Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Teknik melawan hantu sebelum tidur

Melihat saja pada tajuk, saya sedar. Saya sedar tajuk itu melampau. Agak melampau (baca: over). Namun, itu adalah salah satu cara untuk menarik perhatian pembaca.

Saya tidak menipu, apa yang saya ingin kongsikan adalah benar-benar teknik yang praktikal dan mudah dan mampu untuk semua orang. Tidaklah perlu sebarang alatan, latihan dan juga pertapaan selama dua setengah purnama.

Hantu? Apa difinisi anda? Apa yang pasti ialah, Syaitan dan Jin wujud berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis.

Hantu= Jin dan Syaitan? itu masih boleh dipertikaikan.

Pernah terkenal satu masa dahulu



Cerita hantu.

Hari pertama saya hadir ke asrama universiti, setelah keletihan perjalanan, saya duduk berehat di ruang tamu. Sahabat serumah saya menyambut kedatangan saya. Setelah bertanya khabar dan berbasa basi, satu isu menarik timbul.

"Nasib baik hang(kamu) balik, selamat aku" ucap teman serumah sambil ketawa.

"Kenapa? Apa yang berlaku?" saya hairan.

"Hang tau tak, ada benda kacau aku"

"benda ataupun 'benda'" sambil membuat isyarat 'dalam kurungan'.

Dia angguk.

Saya senyum kecil sambil mengeleng.

Seram

Maka sesi bercerita pun bermula. Nama pencerita dirahsiakan. Itu etika.

*****

Dingin awal pagi mula terasa. Angin sepoi-sepoi masuk melalui tingkap yang terbuka. Langsir beromak mengikut irama. Suasana gelap hanya disuluhi dengan cahaya lampu daripada luar pintu. Pintu sedikit terbuka.

Sunyi.

Benar-benar sunyi.

Tiba-tiba, perasaan seram mula merangkak masuk. Terasa seperti ada seseorang, lebih tepat sesuatu di dalam bilik. Di satu sudut, kelibat hitam kelihatan .

Mata tiba-tiba terbuka. Naluri manusia ingin bertindak. Sama ada lari ataupun lawan. Pastinya di sini adalah lari.

Namun, amat pelik apabila tiada satu otot pun yang bergerak. Kaku.

Nafas terasa tersekat-sekat.

Dalam masa yang sama, benda itu semakin hampir.

Seperti asap hitam.

Dekat.

Dekat.

Badan masih kaku, suara jeritan ibarat tersekat di kerongkong. Tiada suara yang terhasil.

Tiba-tiba, terasa hujung kaki dicengkam kuat. Sangat kuat.

Kemudian berubah ke lutut, kemudia ke paha.

Begitu juga rasa tekanan di dada, ibarat ditindih sesuatu.

Perit.

Peluh mulai keluar.

Namun masih kaku, walaupun cuba untuk bergerak.

Dengan tiba-tiba, apabila keadaan ibarat tiada penghujungnya, semua itu hilang.

"hah!" nafas pertama berbunyi.

Pintu ditenung tajam. Terasa seram sejuk di belakang tengkok.

Peluh.

Benar-benar berpeluh.

Dan malam itu tak mampu lagi untuk melelapkan mata, apatah lagi tidur.

Semua itu, adalah....

Gangguan benda.

Bukan .

Gangguan 'benda'.


*********

Begitulah sedikit sebannyak cerita yang diceritakan dan diceritakan semula atas fahaman saya. Tiba-tiba saya  pula yang meremang, jam sekarang menunjukan pukul 11.45minit malam.

Saya yakin, 4 daripada 10 orang dewasa pernah merasa perkara itu. 

Orang utara kata kena tindih dan sebenarnya perkara ini berlaku di seluruh dunia dan direkodkan juga berlaku sejak zaman berzaman.

Jadi, inilah 'hantu' yang disebut di atas tadi.

"Wargh!! Makan budak!!"

Fakta

Sebelum saya menceritakan tentang teknik dan ubat untuk kes ini, saya terlebih dahulu ingin memperkenalkan dengan lebih dalam tentang hal ini.

Tak kenal maka tak benci.

eh!

Dipendekkan cerita, Allah temukan saya dengan ilmu ini, tak pasti daripada buku atau dokumentari terlebih dahulu. Tetapi yang pasti, saya sudah menjumpai alasan dan fakta untuk 'hantu' ini.

Terkenal sebagai sleep paralysis.

Pernah dengar?

Bagi yang rajin baca daripada segi perubatan rujuk sini dan sumber lain dalam bahasa 'orgputih' sini.

Rujuk di Dokumentari

Secara mudah

Penjelasan asal agak panjang lebar dan bosan.

Ada penjelasan tentang tahap tahap gelombang otak ketika tidur dan tahap-tahap tidur seperti REM( Rapid Eye Movement) (baca: Pergerakan mata yang cepat) dan yang satu lagi ialah NREM (Non-Rapid Eye Movement) (baca: Bukan-Pergerakan mata yang cepat).

Pertukaran ini berlaku setiap 90 minit. Itu berdasarkan fakta yang diberikan berdasarkan kajian.

(bosan!!)

Saya sudah cakap kan?

Jadi, saya mahu pendekkan.

Begini, bayangkan kita ada dua entiti.

1)otak
2)badan(otot yang boleh dikawal)

Ketika tidur yang normal (biasa), kedua-duanya yakni otak dan badan tidur. Jadi tidak ada masalah.

