Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Wednesday, August 7, 2013

Cerita Ramadan 2


Sekitar Majlis berbuka puasa di Maktab Mahmud Alor Setar Batch 92', sudah makin hebat sahabat-sahabat saya. Tahniah smeua, kredit Firdaus Abu Bakar untuk gambar dan Nich Kun



Sekitar majlis berbuka puasa kelas MD AUCMS Batch 1. Gembira semuanya. 

"Salam... Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Kawan2 maktab mahmud-ku sekalian, sahabat yg kita sayangi, Ely Izran telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.09 pagi td... jenazah beliau akan di sempurnakan di pulau pinang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang beriman... terima kasih atas doa kalian... Ya Allah, tempatkanlah dia d kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Tenangkan dan tabahkan hati kami Ya Allah.. Amin.." SMS di Fb ku

Dalam kegembiraan , ada kesedihan. Semoga Allah mengasihi roh beliau.
Al Marhum adalah sahabat satu batch di Maktab Mahmud Alor Setar dahulu

Al Fatihah

Wednesday, July 24, 2013

T-Shirt I LUV MEDIC


Kepada sesiapa yang berminat . PM ataupun email saya. Pembelian dalam bentuk kumpulan ada potongan 

Stock Terhad

Monday, June 10, 2013

Sekitar Program kebajikan Anak Yatim di Rumah Permata Kasih

Beberapa minggu lepas, kumpulan 3 (group PBL) kami dari AUCMS telah dengan jayanya menjalankan Program kebajikan Anak Yatim di Rumah Permata Kasih yang terletak di Permatang Pauh.
Sebenarnya, program ini adalah salah satu keperluan yang ditetapkan oleh Universiti dan juga KPT (yang dahulu) sebagai salah satu aktiviti wajib untuk subjek yang kami ambil untuk semesta 4 ini.

Jadi, inilah antara perkara yang agak menyibukkan kami buat sementara waktu (cari alasan tak update blog).  Bukan itu saja, kami juga ada aktiviti Home Visit, yang ini, entri seterusnya saya kongsikan.

Jadi, pendekkan cerita, kami mengumpul dana untuk sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut. Kami buka gerai, menjual sandwich , cupcake, air minuman, dan segala yang boleh menjual, kutipan derma juga dan juga sumbangan daripada pihak luar.

Hasilnya, kami mampu memberikan sumbangan yang banyak kepada mereka. Daripada barangan dapur, kasut sekolah, baju sekolah, beg, permainan, tudung , ubat ubatan dan juga duit raya walaupun belum puasa lagi.

Rezeki mereka.

Tetapi, apa yang dapat saya perhatikan dan belajar ialah apabila kita mempunyai ahli kumpulan yang komited dan bermotivasi, aktiviti berkumpulan memnjadi sengat mudah.

Walaupan masalah wujud, tetapi akan dapat diselesaikan.

Ada ahli kumpulan kami, anak seorang doktor, maka dapatlah sumbangan ubat, ada pula anak tokey kedai tudung, jadi dapatlah tudung dan banyak diatara ibu bapa kami juga menyumbang.

Jadi, "The More, The merrier"

Percayalah, untuk aktiviti kebajikan, pasti ada rezeki, hanya perlukan usaha.

Dan yang paling penting, PAHALA.

InsyaAllah. senyum besar-besar

Terima kasih semua!

Cc: Dr Amani, Dr Aina, Dr Fatin, Dr Dalila, Dr Nasuha, Dr Radzi, Dr Sabitah, Dr Nadi, Dr Nadia, Dr Fahmi, Dr Sana, Dr Malik

The best!



Wakil Dr Aina, dari kumpulan penyanyi Korea

Orang kuat Kumpulan 3, Dr Sabitah

Kakak-kakak Dr yang ceria


Sambut Hari lahir


Wakil kumpulan 3

Kenangan

Ini muka saya :) Atuff



Sunday, April 14, 2013

Diari: Langkah diteruskan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam, perjalanan hidup saya diteruskan. Semoga Allah meredoi dan menerima setiap detik nafasku di dunia ini.

Selamat tinggal Semester lama.

Selamat datang Semester baharu.

Bak kata sahabat saya Abu Dzar, "Tajdid niat!!" 

Mohon doa kalian.

(Senyum)

Teman seperjuangan yang osem.

