Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Janji tidak?



                                             Kredit 




         Tiket bas itu disimpan kemas. Diselitkan di dalam beg dompet kesayangannya itu. Bas pertama yang akan bergerak pada jam 8 pagi esok menjadi pilihan. Wajahnya ceria. Terbayang-bayang suasana rumahnya ibarat syurga dunia itu memanggil-manggil.

"Tetapi, mahu ke stesen bas bagaimana?" satu soalan muncul di mindanya. "Atirah yang selalu hantar ke sana sudah lama pulang"

Jika seperti waktu-waktu sebelum ini, Atirah itulah yang sering menjadi teman untuk menghantarnya ke stesen bas. Namun tidak untuk kali ini.

Pantas dia membuka laman sesawang facebooknya. Mencari-cari nama yang mungkin dapat menolongnya.

Satu nama dipilih, Hanis. Sahabatnya sejak beberapa tahun di universiti ini. Bukan mahu menyusahkan, cuma jika mampu, apa salahnya berteman sahabat sendiri.

Private message dihantar. "assalamalaikum, Awak apa khabar? Hanis, Aini mahu minta tolong hantarkan Aini ke stesen bas pagi esok boleh? Mahu jumpa keluarga. Jika tidak menyusahkan Hanis la. terima kasih"

Tanda senyum yang comel juga turut dihantar.

Beberapa ketika selepas itu. Satu pesana ringkas hinggap di paparan komputer.

"sihat. Ok, boleh saja :) "

Mereka berbincang buat beberapa minit.

Janji.

Hati Aini makin berbunga, jalannya untuk pulang dipermudahkan.

Dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Tiba-tiba. Bahunya digenggam kuat daripada belakang.

"Aini!" satu suara yang biasa berbisik di telinganya.

"Nurul! Apa ni bagi Aini suspen? " respon segara terhadap sahabat sebiliknya yang suka berjenaka itu.

 "saya tengok awak khusyuk sangat, itu yang saya mahu usik awak" Sambil itu, Nurul mengambil tempat di sisi sahabatnya itu.

"saya ada berita baik. Esok saya juga boleh balik. Kelas dibatalkan saat-saat akhir!" Cerita Nurul separuh menjerit teruja.

Mereka menjerit kecil. Teruja.

"Jom balik dengan saya" Pelawa Nurul.

Atirah terdiam seketika.

Mahu!

Tetapi, dia sudah berjanji dengan Hanis. Tidak mungkin dia membatalkan janji dengan suka hati. Janji melibatkan banyak pihak. Melibatkan masa orang lain. Melibatkan kehidupan orang lain.

"Maaflah Nurul. Saya mahu sangat-sangat untuk balik dengan awak. Tetapi esok saya sudah berjanji dengan Hanis untuk minta tolong dia hantar saya ke sana. Saya ingatkan awak memang tidak dapat cuti. Maaflah" balas Aini perlahan. Mukanya sedikit sedih.

Nurul angguk kecil. Agak kecewa. Namun dia kenal sahabatnya itu, bukan niatnya untuk membuatkannya sedih.

"kalau begitu, jaga diri untuk perjalanan esok."

"Saya tidak ada untuk jaga awak. Jangan nangis pula jika saya tidak apa" gurau Nurul sambil mencuit pipi sahabat baiknya itu. Mesra.

Mereka ketawa bahagia,

******

Jam menunjukkan 7.30 pagi. Sudah lewat. Namun kelibat Hanis masih belum kelihatan. Namun Aini masih bersangka baik, Hanis akan datang.

Dia telahpun memperingatkan Hanis pada pukul 5.30 pagi tadi.

Janji.

Namun, hatinya berkata sesuatu.

Tiba-tiba, begnya mengeluarkan berbunyi. Suara kucing.

Orang-orang sekeliling kelihatan pelik , budak perempuan yang comel ini bawa kucing dalam beg?

Telifon bimbitnya dikeluarkan, satu pesanan ringkas baru tiba.

"Maaf Aini, pagi tadi kawan saya ajak teman dia sarapan. Saya ingatkan sekejap sahaja. Tiba-tiba selepas itu dia mahu membeli belah pula. Maaf ya. Mungkin lain kali saya hantar awak- Hanis"

Janji.

Janji.

Janji.

Aini menolak pelawaan sahabat baiknya, kerana janji itu.

Aini menunggu sejak pagi kerana janji itu.

Aini mampu menghabiskan sedikit wang untuk ke sana sendiri jika dimaklumkan lebih awal. Semuanya kerana janji itu.

Hatinya amat sedih. Dia akan terlepas banyak kegembiraan. Terlepas peluang untuk pulang ke rumah. Terlepas peluang untuk bersama sahabat baik. Terlepas banyak perkara kerana janji itu.