Dan ketika bangun tidur pula, kedua-duanya bangun (terjaga) secara serentak. Tiada masalah.

Masalah berlaku apabila atas sebab tertentu, otak tiba-tiba tersedar/terbangun dahulu daripada sistem badan.

Dalam kata yang lain, otak kita sudah sedar namun badan kita masih tidur.

Nampak?

Inilah sebabnya apabila otak menyuruh badan bangun, contohnya angkat kaki, gerakkan jari, keluarkan suara, dan apa saja arahan otak kepada badan tidak diendahkan. Masakan tidak , badan masih tidur!!!

Inilah yang menyebabkan kita lumpuh buat sementara. Hal ini juga ada menyebab bahagian badan terasa seperti ditekan padahal, semua itu hanyalah kesan badan terus tidur.

Lebih buruk, otak yang tersedar lebih awal daripada badan, akan menyebabkan seseorang itu terasa seperti terjaga padahal bermimpi. Mimpi yang sedar.

Lebih tepat, mimpi buruk yang sedar.

Jadi, apa saya yang muncul dalam fikiran akan muncul dalam penglihatan kita. Itulah segala 'benda' dan 'hantu' yang terlihat.

Kalau kita takut, dan pastinya kita terfikir yang bukan-bukan, maka yang bukan-bukanlah yang datang.

Dan sebaliknya, apabila kita sedar dan tahu apa yang berlaku, jadi fikirlah apa yang anda mahu dan itulah yang terhasil.

Faham?

(Nampakanya , tidak cukup pendek, masih lagi panjang)
 Geleng kepala.

Teknik melawan hantu

Tekniknya mudah, jika mahu tidur. Amalkanlah dua perkara penting (asas).

1) Ambil wuduk
2) Baca doa sebelum tidur dan 3 Qul (Surah Al Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)

*Boleh rujuk ''
ayat pengasih

Dan semua ini tak akan sedikit pun berkesan tanpa izin Allah, Tuhan Sekalian Alam. 
Bacalah dengan Tauhid, dengan Yakin. 

Tenang sebelum tidur adalah kuncinya. Dan ketenangan itu adalah anugerah Allah.

InsyaAllah.

Tambahan, bagi yang rasa 'sesuatu' ketika benar-benar sedar, bacalah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.

Baca dengan Tajwid yang benar dan bacalah dengan yakin. 

Allah Akbar!

Namun setelah 3 kali dibaca masih belum 'hilang'/pergi, kamu!

Ya.

Kamu.

Ambillah kerusi terdekat dan hempuklah(baling/pukul) 'benda' itu. Kerana tak lain tak bukan ianya adalah bukan 'benda' itu.

Besar kemungkinan itu adalah sahabat kamu yang cuba menyakat, ajar sikit.

Penutup 

Perkara ini tidaklah semudah ini, kerana ilmunya sangat luas. Namun , lebih baik saya memudahkan kalian untuk faham.

InsyaAllah ada kebaikan untuk semua.

Seperkara lagi, apabila saya menceritakan semua ini, tak sedikitpun bermakna saya tidak percaya kepada alam Ghaib. Saya percaya dan yakin atas dalil dan bukti daripada Sunnah dan Al-Quran.

Namun, ini adalah ilmu Allah juga. Tak salah menambah ilmu yang baik.

Segala silap dan salah mohon ditegur.

Senyum

Selamat malam.

Lailah




Wednesday, October 24, 2012

Poster Majalah Al-Ustaz isu Korban



Jalankanlah ibadah korban ibadat
bukan sekadar korban adat

Patut beli majalah Al-Ustaz! Tambah ilmu mengenai ibadah korban ^_^

Buku Bulan Ini

Novel Sunan Musafir, nilai tauhid diadun cantik dengan elemen pahlawah dan isu cinta :)
Terbaik!

Ini untuk modal diri dan modal 'grandmother story' yang punyai ibrah dan juga bukan direka-reka

Solat adalah tiang agama, teguhkan tiang maka teguhlah agama. Dan khusuk bukan diperoleh secara percuma. Ianya perlu ilmu ^_^
MUST BUY

Tulisan Hilal Ashraf yang patut menjadi santapan minda orang muda yang mahu memahami agama dengan betul-betul paham, bukan sekadar ikut-ikutan. Ibarat bahtera yang menyelamatkan manusia (seperti filem 2012) , mengapa kita perlu memilih bahtera ini? Bahtera keimanan. Patut beli!

Doktor muslim yang punyai ilmu agama. Ilmu agama bukan sekadar milik ustaz bahkan milik semua. Doktor yang sebenar ialah yang mampu merawat penyakit zahir dan juga penyakit batin (hati)
Bakal Doktor Muslim WAJIB BACA :) 

Seorang ilmuwan yang mengunakan metode pemikiran islam yang sangat saintifik namun begitu tauhidik. Pelbagai persoalan disajikan dengan jawapan dengan fakta bukan auta.
(sempat jumpa tuan penulis dan dapat sign =D )


Bahan bacaan bulan ini. Kena rajin sikit 
p/s: kawan-kawan rapat kalau nak pinjam , 'roger' saja 

Thursday, October 11, 2012

Cemerlang? Jika hebat cuba jawab

           Alhamdulillah, cuti yang ada dimanfaatkan (selain berehat banyak-banyak) dengan ke majlis ilmu. tambahan pula majlis yang dianjurkan oleh Universiti lama saya KUIN yang sangat saya sayangi.
Lebih menarik, kebanyakan ahli jawatan kuasa program ialah kawan-kawan sekelas saya dahulu iaitu UP Amirah, UP Adibah, UP Iltizam, UP kak Yati dan paling rajin UP Razanee . tak lupa, IM

Jadi, perkongsian saya pada kali ini sangat menarik. Orang kampung saya kata Osem!!


