Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ramadhan Kareem!! Selamat berpuasa bagi semua muslimin dan muslimat
Bazar Ramadhan
Sinonim dengan namanya, Bazar Ramadhan hanya akan diadakan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Itulah antara keistimewaanya. Baik di Mayalsia, mahupun di mana sahaja dunia Islam, pasti ada bazar sepertinya untuk memeriahkan bulan Ramadhan selain , menambah keberkatan. Selain itu, di bazar Ramadhan terdapat segala jenis makanan, yang kadangkala tidak dijual bahkan tidak lakupun sewaktu hari-hari kebiasaan yang lain.Sebut saja, daripada kuih muih , roti, nasi, mee dan bermacam lagi hidangan ada dijual. Mungkin itulah penangan bulan Rahmat
Tetapi hati-hati
Ya, hati-hati. Kerana apa? Yang pertama, elakkan pembaziran. Ingat, kita sedang berpuasa yang antara intipatinya adalah untuk sabar. Jadi sabarlah kita dengan nafsu makan kita, cuma nafsu makan sahaja. Cubalah untuk mengelak daripada pembaziran dan elaklah daripada menjadi sahabat kepada Syaitan. Ingat!!
Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27).
Jagalah pakaian kita
Selain jaga berbelanjaan kita dan nafsu makan kita, jagalah juga pakaian kita. Terutamanya bagi golongan perempuan, pakailah dengan pakaian yang baik, menutup aurat, tidak ketat, tidak lutsinar@lutcahaya kerana semua itu akan merosakkan dan meranapkan mata-mata yang sengaja memandangnya. Kita pada waktu itu, sudah berada di waktu hujung puasa pada hari itu, maka janganlah kita hancurkan pahalapuasa kita pada hari itu dengan hanya memandang perkara-perkara sedemikian dan lebih teruk lagi jika kita penyebab semua itu!! Jauhilah kerana itu adalah seburuk-buruk perkara.
Cuba kita fikir sejenak, bulan ini adalah bulan yang mulia, bulan yang berkat, bulan yang padanya syaitan diikiat, bulan yang padanya diturunkan Al-Quran, pahala dilipat ganda dan banyak lagi kelebihan Ramadhan, adakah kita ingin merosakkannya? Adakah kita tidak mampu, walaupun cuma menghormati bulan mulia ini? Sehingga tak mampu untuk pakai sehelai tudung? labuhkan pakaian? tinggalkan rokok? jika demikian , sebesarmanakah iman kita? ataupun masih adakah iman di hati sanubari kita? Dan janganlah menjawab tiada sekelumit iman di hati ini, kerana itu benar-benar zalim pada diri sendiri.
DOA MASUK PASAR
لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, baginya kerajaan, baginya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan , Dialah yang hidup tidak akan mati. Di tanganNya kebaikan. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.[30]
Agar kamu bertakwa
Bulan Ramadhan ini adalah satu universiti, satu madrasah, satu kem yang bertujuan melahirkan orang-orang bertakwa. Ini adalah satu peluang yang Allah buka kepada kita, agar kita bertakwa. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, pahala digandakan, syaitan diikat, semua itu adalah bonus-bonus yang Allah hadirkan untuk membantu kita semua, hambaNya untuk menjadi labih bertakwa. Adakah kita tidak mahu menyambut bantuan Allah ini? begitu egokah kita? Bahkan dengan Tuhan Seluruh Alam kita masih lagi ego? Ya Allah, bagitu sombong sekali kita dengan Allah.
Usahlah sedemikian rupa, pulanglah, biarpun terkadang manusia seluruhnya membuangnu, Allah tetap ada. Pulangkah kepadaNya..
Sebelum Melangkah...
Jadi, sebelum melangkah ke Bazar Ramadhan, fikir-fikirlah dahulu. Sama ada kita ingin membeli, menjual ataupun sekadar memenuhi jemputan, fikirlah dahulu. Teguhkan IMAN, Ketatkan TAUHID, banyakkan AMAL, tinggikan ILMU dan bersedialah kamu, wahai diri. Bazar mana petang ini?
Hello world!
1 year ago
4 17 ulasan:
sekalipun kita lapar,jgnlah sampai kita membazir duit d makanan
memang kadangkala bazar ramadhan mampu menggugat keimanan..
haha
bukan kadangkala, selalu menggugat keimanan,
tambah-tambah jika bazar di bandar-bandar, muda mudi,non-muslim pun nak join jugak. hmm boleh, cuma pakailah sopan sikit (untuk semua pengunjung bazar)
betul tu...
kadang2 kita kena la berjimat.
jgn sampai lupa org tersayang...
Post a Comment