Sebelum Peperikaaan akhir, baca sebelum tawakkal. *Kredit toAG

Selepas tamat peperiksaan. Senyum skit. Alhamdulillah, bersama saudara Aiman dan Fidaus*Kredit AG



Thursday, April 4, 2013

Diari : Sekitar LIMA' 13


LIMA' 13 di Langkawi

Sebenarnya saya memang dari kecil minat dengan bidang ketenteraan dan juga bidang persenjataan. Saya masih ingat sewaktu saya tingkatan 5 di Maktab Mahmud saya menyimpan koleksi Majalah Prajurit dan Tempur. Berkilo-kilo beratnya. Memang banyak.

Namun setelah saya dapati majalah jenis ini makin susah didapatkan di kedai-kedai buku, saya berhenti seketika. Namun buku-buku lama masih dalam simpanan.

Atas dasar kesibukan belajar dan lain-lain, saya berhenti membeli buku-buku sebegini.

Tetapi, minat masih ada. Sebut sahaja game komputer Battlefield 2, Call of Duty, Sniper elite, Tom Clancy , dan segala game first person shooter , semua di'belasah'.

Jangan sebut game paling terkenal yang kini telah menjadi classic, CS (Counter Strike) . Pernah juga banyak kali kami mengadakan pertandingan CS secara berjemaah sampai lewat malam.

Best, biasalah orang muda. Janji solat dan tahu berhenti apabila perlu.

Berbalik kepada LIMA 2013, semua ini berlaku secara tiba-tiba.

Bermula dengan PM dengan sahabat baik saya di 'Fesbuk' sehari sebelum itu, kami bertekad mahu ke sana.

Cabaran

Abang saya merupakan salah seorang yang bekerja part time sebagai memandu pelancong di Langkawi, jadi dia memang sangat berpengalaman.

Taiko.

"hampa(kamu semua) kena beli tiket awal sehari, sebab memang nanti orang penuh" Nasihatnya ikhlas.

Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan , kami semua tak mampu berbuat demikian.

Hasilnya, pada pagi hari jam 7.00 pagi kami tiba ke sana, orang ramai sudah berpusu-pusu. Bayangkan , tiket terawal yang kami dapat adalah pada pukul 10.30 pagi.

Jadi tiada pilihan selain menunggu.

Sempatlah menjamah sarapan pagi terbaik di dunia iaitu roti canai dan secawan tea tarik. Oh dunia!

Setelah berjalan-jalan dan membuang masa, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, kami bergerak ke jeti.

Menunggu.

Menunggu.

Jumpa soket kosong, cas henset dulu . (gelak jahat)

Menunggu lagi.

Pengumuman, ..... Bukan feri kami

Tunggu

"kalau feri tak sampai lagi hingga pukul 12 tgh hari, aku balik terus! tengok wayang lagi baik!" sahabat baikku , Arif nekad.

Bayangkan kami menunggu sejak pukul 7.00 pagi hingga 11.30 pagi

Bapak lama! Mat Lutfi

Pendekkan cerita, jam 11.59 pagi kami bertolak.

Hampir-hampir (nafas lega)

Pulau

Setibanya di Pulau Langkawi, perjalanan cabaran kami baru sahaja bermula.

Saya berjalan cepat (bukan lari) mencari kaunter tiket untuk pulang.

Padahal baru sahaja tiba. Itupun sudah panjang barisan manusia menunggu. Kami berbuat begitu kerana tahu manusia hari itu memang ramai. Kami tidak bercadang untuk bermalam di sana. Tambahan pula kereta sahabat saya diparkir di tempat terbuka. Kereta baru, tak mungkin dibiarkan bermalam bersendirian .

Tiket balik jam 7 ptg. Selesai satu perkara.

Seterusnya kami melihat peta, mahu ke mana? Jet atau Bot atau dua-dua?

Pendekkan cerita, kami ke satu hotel yang berdasarkan maklumat daripada laman rasmi LIMA ,LIMA ada menyediakan shuttle bus setiap 15 min.

Peta yang berada dalam telifon pintar saya

Berjalan kaki ke sana.

Namun Allah menguji kami, hampa! bas terakhir telah bergerak pukul 11 pagi tadi. terlepas sudah.

Jadi kami berjalan kaki pulang ke arah jeti. Kali ini bertekad untuk dapatkan teksi.

Kebetulan setelah beberapa ketika berjalan ada sebuah teksi lalu dan itulah perjalanan kami (our ride)

Sampai ke Awana

Maka buat pertama kali wajah kami agak ceria.

"akhirnya!" hati bersuara.

Biar gambar berbicara








Pulang

Pulang juga bagi saya adalah epic dan puncak perjalanan kami ke Langkawi kali ini.