 Dr Danial Zainal Abidin sememangnya seorang yang saya amat kagumi atas ilmunya dan cara pemikirannya yang sangat saintifik namun begitu tauhidik.

APA ITU KECEMERLANGAN?

Itu adalah soalan mukaddimah yang Dr Danial lontarkan kepada kami. semua terlopong, berfikir. Jawab beliau, tidak ramai yang dapat menjawab soalan mudah ini.
Walaupun soalan ini ditanyakan kepada guru-guru, pensyarah , kounseler dan mereka yang terlibat dengan kecemerlangan ini.

Adakah 5A dalam UPSR?
9A dalam PMR?
17A dalam SPM?
pointer 4.0 dalam peperiksaan?

Semua itu hanyalah gred yang membuktikan kecemerlangan akedemik. Ya, cemerlang! tetapi bukan cemerlang yang HAKIKI!

Pulak dah?

JAWAPAN Dr

KECEMERLANGAN FORMULA ALLAH ialah

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Ali Imran, ayat 185)

Syurgalah kecemerlangan yang hakiki !

Semoga kita semua ditemukan Allah di sana, Amin ^_^ (senyum)

JADI, CGPA ADALAH DUNIA YANG MENIPU!!!

Kenyataan yang berani! dan juganya pasti akan menimbulkan tanda tanya dan tak senang hati

Jangan risau, teruskan pembacaan. ISLAM BUKAN AGAMA YANG JUMUD

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

(Al Bakarah ayat 201)



Jangan lupa dunia, kerana apa?

Dunia itu adalah jambatan akhirat.(macam jambatan Pulau Pinang ? )

Mana mungkin kita dapat sampai ke akhirat dengan dunia (senyum)

Jadi, dengan kecemerlangan dunia (CGPA cun! Exam cun!) ialah jambatan kepada kecemerlangan akhirat
(senyum lebar-lebar)

Jadi, siapa yang kata CGPA semua tu dunia, dia salah berdasarkan ayat ini. (jangan marah)

SAINS UNTUK AKIDAH

Bagi saya, inilah kemuncak epic perbincangan malam tadi. Kerana, agama itu mulanya dengan berilmu.
Bukan secara turut turutan saja.

Bahkan, setiap yang beriman perlulah mempunyai alasan individu mengapa dia beriman? Tauhid?  Kepercayaan kita bukan sekadar kerana kita dilahirkan oleh ibu bapa muslim, maka kita menjadi muslim atas sebab keturunan.

Bukan kerana kita faham dan tahu.

Jawapannya ada bagi mereka yang berfikir dan berilmu. Di sinilah konsep Sains untuk akidah itu dipakai.

Formula Allah?

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

(Fussilat ayat 53)

Bukan bermakna tanpa bukti sains itu, Al-Quran salah! Tidak sama sekali. Al-Quran tetap benar walaupun tanpa bukti-bukti sains.

Tetapi inilah kehebatan dan kebesaran Kuasa Allah dan Mukjizat ( baca: bukti yang melemahkan) Al-Quran ini disokong kebenarannya dengan bukti-bukti sains bagi mereka yang melihat.

Percaya itu dengan ilmu, bukan ikut ikutan sahaja.

Jadi, saya bersyukur kerana Allah letakkan saya dalam bidak sains (kedoktoran ) kerana saban hari saya melihat BUKTI kebenaran Al-Quran dengan mata saya sendiri.

Sistem badan dan anatomi manusia yang MAHA HEBAT itu sendiri adalah bukti yang nyata bahawa kebenaran Al-Quran.

ingat ayat tadi, "dan pada diri mereka sendiri"

Metod (cara fikir) Sains untuk tauhid kita gunakan di sini. Sebagai penguat tauhid dan keimanan kita.

Dan selain ilmu, TAQWA juga adalah elemen penting dalam KECEMERLANGAN HAKIKI

(panjang sangat kalau nak tulis sekarang, jadi, sambung nanti )

Penutup

Terima kasih  Dr Danial Zainal Abidin yang membuka mata saya dengan pencerahan ini.

Alhamdulillah

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat saya yang berjaya menjalankan program ini dengan baik. Semoga usaha kita semua dikira sebagai ibadah

Amin

Sampai bertemu lagi (cewah)

InsyaAllah

Sempat bergambar dengan beliau. InsyaAllah, bakal menuruti jejak langkah beliau 


Jika bermanfaat, silakan kongsi :)

Friday, September 21, 2012

AWAS : Serangan makhluk halus!!

Semua orang kelihatan tertekan.

mata sudah merah dipenuhi salur darah yang mengembang. Bukti bersengkang mata semalam.

Neuron-neuron di otak bergerak laju. Nafas turun naik. Jantung berdegup luar biasa.

CUAK!!

melihat sebegitu banyak makhluk halus di hadapannya.

Inilah dia!

Microb in Infection and Immunity Module

exam

-_____-'

******



Senarai makhluk halus : Virus, Bacteria, Fungi, Yeast, Mold, Helimintis, Ascaris  dan seribu macam lagi

Staphylococcus tidak sama dengan streptococcus


MAKHLUK HALUS

Berapa ramai yang takut dengan dengan harimau, sedangkan berapa oranglah sangat yang mati disebabkan harimau?

