Wednesday, February 15, 2012

Bangla beriman

Siapa yang kenal abang bangla ni? ^^

Pertama kali bersalaman dengannya selepas solat, saya sedikit terkejut.
'kasarnya' detik hati saya.

Bukan cara bersalam dia yang kasar, tetapi tapak tangannya terasa sangat kasar. Maklumlah, buruh kasar. Semacam permukaan di tapak kaki. (lapisan kulit yang mempunyai Stratum Lucydum)

Dari situ saya terfikir, 'boleh buat enrty blog ni, sangat menarik'

Menarik?

Bukan kerana tangannya itu, tetapi empunya tangan itu.

Sedikit perbandingan

Dia berada jauh daripada negaranya dan keluarganya, tetapi solatnya masih rapat bersamanya.

Kita di sini di tanah air kita, bersama keluarga kita, solat kita bagaimana?

Dia bekerja teruk, sangat meletihkan dan memenatkan, memerah keringat , solatnya masih mampu dikerjakan.

Kita bekerja di dalam keadaan yang biasa-biasa dan tidak perlu berjemur di tengah panas, solat kita bagaimana?

Dia bekerja teruk, gajinya tak seberapa berbanding kita. Tetapi bandingkan solatnya dengan kita.

Sekurang kurangnya dia tidak meninggalkannya.


"Sesungunya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling tinggi Taqwanya"

Kita?

Sekadar pergi belajar diluar negara, sudah lupa untuk solat. Lupa akan tiang agama kita. Tanpa tiang, robohlah agama.

Jangan kata ke luar negara, sekadar sudah keluar daripada pandangan ibubapa, solat juga sudah tiada.

Daripada kampung di Utara , menyambung pelajaran ke Kuala Lumpur. Sudah hilang tudungnya, solatnya dan sopannya. Risau kalau-kalau agamanya turut 'hilang'.

Risau.

Saya dengar

Ya, bukan semua sebegini.

Kacang lupakan kulit.
Ibarat meggi lupakan plastik meggi.
Ibarat pahat dan penukul.


Cumanya bagi yang berperangai sebegini, malulah kamu.

Malu dengan Allah dan RasulNya,
Malu kepada keluarga,
Malu kepada masyarakat,
Malu kepada alam,

Malu kepada diri sendiri,

dan

Malulah dengan abang bangla ini.

Bukan sebarang bangla,

BANGLA BERIMAN!

3 17 ulasan:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

terima kasih..Muhasabah.

Nurusaurus said...

Salam alaik.. selama ni selalu ada persepsi negatif terhadap pekerja asing.. dengan berita yang memaparkan ttg jenayah ragut dsb melibatkan warga asing.. Alhamdulillah hr ni dpt exposure ttg sisi lain sebahagian mereka.

Tentang isu kacang lupakan kulit,
pokok pangkalnya iman..

saya agak kurang setuju menyandarkan perubahan negatif itu kepada tempat tinggal/belajar... duduk dekat dengan rumah pun tak menjamin iman mantap, kan?

khaliFah_maahad said...

ya, saya juga setuju dengan pendapat saudari nurusaurus.

semuanya bergantung kepada iman.

tetapi keadaan sekeliling tetap memainkan peranan. samada kita yang akan mengubah keadaan atau keadaaan mengubah kita.

berkaitan dengan perubahan negatif berkaitan dengan tempat tinggal/belajar, daripada satu konteks , ya memang benar. Kerana semuanya bergantung kepada iman.

tetapi, saya rasa saudari pernah mendengar perumpamaan bahawa, syaitan ini ibarat serigala,

ianya hanya akan mudah membaham biri-biri apabila biri-biri tersebut berada di luar kawanan biri-biri. Biri-biri itu ibarat kita semua, orang beriman.

kadang-kadang kita terasa lemah apabila berseorangan. Tetapi yang penting,

adakah kita akan terus lemah atau berubah menjadi bertambah kuat iman, bergantung kepada iman kita kembali.

begitulah kiranya~
^^

p/s: emigran boleh datang ke negara kita, cumanya pastikan dengan cara yang betul dan buat kerja yang betul. Jangan menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain di negara orang lain.

^^ friendly reminder

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.