Akibat jalan jem (ingat KL sahaja yang jem? Langkawi pun sama ) kami mungkin lewat.

Lewat daripada jam 7 ptg.

Terlepas feri terakhir.

"pak cik rasa, kalau ikut jalan macam nih, hampa memang terlepas feri la" Pemandu teksi kami bersuara. Ikhlas bunyinya.

"kalau susah sangat pak cik, tinggalkan kami di tepi jalan dan kami akan berjalan kaki" saya memberi cadangan sebelum itu.

Semua senyap.

Sampai satu simpang yang jam, pemandu kami bersuara.

"pak cik rasa macam ini, pak cik tinggalkan hampa semua kat tepi sana, lepas tu hampa boleh jalan laju ikut tepi pantai tu, hujung sana jeti, kalau keadaan macam ini memang hampa tak sempat"

"ok pak cik, hantar kami ke sana" Nekad lagi

Run For Your Feri

Apabila kami bayar sahaja tambang teksi yang sudah dikurangkan atas jem dan separuh jalan. Kami mula melangkah.

Mula-mula berjalan laju.

Kemuadian berlari.

Berlari-berlari anak.

Peluh tak dikisahkan, letih hanya pada kaki bukan mentel, kaki sakit dibiuskan saja.

Asalkan sampai.

Tetapi Alhamdulillah pemandangan di pantai itu cantik, sempat snap beberapa gambar.


nampak tak muka letih? 
Dan akhirnya kami sampai.

Tepat.

Pulang

Pulang juga ada drama, feri sudah sampai awal di jeti, tetapi lambat pula dibenarkan turun. Sangat menguji kesabaran.

Waktu itu baru kami teringat yang makanan yang kami makan hanyalah roti canai pagi tadi dan beberapa nugget di Langkawi.

Maka setelah solat jamak Ta'khir kami pun bergegas mencari makan.

Pulangnya di rumah, buka FB, rupanya result exam baru sahaja diumumkan. Ramai yang mahu hubungi saya tetapi saya outstation. Kelakar!

Alhamdulillah cemerlang, boleh usaha lagi.

Moral of my Story

Sebelum balik, kami sempat berseloroh,

"ingat senang ka? ini semua tarbiah direct daripada Allah" Arif berkata.

"ya benar, Sabar. Allah bersama orang-orang yang sabar" Sambung saya

Si Azam hanya tersengih.

Terima kasih semua.

Until next time

Salam











Monday, March 11, 2013

Cerita tentang ummi

Number One for Me

Cerita 1

Cuti sudah tamat, esoknya ada peperiksaan. Walaupun sekadar cuti beberapa hari, namun ianya tetap dihabiskan dengan berkualiti iaitu berehat di rumah dengan aman. Lari sebentar daripada kehidupan pelajar yang sibuk belajar. Sepatutnya begitulah.

Jadi, petang itu saya kalut-kalut (baca: tergesa-gesa) menyimpan barang untuk pulang. Maklumlah, perjalanan 2 jam dengan motosikal perlu ditempuh pula selepas ini. Lebih menarik, esoknya ada peperiksaan akhir modul. Jadi memang tak mungkinlah untuk ponteng dengan sengaja.

Setelah selesai bersalaman dan memohon doa dan restu ummi dan ayah, saya pun bergegas pulang. Merempit (baca : menunggang motosikal dengan kelajuan yang munasabah dan selamat)

Alhamdulillah selamat sampai.

Nak dijadikan cerita, malam itu saya buka beg untuk mencari noto-nota padat ciptaan saya sendiri. Alangkang terkejutnya, satu pun tak ada. Padahal esok ada peperiksaan.

Noto padat itu adalah semua pati, dan isi penting yang diperah daripada nota kuliah yang tebal 10cm menjadi 1cm sahaja. Jadi, memang membaca semula nota kuliah bukan jalan keluar yang terbaik.

Tetapi saya tidak panik, mengetahui kita hidup di alam siber yang maju gitu. Saya menghubungi ummi saya dan minta tolong beliau untuk mengimbas (scan) dan emailkan kepada saya.

Paling penting, cari dahulu nota itu. Rupa-rupanya jatuh di bawah meja. Maka wajarlah saya tertinggal. (alasan)

Fesbuk

"ish, nak tekan apa ni? Ummi tak tahu ni" nampak benar kali pertama mengunakan mesengger fesbuk.

Saya ketawa kecil.