Kita lupa untuk takut dengan semua makhluk halus ini sedangkan setiap tahun, beribu-ribu kematian adalah angkara mereka.

Kita lupa dengan pembunuh yang lebih kejam, ganas,dan lebih licik iaitu semua makhluk halus ini.

Sangat banyak penyakit yang sangat biasa menyerang manusia disebabkan oleh makhluk halus ini. Bahkan banyak juga antara mereka ini adalah normal flora (baca: memang makhluk biasa ada pada badan) pada badan manusia.

Mereka hanya menyerang apa bila ada peluag terbuka. Contohnya ketika luka, dan ketika sakit.




Cuak

NAFSU

Jadi, post kali ini adalah untuk mengaitkan sifat semua makhluk halus ini dengan 'musuh' kita iaitu nafsu dan juga 'taiko'nya, syaitan yang terkutuk.

Bagi yang pernah membaca post Apa status awak? ini adalah sambungan kepada post itu.

Beberapa petang lepas, sempat dengar IKIM fm bersama Ust Pahrol tentang pengurusan nafsu.

Dan bagi saya ini semua sangat significant dan sesuai dengan makhlus halus ini.


"Nafsu akan sentiasa perperang dengan akal"

"Microorganisma 'jahat' pula sentiasa berperang dengan immuniti badan"


PENUTUP

Jika kita berjaya mengalahkan dan mengawal makhluk halus ini, badan kita akan sihat dan bersedia dan mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh fizikal lain yang lebih besar.

Dan jika kita berjaya nafsu, maka kita akan lebih bersedia dan mampu mengalahkan syaitan.

"Nafsu itu ibarat kuda liar, apabila dijinakkan, akan menjadi sangat berguna dalam kehidupan!"

Jadi, berhati-hati dengan makhluk halus

^_^


p/s : Cara-cara mengurus nafsu BERKESAN 1 oleh Ust Pahrol Mohd Juoi di IKIM.FM
     
       Perang terhadap NAFSU!!  oleh Ust Pahrol Mohd Juoi di IKIM.FM


Kalau makhluk halus seperti ini tak apa, comel saja






Friday, July 20, 2012

Artikel Osem Ramadhan !!

Sibuk melayan tetamu agung Ramadhan *_*

jadi, sekadar sempat untuk listkan beberapa Atikel saya yang terdahulu mengenai Ramadhan :)

dan juga beberapa link ustaz-ustaz yang sangat best dan Osem :)

-Jangan Tersungkur di Bazar Ramadhan
-Ramadhan berangkat pergi
-Ahlan wasahlan Ya Ramadhan
-Ramadhan di penghujung waktu 

APG - Hadiah Agung Daripada Tuhan
SaifulIslam- Ramadhan
Naimul Firdaus- Pencerahan soal Tarawikh
IM Ashraf- Tadarus sepajang Ramadhan
LI- Ramadhan Kareem!!

selamat berpuasa semua~

^_^

pss: nanti saya tulis yang baru ya =D

Saturday, July 7, 2012

Comel jangan hanya di dunia

                                                                   Comel di dunia

                                                               comel lagi di akhirat 

Pertemuan pertama namun ibarat sudah lama bersua
hehe



******

Ibuku sibuk menyelak kain kain yang dipamerkan. Banyak, sangat banyak. Seperti sama banyak dengan kain-kain di situ, ramai manusia turut sama jumlahnya.

Majoriti daripada mereka adalah wanita.

Maklumlah, musim ramadhan dan raya hampir tiba. maka berpusu-pusulah semua menjari kain untuk dijadiakn persalinan di hari raya nanti.

bukankah disunatkan agar kita berpakaian cantik di hari raya nanti. Namun cantik bukan sekadar di mata, namun perlu juga cantik pada agama. 

Aku pula sekadar menjadi peneman setia ibuku. 

Mataku terpadang ke arah seorang bayi. masih lagi di dalam pelukan ibunya. kelihatan sangat comel.

Mukanya yang suci, matanya yang seakan bercayaha, pipinya yang tembam, kulitnya yang serba putih dan lembut sangat menyenangkan mata memandang. hinggakan dijemburui para wanita-wanita dewasa lain.

"comelkan baby tu ummi" aku menciut perlahan bahu ibuku.

Ibuku senyum manis. memandang tepat ke arah bayi itu.

"tapi kalau besar nanti, jadi orang yang tidak taat agama. hmm , tak comel dah" spontan kata-kata itu terpancul daripada bibirku.

Kali ini ibuku mengangguk. 

"betul. sebab itulah ummi didik anak-anak ummi betul-betul, ajarkan agama semua" 

Aku tersenyum sendiri.

"tahu, terima kasih ummi"

********

Bayi

baby

Kanak-kanak

Ya, mereka semua sangat menyenangkan hati apabila dipandang. 

Saya selalu berseloroh, mengapakah bayi sangat comel?

"kerana meraka hadiah daripada syurga"

(senyum)


Namun, apa guna comel semata-mata sewaktu kecil? 

Sedangkan pada waktu dewasanya menjadi seorang yang jahat?

Membuat kerosakan kepada orang lain?

Menjadi penggemar maksiat?
 
Hatta tidak tahu menahu tentang ibadat dan akhirat?



Apa guna comel di dunia, tetapi tidak comel di akhirat.....


Ingat, semua penjenayah dan pembunuh yang ada kini juga asalnya bayi yang comel suatu masa dahulu.

