Friday, November 25, 2011

Hargai tanpa naluri


Hargai tanpa naluri


Manusia sering menyesali

Apa yang telah pergi

Walaupun sekadar sebentar tadi

Detik pergi tanpa dihargai


Dalam meniti usia hari-hari

Belajar dan mengerti

Mengerti untuk apa menghargai

Menghargai apa yang diberi


Segalanya diberi Ilahi

Masa tenaga sihat harta diberi

Tak lupa juga denyut di nadi

Pernahkah kita menghargai?


Agar tidak sesal di hari nanti

Aku cuba menghargai detik ini

Bukan sekadar naluri hati

Tetapi atas dasar ilahi


Belajarlah menghargai

Setiap detik yang diberi

Kerana pasti dikira nanti

Nanti di waktu yang pasti



M.Muhsin Hairudin

00.09am 26-11-11

Mood: berfikir panjang.

1)Apa yang sudah dilepas seperti mula bertaut kembali.

Padahal sudah ada yang mula menghinggapi

2) Apa yang diingin sudah dalam lingkungan. Hanya perlu sempurnakan langkah. Moga diberi kekuatan yang dicari Ya Allah

2 17 ulasan:

alFarafisyah said...

benar, teringat sebuah lagu nasyid

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

begitulah kita. sering lalai dan leka.

~Semoga Allah terus memberikan kita hidayah-Nya sehingga ke hembusan nafas terakhir

khaliFah_maahad said...

semoga kita tak letih mencari~ ^^

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.