"tak apa ummi, slow and steady. Ummi dah scan belum? tekan attach ja. ada kat bawah tu"

"dah, cuma ini sekarang nak tekan apa ni? amboi, macam-macam ada ni. banyak sangat. tak tahu nak tekan mana" walaupun ummi jelas, 'rabun' IT, namun suaranya jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar bertekad.

Tekad untuk menghantar nota.

Tiba-tiba, nun di hujung corong telifon, saya terdengar adik saya baru pulang daripada sekolah

"mai nak tolong" adik saya prihatin.

"tak apa, tak apa, Ajar ummi macam mana nak buat, nanti sampai bila-bila tak reti" Balas ummiku.

Senyum.

Pengalaman kelakar mengajar ibuku berfesbuk tetapi menyentuh hati ini benar-benar memberi kesan dalam ingatan saya.

Dipendekkan cerita, nota dapat dihantar dan alhmdulillah, syukur saya mampu menjawab peperiksaan keesokan harinya dengan jayanya.

Terima kasih kepada ummi saya.

Hero Win saya.

Cerita 2

Pagi tadi, sekitar   2 pagi, saya masih celik mata di hadapan komputer. Masih menaip untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi kebanyakan orang muda belia seperti saya, pukul 12malam ke atas adalah waktu primer (paling power) untuk berfikir dan bekerja kerana sudah tidak gangguan. (gangguan makhluk halus tak pasti pula)

Batman dan Keluangman.

Tiba-tiba, saya terdengar pintu bilik tidur utama terbuka. Ummiku keluar sambil mengesat-ngesat matanya. Melihat saya masih segar,

"tak tidur lagi? buat apa itu?"

"ada kerja sikit ummi"

Ummi ku berlalu pergi ke dapur.

Saya hairan.

"ummi, nak masak apa pagi-pagi buta ini? " saya melaung sedikit. Dapur dan ruang tamu tempat saya bekerja agak jauh.

Senyap.

"Mungkin minum air suam kut" fikirku.

Saya meneruskan kerja saya. Tekun dengan earphone.

Sedar-sedar, sudah 3 pagi. Tugasan sudah siap.

Masa untuk tidur.

Keesokan paginya, saya memang bercadang untuk memasak karemel kegemaran saya. Setelah melihat semua bahan sudah ada, saya memulakan kerja. Sebelum itu, saya memeriksa oven.

Saya kagek. Terkejut.

Sudah ada satu kek karemel yang sudah siap.

Terus saya teringat yang saya ada beritahu ummi saya bahawa saya ingin memasak kek keremel kelmarin, iaitu hari sebelum itu.

Jadi, pagi tadi yang ummi saya bangun 2 pagi itu adalah untuk membuatkan kek keremel saya itu.

Oh, baru tahu.

Saya tersenyum sambil mengelengkan kepala.

Begitu sekali.

Saya meneruskan hajat saya, kek karemel disiapkan. resepi

Kemudian setelah ummi dan ayah pulang ke rumah daripada sekolah (mereke berdua cikgu) , saya persembahkan kedua-dua versi kek karemel yang ada. Satu buatan ummi, satu lagi buatan saya.

Ayah saya menjadi juri. Pemenangnya......

Saya sempat bertanya,

"ummi, malam tadi yang muhsin tanya itu kenapa tak bagitahu. bolehlah nak tolong"

"iya ka? tak perasan" selamba.

Senyum lagi.

Semanis mana karemel itu, manis lagi senyuman ummi.


Alhmadulillah


P/s: Cerita ini ditulis sebagai kenangan saya dan juga teladan kita semua. Tanpa ibu bapa kita, siapalah kita.

Cerita ini juga adalah untuk ingatan saya buat masa hadapan setelah saya berumah tangga kelak, buat anak-anak saya bahawa nenek hampa itu sangat beriman lagi pengasih orangnya.

Terima kasih ummi

Cium tangan, peluk sikit , minta doa. senyum-senyum

Kembali ke motosikal, merempit kembali ke universiti mencari ilmu.

Kembara diteruskan


Sunday, March 10, 2013

Pesanan kepada pelajar universiti



"Semoga apa yg dipelajari diberkati Allah"

pesan daripada sepupu saya yang baru di tingkatan 2 kepada saya yang tahun 2 medic. 

Tersentak, terharu dan tersenyum :)

amin

*exam mode

Wednesday, February 13, 2013

Diari : Kamera dan kayak

Hari ini, saya masih belum mampu malas untuk menaip panjang, maka biarlah gambar berbicara.

Senyum lebar-lebar.

Cuti.
Taman Tasik Jitra yang dipenuhi ramai. Layang-layang indah memenuhi langit. Bercuti bersama keluarga.