Tetapi hanya comel suatu masa dahulu....


Mereka kain putih, ibubapalah yang mencoraknya.


Tanggungjawab pada ibu bapa, kemudia kepada masyarakat dan pembuat dasar.


Didiklah mereka, kerana mereka membesar dengan didikan kalian semua.

Kita semua.

Semoga, semua bayi-bayi yang comel, akan terus comel.

Bukan sahaja comel di dunia, bahkah paling penting, comel di akhirat sana.

Amin

^_^
Si Syasya yang sangat comel ^_^


Monday, June 18, 2012

"Father And Son" Yusuf Islam

                                                               "Father And Son"
                                                  by Yusuf Islam (Cat Stevens) and  Ronan Keating 

                                                                          *****
It's not time to make a change
Just relax--take it easy
You're still young--that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want, you can marry
Look at me--I am old
But I'm happy
I was once like you are now
And I know that it's not easy
To become when you've found
Something going on
But take your time--think a lot
Think of everthing you've got
For you will still be here tomorrow
But your dreams may not...

How can I try to explain?
When I do--it turns away again
And it's always been the same
Same old story
From the moment I could talk
I was ordered to listen
Now there's a way, and I know
That I have to go away
I know, I have to go...

It's not time to make a change
Just sit down
and take it slowly
You're still young--that's your fault
There's so much you have to go through
Find a girl, settle down
If you want, you can marry
Look at me--I am old
But I'm happy

All the times, that I've cried
Keeping all the things I knew inside
And it's hard
But it's harder to ignore it

If they were right--I'd agree
But it's them--they know
Not me That I have to go away

******
P/s: This has a really deep meaning :')

Sunday, April 22, 2012

Cerpen :Bunga Syurga menjemput Kumbang Dunia- Episod 1


Cerpen :Inspirasi Syurga-Episod 1

~Bunga syurga menjemput kumbang dunia~

Oleh M.Muhsin Hairudin

P/s: Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.Tolong betulkan mana yang salah dan tidak sesuai. Komen anda sangat dihargai ^_^

Selamat mebaca
                Kelas kimia pagi itu berjalan seprti biasa. Prof Dr. Faridah walaupun sudah berumur separuh dekad masih lagi cergas mengajar dan bertenaga. Itulah kehebatan orang-orang lama, menjaga makan dan beramal dengan ayat al-quran, umur mereka panjang dan berkat.

                Sekitar 25 orang pelajar sedang mengikuti kelas tersebut. Kelihatannya bilangan golongan perempuan lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki. Perkara ini bukanlah suatu kepelikan. Jika berlaku 20 tahun dahulu. Ianya memang pelik. Tetapi kini, perkara ini menjadi suatu kebiasaan.

                Tit Tit Tit

                Tiba-tiba satu bunyi menggangu tumpuan semua.

                Mata Dr. Faridah melirik ke seluruh kelas.

                Kelihatan seseorang berpaling dan sedikit menunduk.

                “Telefon bimbit siapa itu?” soal Dr. Faridah

                Semua senyap.

                “ Saya prof, maaf. Ini panggilan daripada budak baharu itu” seorang lelaki menjawab.

                “Maksud kamu Taki? Si Yahya Ayyash?” Tanya Dr. Faridah.

                Taki mengangguk-angguk. Seluruh kelas sedikit riuh. Kelihatanya ramai yang terpanggil untuk berkomentar mengenai perkara ini.

                “Di mana dia sekarang?” Dr. Faridah kembali menyoal.

                “Bawah. Boleh saya jemput dia naik ke kelas prof?” kata Taki sambil tersenyum.

                Dr. Faridah hanya mengangguk.

                Taki bangun daripada kerusi dan menuju ke pintu. Seluruh mata memerhatikannya.

                “Siapa agaknya pelajar baru itu ya?”

                “Hensem tidak?”

                “Pandai tidak budak baru itu?

                Soal para pelajar perempuan sesama mereka. Pelajar lelaki hanya berbual kosong.

                Tiba-tiba pintu kelas dibuka.

                Kelihatan Taki sedang melangkah masuk bersama seorang pelajar baru. Muka baru, tidak ada
siapa yang mengenalinya.

                Dia hanya tersenyum dan memberikan salam. Setelah dipersilakan oleh Dr. Faridah, dia
mengambil tempat dihadapan Taki. Bangku kosong sentiasa ada di depan.

                “Baiklah semua . Ini pelajar baru. Dia terlambat mendaftar atas sebab-sebab tertentu. Kamu
semua boleh mengenali beliau lebih lanjut selapas ini. Tetapi sekarang, seperti yang dijanjikan”

                “Kuiz minggu ini” kata Dr. Faridah

                Reaksi seluruh pelajar berubah. Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Dan yang tidak suka
lebih ramai daripada yang suka.

                “Semua tutup nota. Kecuali Yahya”

                “ Agak-agak, kamu boleh catch up ?” soal Dr. Faridah sembil tersenyum terhadap pelajar baru
itu.

                “Insya Allah. Saya cuba” jawabnya sambil melirik kertas soalan yang baru saja diedarkan.

                ‘Macam susah saja’ monolong ikhlas dari hati.

*****************************

                Kedai makan itu penuh dengan pelanggan.  Pada waktu-waktu tengah hari begini, kedai itu yang
terkenal dengan menu masakan kampong akan diserbu ramai. Kedudukan yang strategik memang memberikan kesan. Terletidak di pinggir bandar Alor Setar. Banyak pekerja-pekerja pejabat yang berada di bandar raya itu pasti ingin menjamu selera .  Rezeki bagi mereka tuan kedai.

