda duniawi


Malam sentiasa menjadi saksi

Bahwa kau bintang menurut Ilahi

Menumpahkan cahaya pada bumi

Buat hamba yang sangat merindui


khaliFah

malam yang mendamaikan hati

-berusaha untuk mendamaikan hati sendiri-


Monday, December 20, 2010

Sang pencuri hati


Sang pencuri hati


Manusia punyai hati,
Selagi jantung berdegup sebelum mati,
Selagi itu kita punyai hati,
Namun apakah yang diisi di dalam hati ini?

Manusia punyai hati,
Tempatnya untuk meletakkan IMAN membimbing diri,
Tempatnya untuk hidayah daripada ILAHI,
Tempatnya cinta kepada Nabi,
Juga nafsu yang menumpang sendiri,

Manusia punyai hati,
Untuk melihat , mendengar dan merasai,
Segala hikmah dan ayat-ayat ilahi,
Beruntunglah mereka yang menyucikan hati,
Celakalah mereka yang mengotori hati,

Namun pernah muncul sang pencuri hati,

Mencuri tampa menyedari,
Meskipun iman berusaha memagari diri,
Sebahagian kecil hati telah dicuri,
Mencuri dengan lembut sekali,

Sang pencuri hati,
Aku sentiasa menunggumu disini,
Hingga saatnya IMAN kita sebati,
Dan pastinya Imanku tetap ingin dibawa mati,

Sang pencuri hati,
Jika tiba saatnya nanti,
Ingin aku bertukar-tukar secebis hati,
Hati-hati yang dipenuhi nur ilahi,

Sang pencuri hati,
Aku sentiasa menantimu di sini,
Jika bukan di sini,
Akanku tunggu sehingga ke syurga ilahi.



khaliFah
dalam bilik di rumah sewa
Hujan renyai membuka pagi

Wednesday, December 1, 2010

‘Cinta’kah semua itu?



‘Cinta’kah semua itu?

Datang secara tiba-tiba tanpa diundang

Segalanya indah untuk dipandang

Kata-kata menjadi merdu di gegendang

Ingin bersama ke mana tanpa renggang

Segala barang nampak yang tersayang


Cintakah semua itu?

Apa dasar utuk sayangmu itu?

Kenalpastikah gerangan yang membisikkan ‘rasa’ itu?

Apa alasan IMAN utuk semua itu?

Sudut manakah pandangan kita itu?

Berapa banyak dosa yang kau lalui kerana perkara itu?

Apalah sangat nilai cinta itu berbanding cinta ITU?

Tergamak kau korbankan IMAN kerana semua itu?

Hancur luluh hati pencinta ILAHI dengan dosa itu?


Cintakah semua ini?

Kenapa kau letakkan nafsu bertakhta di otakmu?

Sanggup kau seksa secubit imanmu di penjara terdalam dalam jiwamu?

Rosak binasa hati diporak peranda nafsu terbiarmu

Sedangkan kau sendiri tahu Syaitan di sebalik semua itu


Argh!!!

Tergamak kau,

Sanggup kau,

Kau tak kenal HAKIKAT CINTA yang sebenar,

Satu perkataan saja buatmu,

KEMBALILAH



khaliFah

bilik kuliah

hairan dengan manusia


 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.