Mana boleh dia menerima pelawaan orang lain jika sudah berjanji dengan orang lain terlebih dahulu.

Marah!

Sakit hati!

Itulah perasaan pertama yang muncul.

Matanya berkaca, janji. Mahu saja dia menjerit sekuat hati,

Percaya. Janji.

Ayat-ayat itu bermain-main di mindanya.

Namun, semua itu tidak lama.

Muhasabah! Semua ini bukan terjadi secara sia-sia. Ada hikmah walaupun pahit.

Jika kita merasa pahit dan marah lagi kecewa bertambah sedih ketika janji orang lain terhadap tidak ditepati, bagaimana pula janji kita dengan Allah?

Setiap hari dalam solat lima kali sehari kita berjanji dengan Allah.

"Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku hanya buat Allah Tuhan sekalian alam"

Janji.

Janji.

Janji lagi.

Dan sering kali janji itu kita mungkiri. Dan Allah masih lagi memberikan peluag kepada kita untuk terus lagi bernafas. Allah Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat.

Perlahan-lahan, butir-butir manik halus muncul, mengalir daripada matanya. Insaf. Terasa dalam, menyentuh hati nurani.

*******

Begitulah hebatnya kuasa Allah.

Bagi mereka yang melihat.

Apabila Tuhan berbicara dengan kita. Bicara secara terus.









P/s: Jika asalnya mahu sekadar menulis mengenai janji, tak sangka tiba-tiba jadi mini cerpen pula. Tapi yang penting, harap-harap makna di sebalik mini cerpen ini sampai kepada kita semua.


Cerita adalah rekaan semata-mata namun diispirasikan daripada kehidupan seharian


Friday, September 21, 2012

AWAS : Serangan makhluk halus!!

Semua orang kelihatan tertekan.

mata sudah merah dipenuhi salur darah yang mengembang. Bukti bersengkang mata semalam.

Neuron-neuron di otak bergerak laju. Nafas turun naik. Jantung berdegup luar biasa.

CUAK!!

melihat sebegitu banyak makhluk halus di hadapannya.

Inilah dia!

Microb in Infection and Immunity Module

exam

-_____-'

******



Senarai makhluk halus : Virus, Bacteria, Fungi, Yeast, Mold, Helimintis, Ascaris  dan seribu macam lagi

Staphylococcus tidak sama dengan streptococcus


MAKHLUK HALUS

Berapa ramai yang takut dengan dengan harimau, sedangkan berapa oranglah sangat yang mati disebabkan harimau?

Kita lupa untuk takut dengan semua makhluk halus ini sedangkan setiap tahun, beribu-ribu kematian adalah angkara mereka.

Kita lupa dengan pembunuh yang lebih kejam, ganas,dan lebih licik iaitu semua makhluk halus ini.

Sangat banyak penyakit yang sangat biasa menyerang manusia disebabkan oleh makhluk halus ini. Bahkan banyak juga antara mereka ini adalah normal flora (baca: memang makhluk biasa ada pada badan) pada badan manusia.

Mereka hanya menyerang apa bila ada peluag terbuka. Contohnya ketika luka, dan ketika sakit.




Cuak

NAFSU

Jadi, post kali ini adalah untuk mengaitkan sifat semua makhluk halus ini dengan 'musuh' kita iaitu nafsu dan juga 'taiko'nya, syaitan yang terkutuk.

Bagi yang pernah membaca post Apa status awak? ini adalah sambungan kepada post itu.

Beberapa petang lepas, sempat dengar IKIM fm bersama Ust Pahrol tentang pengurusan nafsu.

Dan bagi saya ini semua sangat significant dan sesuai dengan makhlus halus ini.


"Nafsu akan sentiasa perperang dengan akal"

"Microorganisma 'jahat' pula sentiasa berperang dengan immuniti badan"


PENUTUP

Jika kita berjaya mengalahkan dan mengawal makhluk halus ini, badan kita akan sihat dan bersedia dan mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh fizikal lain yang lebih besar.

Dan jika kita berjaya nafsu, maka kita akan lebih bersedia dan mampu mengalahkan syaitan.

"Nafsu itu ibarat kuda liar, apabila dijinakkan, akan menjadi sangat berguna dalam kehidupan!"