                Kelihatannyaa 4 orang sedang duduk di satu meja. Mungkin sedang menunggu makanan yang dipesan.

                “Macam itu ceritanya. Kamu sudah dapatkan nombor telefon saya daripada dekan. Saya ingatkan kamu dapat daripada mana tadi” Taki bersuara.atau nama penuhnya Takiyuddin.

                “apa-apa pun, terima kasihlah kerana tolong tunjukkan kelas tadi. Penat juga cari kelas tadi. Maklumlah, tempat baru”kata Yahya sambil memegang bahu Taki. Mereka tersenyum.

                “Mana nasi ayam rock ni? Lambatlah” lelaki di sebelah merungut.

                “Betullah. Selalunya tidak lama tunggu. Ini sudah separuh air sudah habis diminum. Tidak sampai-
sampai juga” rakan di hadapan mengiyakan.

                “Ayam rock? Pelik betul namanya. Nasi apa itu?” Yahya kehairanan.

                Mereka semua ketawa. Nampaknya ada seseorang yang masih belum diperkenalkan mengenai nasi ayam rock, nasi ayam yang sangat terkenal di sini. Terkenal kerana keenakkanya dan juga harganya yang sesuai dengan harga pelajar.

                “Nasi ayam rock itu samalah seperti nasi goring ayam biasa. Cuma ayamnya suka lagu rock” kata Taki berjenaka.

                Mereka tetawa. Muka orang baru mengenal nasi ayam rock memang lucu.

                “Ayam dia yang istimewa. Digoreng kecil-kecil seperti popcorn chiken. Sedap atau tidak?
Tanyalah si Firdaus dan si Rafi tu. Peminat setia”

                Firdaus dan Rafi ketawa kecil. Yahya hanya menggelengkan kepala. Macam-macam hal.

Di kejauhan. Sepasang mata sedang memerhatikan gelagat mereka berempat.

**************************
“Kelas hari ini kita mulakan dengan sesi motivasi” kata Miss Ain. Pensyarah yang bertugas pagi itu. Bilik kuliah sudahpun penuh dengan para pelajar.

Beginilah kebiasaan kelas yang dikendalikan oleh Miss Ain ini. Selain mengajar subjek matematik dan fizik, Miss Ain juga gemar untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada pelajarnya dengan sesi motivasi 5 minit. Prosedurnya mudah, seseorang yang bertuah akan dipilih daripada kalangan pelajar untuk bangun memberikan pengisian motivasi selama 5 minit. Kemudiannya barulah Miss Ain menambah sedikit dan memberikan konklusi. Akal terisi, hati juga terisi.

“Ada cadangan?” kata Miss Ain mencari-cari pelajar bertuah pagi ini.

“Budak baru!” beberapa pelajar melaung memberikan cadangan.

Yahya berasa tidak selesa. Manakan tidak, baru beberapa hari di sini, ingin pula disuruh memberi pengucapan awam. Gugup juga.

Kata Miss Ain sambil tersenyum “silakan”

Seluruh kelas bertepuk tangan. Ceria seperti biasa.

Yahya bangun perlahan-lahan. Didalam fikiranya ligat berfikir isi. Apa yang mahu dikongsi? Nampaknya, tidak ada jalan lain selain berdiri dan berucap.

Setelah berdiri dan memberikan salam , Yahya mula berkongsi. Berkongsi apa yang ada di minda. Agar masuk melalui hati.

“Disebabkan hari ini adalah hari-hari pertama saya disini. Saya juga ingin berkongsi tentang perkara pertama yang dikongsikan kepada kita dalam hidup kita. Kawan-kawan tahu tidak apakah perkara itu?”

Beberapa pelajar menggelang. Selebihnya hanya mendengar. Miss Ain nampaknya sedang memberikan perhatian. Seperti mana perhatian yang diinginkannya oleh pelajarnya ketika kuliah.

“Tentang Tuhan. Kerana awal agama adalah mengenal Allah, tuhan kita. Tuhan sekalian alam. Tuhan kepada apa yang nyata dan yang tersembunyi. Segalanya tentang Dia”

“Siapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhannya. Sebagai contoh, jika kita renung tangan kita, jika kita berfikir sebentar, kita pasti akan dapat melihat kehebatan Tuhan. Cuba gerakkan jari jemari kita. Genggam tangan kita. Kita semua dapat rasakan betapa sempurnyanya sistem yang dicipta Tuhan untuk kita. Betapa bertuahanya kita mendapat nikmat tangan dan jari. Dan apabila digunakan sebaiknya dengan akal fikiran, kita mampu menakluk dunia. Semuanya bermula dengan tangan kita”

“Semua yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Belajar kerana Allah, mendapat pointer yang tinggi kerena Allah, makan juga kerana Allah, bahkan apa sahaja yang kita lakukan. Pastikan niatnya kerana Allah. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Bahkan, dapat pahala percuma” Sengihnya.

“Jadi, mesej utama saya pada hari ini ialah untuk menyatidakan, sepatutnya dalm setiap perkara dalam hidup kita, kita kena rasa kekuasaan tuhan sentiasa bersama kita. Niat hanya kerana Allah”

“Sekian”

Kelas senyap.

"Macam skema saja" gutus hati Yahya.

“Nampaknya ada ustaz dalam kalangan kita”  kedengaran suara-suara daripada belakang.

