Tuesday, December 27, 2011

Apa status awak?



Immuniti iman? Apa statusnya?

I=V/R

Maaf ini bukan fizik, Current= Volt/Resistance.

Ini perubatan (medical). Infection = virulence/ resistance. Dalam bahasa mudah.

Jangkitan (berpenyakit)= virus (bahan berbahaya dll)/ pertahanan badan
Konsepnya mudah, jika virus (bahan berbahaya dll) jumlahnya melebihi jumlah ‘tentera’ pertahanan badan, kita akan jatuh sakit. Sebaliknya jika kita mempunyai tahap pertahanan yang sama jumlahnya dengan virus jahat yang menyerang, kita berada pada keadaan atas pagar. 50/50.

Sebaiknya, jumlah pertahanan badan melebihi jumlah kekuatan virus 'jahat' yang menyerang. Kita akan bebas daripada penyakit. Sihat ^^

Secara kasarnya, begitulah.
(tq Dr.Fidel for the formula)

Virus = Syaitan?

Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat mengingatkan kita kepada Allah. Apa-apa saja ilmu, asalkan kita boleh melihat apa yang tersurat dan lebih mendekati Allah. Itu adalah ilmu yang bermanfaat.

Sebaliknya, jika makin belajar seseuatu ilmu itu semakin tidak kenal Allah ataupun lupakan Allah. Itu bukanlah ilmu yang bermanfaat bahkan merugikan.

Teringat kepada seorang sahabat berjenaka di hadapan kelas, “buat apa belajar teruk-teruk, esok lusa mati juga”

Kedengaran gelak tawa pacah di bibir semua.

“Samada belajar atau tidak, kita tetap akan mati. Jadi lebih baik belajar. Sebab kita tahu kita nak matilah kita belajar” saya menggumam sendiri. Sahabat-sahabat yang memerhati mengiakan.

Jadi berbalik kepada kenyataan virus= syaitan, mengapa?

Senantiasa diserang

Kita manusia memang sentiasa terdedah kepada serangan semua virus-virus ‘jahat’ dan seribu satu lagi konco-konconya (prion, virus, Bacteria, fungi & parasite).
Samada sedar atau tidak, itulah hakikat.

Oleh yang demikian, Tuhan telah menyediakan kita dengan mewujudkan pertahanan badan. Pertahanan pertama, kulit, kedua, sell darah putih dan yang paling kompleks ialah immunity. Dan pertahanan ini juga bukan suatu sistem yang mudah.

Dan ianya juga boleh rosak jika tidak dijaga sebaiknya. Dan hasilnya kita sakit.



Immunity iman

Bak kata Karam Singh Walia ‘Terbakar kampung, Nampak asapnya. Terbakar hati, siapa yang tahu ?
Iman kita juga berfungsi menjaga hati. Bukan hati yang kelihatan, tetapi hati yang tak kelihatan.
Sama seperti badan, ianya juga boleh diserang penyakit. Dan sakitnya lebih parah daripada sakit fizikal. Sakit spiritual.

Persoalannya, sedarkan kita?

Penyakit fizikal juga mempunyai situasi dimana pesakit tidak lansung mengetahui bahawa dia ‘berpenyakit’ kerana penyakit itu di dalam fasa tidur. Hanya menunggu masa untuk meletus dan meletup!

Sedar Sakit

Cuba tanya diri sendiri, tanya seikhlas mungkin.

Adakah hati aku berpenyakit?

Apa khabar iman aku hari ini?
……..
Sekali lagi, sedarkah kita?

Lebih baik untuk sedar sakit, daripada sakit, dan tak sedar sakit. Sakit yang menyakitkan.

Semoga hati kita sihat-sihat belaka. Amin

^^


P/s: Ubat hati!
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam perpanjanglah
Obat hati- Opick





9 17 ulasan:

alFarafisyah said...

Subhanallah

Jazakallahu khairan ats perkongsian

Semoga menjadi seorang doktor Muslim yg mukmin lagi muslih.

syiela said...

thanks for sharing... satu perbandingan yang baik

Anonymous said...

salam alayk~ hati,,huh sukar untuk mnjaganya,, DAn sometime sukar nak memahami hati itu,, TETAPI...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan itulah kuasa ALLAH ,,subhanallah.. walaupun hanya lintasan di hati kita... DIA maha mengetahui,, Syukran atas perkongsian,, may ALLAH bless..

khaliFah_maahad said...

hati kena bagi ubat hari-hari~

banyak virus sekarang ni
^^

khaliFah_maahad said...

Amin Ya Rabb
tq alFarafisyah ^^

Anna Husna said...

kelmarin hati ada problem..
alhamdulillah..skrg sudah ok..
rahsianya->istighfar ^^

MeNongkaH_AruS said...

Jom kita ambil cakna pasal mahasiswa pula di sini:
Masa untuk Perubahan

umairah safiyyah said...

Jazakallahu khairan ats perkongsian

Alhamdulillah..(=

peRmaTa_ aGamA said...

perk0ngsian yg menarik..

m0ga tr0s istiqamah dlm mengejar redha Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.