Jadi, berhati-hati dengan makhluk halus

^_^


p/s : Cara-cara mengurus nafsu BERKESAN 1 oleh Ust Pahrol Mohd Juoi di IKIM.FM
     
       Perang terhadap NAFSU!!  oleh Ust Pahrol Mohd Juoi di IKIM.FM


Kalau makhluk halus seperti ini tak apa, comel saja






Sunday, June 3, 2012

Men In Black & Men In White


Buat sahabat-sahabat bakal doktor dan doktor-doktor semua
kita bukan MIB yang tidak senyum

Kita senyum

Kita bukan hilangkan ingatan orang

kita ingatkan orang

Kita tidak tipu orang

kita beritahu kebenaran

Tujuan yang sama

menyelamatkan nyawa

kerana apa?

Kerana kita Men In White
(Doktor kan terkenal dengan White Coat)

^_^


P/s: Putih itu sunnah Nabi Muhammad
Senyum itu juga Sunnah dan ada pahala InsyaAllah


Monday, March 19, 2012

Saya GIVE UP!!





GIVE UP?!


PUTUS ASA?!


NEVER EVER!!!!

again

NEVER EVER!!!!
TAK MUNGKIN!!!!


Wednesday, January 11, 2012

Bagaimana mahu menjawab dengan baik?





Dunia ini penuh dengan persoalan dan pertanyaan
baik atau buruk, terpulanglah

Minggu ini penuh dengan epik cerita
itu belum dikira 'exam' yang sentiasa saja ada

Bagaimana mahu menjawab dengan baik?
jawapannya?

Jadilah orang baik
mengapa?

"Jawapan yang baik daripada orang yang baik"

P/s: Jawapan terbaik minggu ini,

"kemas rumah pun berpeluh juga. kira riadah jagak tu ^^"

Ya, saya suka jawapan itu.

^^


Friday, November 5, 2010

Kelas Fardu Ain-Saya suka!!


Entah mengapa, saya akan selalu menonton rancangan ini. Menarik, ceria,santai,dan paling penting , penuh dengan ilmu. Apa pendapat anda?

Sunday, October 24, 2010

Sibuk atau menyibuk?



http://kangensyurga.blogspot.com/

Tak punyai masa untuk ISLAM?

kita sibuk atau menyibuk?

Friday, June 4, 2010

let's kick israel !!! Sebarkan



let's kick israel !!!

Ya, jom sepak Israel!! walaupun nampak macam mustahil bagi waktu ini. Tapi InsyaAllah nanti akan sampai masanya. Khaibar khaibar ya Yahud, jaishul Muhammad Saufa Ya'aud.

Piala Dunia
Piala dunia makin hampir. Dan ramai yang dah mula batuk-batuk dan sakit kerongkong, maklumlah, semua pakat nak demam bola. Begitulah manusia, walaupun bukan kita yang penat bermain bola, tapi kita yang demam (hairan?) . Semangat bola? atau semangat sokong pasukan bola? tak pun sebab nak menang judi bola, maklumlah kerajaan 'kita' telahpun menghalalkan judi bola. Kononnya dengan mendapatkan lesen yang sah, malaikat akan bagi exception atau pengecualian untuk mendapat dosa.

Tetapi sebenarnya, ada baiknya juga Piala Dunia ni.Ustaz ana pernah cerita, dia sambil tengak bola di sepertiga malam , sempat jugak buat Tahajjud. Waktu senggag semasa half time, rajin-rajinlah ambil wuduk dan solat 2 rakaat (paling kurang). jadi dapatlah pahala sikit daripada berjaga secara 'tak berfaedah'.

Apa-apa pun, fikir-fikirkanlah sendiri. Jangan berbuat sesuatu tampa berfikir tentang sesuatu.

Thursday, October 29, 2009

Exam

Friday, September 18, 2009

Komik khaliFah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah agak lama jari-jemari ana yang tidak menari-nari di atas papan kekunci ini . Namun , semua ini adalah dengan bersebab. Sekarang ini ana bersama-sama sahabat seperjuangan yang lain sedang dalam exam yang agak penting bagi kami. Maka , ana pon sibuk dan mengorbankan masa Blogging ni.Dan hari ni pun (waktu catatan ini ditulis) , masih lagi ada kesibukan ,Oleh itu.....

Kepada semua pengunjung , ana hanya nak 'cover' ketandusan updade dengan letakkan gambar-gambar kartun yang ana lukis pada waktu lapang dulu. Inya Allah, ana nak edit semuatu dan nak buat Komik. Dah ada persetujuaan dari beberapa orang teman.Bila? nanati la. sabar...

























Friday, February 13, 2009

upin dan Ipin

Monday, December 29, 2008

Boikot

Tuesday, December 2, 2008

akal-wallpaper

Saturday, November 29, 2008

kartun



ini adalah antara kartun-kartun yang terawal dihasilkan oleh ana. mungkin tak begitu cantik .Tapi, tu kira ok la tu..
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.