Mereka semua ketawa dan kemudianya bertepuk tangan.

Miss Ain bangun dan bergerak ke hadapan kelas. Kelas kembali senyap.

“Kesimpulannya , semuanya kerana?”

“Allah” seluruh kelas menjawab.

Miss Ain tersnyum. Kuliah kembali diteruskan.

Di dalam hati Yahya, lega. Lega kerana dapat menyelesaikan semuanya dengan baik. Bukan mudah untuk menjadi budak baru . syukur kepada Allah. Semuanya dipermudahkan.

Mengambil jurusan apapun di universiti, pelajar sepatutnya sibuk dengan belajar dan tugasan. Tidak kisahlah jurusan apa, yang penting semua perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Pelajaran adalah amanah. Amanah yang akan di soal kelak. Setiap sen yang dilaburkan oleh ibubapa kita hendaklah dimanfaatkan sebaiknya. Bukan digunakan untuk perkara-perkara tidak berfaedah.

Waktu ini, mereka ada tugasan di makmal. Menyediakan ujikaji mengenai elektrolisis. Subjek kimia. Apabila tiba waktu makmal, segala kepandaian di minda tidak berguna jika tidak dapat diterjemahkan di tangan.

Teknik memegang bahan, memanaskan, memotong, menitiskan, menggunakan pipete dan segala peralatan makmal memerlukan kesabaran dan teknik yang betul. Dalam ujikaji, sedikit ketidak tepatan data dan isian akan mengakibatkan hasilnya berubah. Inilah yang menyababkan ujikaji selalunya dilakukan banyak kali. Untuk meminimumkan peratusan kesalahan.

“Macam mana ini?” kata Taki merungut.

“Kenapa?” Firdaus disebelah bersuara.

“Ini, mahu masukkan air ke dalam tabung uji ini tanpa ada buih. Air mesti penuh. Tapi, buih tidak mahu. Sudah banyak kali cuba tapi masih tidak menjadi ” Taki mengomel.

Yahya di sebelah memebelek belek buku prosedur. cuba mencari jalan. Hari ini mereka berempat di dalam kumpulan yang sama.  

Yahya tersenyum.

“cuba bagi kepada saya” Yahya pula bersuara.

Taki menyerahkan tabung uji tersebut. Mereka berempat memandang tepat ke arah Yahya.

“bismillah” suara Yahya perlahan.

Tangan yang memegang tabung uji dicelup ke dalam kelalang berisi air. Kemudianya diangkat perlahan-lahan.

Mereka semua mendekatkan wajah ke tabung uji tersebut. Mencari-cari gelembung udara. Tiada! Mereka Berjaya.

Mereka semua ketawa! Akhirnya setelah mencuba beberapa kali.

“Macam mana engkau buat Yahya?” Firdaus hairan.

“ Aku buat tadi tidak jadi pun” tambah Rafi.

Yahya tersengih dan berkata “ Aku jampi”

“Hah? Jampi apa pulak dah?” kata Taki kehairanan.

“Puang tuku nakal, sapa nakal, biar dia rasa!” sebut Yahya perlahan.

Tiba-tiba semua senyap.

“Apakah?” Terpancul ayat itu daripada mulut Firdaus.

“Bismillah, dengan nama Allah. Sebab tu jadi tu” kata Yahya bersahaja.

“Bohonglah” kata mereka tiga serentidak.

Yahya ketawa kecil sambil berkata “ Aku baca balik prosedur. Dalam tu ada tulis teknik bagaimana untuk melakukan ujikaji ini dengan tepat. Kita semua tidak baca habis tadi. Semua mahu cepat”

Mereka semua ketawa.

Pelajar-pelajar sekeliling hairan. Ada sesiapa buat lawakkah?

“Kenapa kau kata jampi dengan bismillah tadi?”  Taki menyoal.

“Saja, bagi kita semua ingat Allah juga” jawab Yahya ringkas. Dalam makmal juga mahu ingat Allah. Allah ada di mana saja. Begitu terang Yahya.

***********************

Setelah beberapa bulan di universiti itu, kini Yahya telah dapat menyesuaikan diri. Dia juga kini menjadi teman rapat Taki, Firdaus dan juga Rafi. Ibarat belangkas. Jika di waktu kelas, mereka pasti sebaris. Waktu makan, semeja. Cuma waktu tidur sahaja berpecah. Sampai begitu sekali.

Kebelakangan ini, Yahya agak terganggu dengan seorang pelajar perempuan. Selalu sahaja ada yang ingin dikatakan kepadanya. Itu dan ini. Kadang-kadang mudah pula marah dengan Yahya. Ada saja yang tidak kena. Tetapi, ada sesuatu aura yang agak pelik mengenai perempuan ini. Entahlah, mungkin perasan sendiri fikir dalam hati.

Namun, segalanya berubah apabila sesuatu berlaku. Sesuatu yang tidak mungkin dilupakan Yahya.
Dr Faridah baru keluar meninggalkan dewan kuliah. Pelajar menarik nafas lega.

“Lewat kelas tamat hari ini” ngomel Rafi.

“Macam biasalah, Dr. Faridah. Banyak yang mahu diajarnya. Macamlah kamu tidak biasa” kata Firdaus sambil mencuit tangan sahabatnya itu.

Yahya di sebelah endah tidak endah. Macam-macam perkara bermain di fikiranya. Banyak perkara perlu diselesaikan.

Tiba-tiba, seluruh kelas berubah sunyi. Beberapa pelajar perempuan tampil ke hadapan kelas. Mereka berempat hairan. Seperti ada pengumuman gayanya.