Tempat kejadian


Inilah apa yang terjadi apabila henset ada bersama ketika berkayak

p/s: Risiko untuk henset anda jatuh ke dalam tasik dan tak ditemui adalah tanggungan anda sendiri.

Siap terjumpa senior MMAS lagi, terbaik~

Monday, February 11, 2013

Diari : Dari KL ke Kodiang


Lokasi :Kodiang, Kedah 

                                                                     Best in the world


Cantikkan? MasyaAllah

Senyum

Semua gambar ini diambil di kawasan rumah saya sahaja.

"Kadang-kadang, kecantikan itu ada di sekeliling kita,

Cuma kita yang tidak menyedarinya"


Renung sejenak ke luar tingkap anda.

Apa anda nampak?


********

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar Rum ; ayat 9)

Monday, January 28, 2013

Sekitar Lantunan Mahabbah RasulAllah S.A.W. di Alor Setar 2013



kita wajib mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-gala yang ada dimuka bumi ini.sebabnya untuk kita mendapat syafaat Rasulullah saw di padang masyar nanti,jangalah menjadi orang yg rugi dikalangan orang yg rugi di padang masyar nanti....
berselawatlah....

-Syeikh Muhd Zainul Asri Hj Romli-

Perkongsian mengenai program beberapa hari lepas.




Alhamdulillah , jaumpa sahabat-sahabat lama dan guru-guru di Maktab Mahmud dahulu. Tak lupa juga akhi-akhi junior di Sofwah dan juga daripada Darul Islah

                                                                        Full House :)
                                       Ummah berselawat tanda kasih kepada Baginda Nabi

seronok berada di konsert pahala .Senyum.

Bersama saudara Abd Ghafur, Umar Qayyum 

Dari kiri, pendakwah muda Saudara Amin (blogger ), Saudara Ilham (bakal Ahli Farmasi terkemuka dunia , CEO RebBlack Design , Ahli biotech terpenting di Malaysia, dan bakal Pengarah bank-bank di Asia 

Semua pejuang Islam

Hehe, amacam? Amin  


Merempit Bermotosikal ke Alor Setar.

Mengenang kembali nostalgia di Alor Setar.

Nasi lemak berhadapan dengan Masjid Al-Gufran adalah yang terbaik di dunia (BEST IN THE WORLD) , Tak sempurna hujung minggu jika tidak dapat makan nasi lemak ini pagi-pagi di Alor Setar. 


S.A.W.

Senyum



Saturday, January 12, 2013

Senyaplah




Masa kita semua banyak dicuri.
Dicuri oleh perkara-perkara yang tidak berguna.
Tiada faedah bahkan hanya menempah padah.
Bukan kita semua tidak tahu, kita cuma tidak sedar.
Mungkin ada yang sedar namun mungkin tidak mampu.
Lemah dan lelah menahan nafsu.
Padahal semua tahu.
Dunia itu bukan untuk membuang masa.


Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing

*********


Salah satu pencuri masa yang paling terkenal kini namanya En. PesBuk
Juga dikenali FB
Salahnya pada FB


*******

Hai kawan!! , En. PesBuk itu tidak salah!
Yang salah ialah klien En. PesBuk itu.
Sibuk bercerita tentang ntah apa-apa.
Tidak menambah pahala
Mungkinkah menambah dosa?

Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing

******

Jangan hairan kalau manusia tahu apa, siapa, di mana dan apa tentang engkau?
Buat-buat tak tahu dan terkejut
Yang paling kritikal ialah orang yang marah jika tahu
Padahal semua itu dia sendiri yang tunjuk pada dunia
Kemudian buat-buat tidak tahu pula


Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing

*******

Lebih parah yang bercerita buruk orang
Yang mengutuk orang
Yang memerli orang
Yang bermaksiat


Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing 


******

Kenapa ambil kisah dengan orang lain?
Biarlah mereka
Tidak kacau orang pun

Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing 

******

Catitan di sini tanda ambil berat
ambil berat maknanya sayang
Sayang dan tidak benci
Sayang walaupun seribu tahun (thousand years) erk?!

Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing

*******

Mulakan pada diri
jadilah penyelesai bukan masalah
be the solver not the problem
Mulakan dengan diri dan ajaklah dengan kasih sayang

Bercakap yang baik ,ataupun diam
Speak good, or speak nothing
*******

Sudah-sudahlah itu
Senyaplah

p/s: akan datang!

Cerpen: aku, kau dan pesbuk


(gelak)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.