Monday, August 30, 2010

Ramadan di penghujung waktu

Sedar atau tidak, Ramadan kini makin hampir ke penghujungnya. Bagi setiap individu, pasti ada kisah tersendiri tentang ramadan pada tahun ini. Di mana ada pertemuan, di situ jualah ada perpisahan. Dimana ada permulaan, disitu jualah ada pengakhiran.

Cuma , adakah kita merasainya?


Imbas Kembali..

Ingatkah kita pada awal Ramadan yang lalu? Kita begitu ghairah untuk berpuasa, rindu untuk ke Tarawih , sahur di pagi hari dan pastinya untuk berbuka puasa. Di media-media meriah 'menyambut' awal ramadan , bahkan hampir disetiap blog muslim dan laman web muslim pasti ada entri mengenai sambutan Ramadan.

Di sini ana ingatkan kembali beberapa hadis tentang kelebihan Ramadan buat kita semua:


1)Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

2)Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);


3)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

4)Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

5)Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)

6)Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

7)Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

8)Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi
)

9)Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)

Banyak tu,
Jadi, ingatkah kita tentang kelebihan ramadan?

Masih ada waktu

Masih ada waktu bagi kita, 10 hari terakhir di bulan Ramadan ini. Dan Allah juga telah menjanjikan satu hadiah istimewa kepada kita iaitu, Lailatul Qadar.

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Keganjilan di Malaysia

Namun, dalam pemerhatian saya, semakin hampir ke penghujung Ramadan , semakin kurang 'bersemangat' untuk orang ramai beribadah. Contohnya, pada awal ramadan di masjid-masjid , jemaahnya ramai. Namun kini , semakin kurang jumlahnya. Hilang entah ke mana? Kaum ibu pula, semakin sibuk untuk menyiapkan biskut raya, sehingga terlupa untuk banyak membaca Al-Quran dan beribadat. Ya, kita perlu menyambut Hari Raya, tetapi janganlah kita lupakan fadilat Ramadan di penghujung waktu ini.

Jadi?
Jangan sia-siakan peluang ini. Sementara Ramadan masih berbaki, ambillah peluang ini sebaiknya. Mungkinkah ini Ramadan terakir kita? Adakah kita akan kembali bertemu Ramadan pada tahun hadapan?

Semua itu pelum pasti, tetapi yang pasti ,
Ramadan tahun ini masih berbaki....

2 17 ulasan:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

khazirar_ilham95 said...

marilah kita sama2 mencari malam lailatul qadar...semoga Allah memberkati kita semua..

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.