“Hari ini saya mahu membuat pengakuan, saya  suka…”perempuan pertama . Yahya hanya endah tidak endah. Apalah pula halnya ini?

Setelah perempuan pertama habis berkata, pelajar perempuan lain bertepuk tangan dan bersorak. Kini tiba giliran perempuan ke dua.

“Saya mahu buat pengakuan. Saya suka kepada Yahya”

“Suka Yahya pula? Siapalah Yahya itu” Spontan ayat itu muncul di benaknya.

Masih tidak sedar.

Di hadapan kelas ialah si perempuan yang sering cepat naik angin dengan Yahya. Yahya masih lagi endah tidak endah.

“Yahya, dengar tidak? Saya suka kepada kamu!” suara perempuan itu agak meninggi. Ditujukan terus kepada Yahya. Wajahnya memandang Yahya.

Wajah Yahya terus beubah. Terasa deras jangtung Yahya berdegup. Wajahnya panas dengan darah. Terkejut besar.

“Apa?”

“Dengar tidak?” perempuan itu bersuara semula. Wajahnya menunjukkan keihklasan, cumanya diseliputi dengan riak kerisauan.

Mukanya manis, namun kata-katanya itu tidaklah begitu manis bagi Yahya.

Benar, Yahya tidak salah dengar. Telinganya masih lagi sihat dan dapat mendengar dengan jelas. Perkara yang tidak pernah terlintas difikiran berlaku.

Yahya diam. Memikirkan jawapan terbaik.

Seluruh kelas senyap. Kawan-kawan Yahya juga kaku. Mereka menanti jawapan Yahya.

Yahya mula bersuara.

**********
BERSAMBUNG...

Friday, April 13, 2012

Saya tak mahu leteran, saya mahu motivasi!


         Beberapa hari lepas, seorang sepupu saya menghantar kiriman SMS. Katanya, dia kini agak tertekan dengan masalah di sekolah. Biasalah, orang sibuk di sekolah menengah. Tambah-tambah dia seorang perempuan. Kelas, kawan-kawan,persatuan dan peperiksaan. Semuanya turut menyumbang

         Jadi, bagi saya. langkah pertama ialah mendengar masalahnya sebelum cuba memberi cadangan untuk menyelesaikan masalahnya itu. Dia menceritakan masalahnya (itu bukan isu utama di sini) dan saya mendengar. setelah itu saya ada bertanya,

Sudah bersembang dengan sesiapakah? Ibu? cikgu Kaunseling?

balasnya "saya tak mahu leteran, saya mahu motivasi"

Saya terdiam seketika. Menarik

Berbeda

Cerita di atas saya akan sambung di bawah nanti

Jadi, adakah berleter itu berbeza dengan motivasi?

Adakah kedua-duanya sentiasa terpisah?

Mungkinkah kedua-duanya boleh diintegrasikan?

Definisi

1) Leter-cakap yang berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur seseorang) Kamus Dewan edisi keempat

2) Motivasi- 1.Keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. 2. Sesuatu yang membuatkan atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat

Pilihan kita?

         Saya sebenaranya tidak kisah sangat apabila dileter. contohnya, sewaktu sekolah dahulu, memang kadang-kadang kita melakukan kesalahan dan selapas itu pasti akan diketer oleh guru kita.  Dan yang paling selalu terjadi, satu kelas dileternya.

         Saya tak kisah? Ya. Kerana apabila cikgu berleter, masa akan berlalu begitu sahaja dan kerja sekolah akan berkurang kerana kadang-kadang cikgu akan terlupa untuk mengajar dan menambah kerja sekolah . Jadi, lebih banyak masa untuk aktiviti sendiri di rumah.

          Dan sebenarnya, mendengar leteran adalah sangat mudah. kita perlu sekadar mendengar dan mengambil apa yang penting sahaja. Selebihnya, biarkan masuk melalui telinga kakan, keluar di telinga kiri. Mudah bukan? :) Cumanya, kadang-kadang, kesabaran juga sangat diperlukan.

         Tetapi, berleter juga kadang-kadang merugikan masa. Dan menyebabkan ramai yang kurang gemar akan kita. Buktinya, guru-guru di sekolah dahulu. Maaflah, tapi ini pendapat saya.

Maka, di sinilah kita perlukan motivasi. Pendek + Padat + Tepat

          Berleter untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerana kita berleter.Contoh, cikgu berleter agar kita cepat buat kerja sekolah dengan sebab kita mahu hentikan leteran cikgu itu.

Tujuan selesai, tetapi tidak untuk jangka masa panjang.

Sekadar untuk lari dari leteran ^^

Motivasi

            Saya teringat di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan final kami di universiti. Presiden universiti sediri yang datang berucap. Memberi kata semangat.

            Ucapan yang pendek, padat dan tepat. Tidak mengbuka aib dan menyalahkan pelajar (walaupun hakikatnya kadang-kadang pelajar juga yang bersalah), berkongsi pengalaman dan memberi empati daripada sekadar simpati.Membakar semangat dalam diri pelajar sendiri untuk belajar.

Pelajar belajar dengan sebab mereka sendiri ingin belajar.

Bukannya belajar kerana mahu lari daripada leteran!

Inilah yang terbaik dan memberikan kesan jangka masa panjang dan lebih efisen daripada berleter.

Berleter sambil memberi motivasi?

"Ummi, tengok ini, leter dan mativasi itu berbeza. Ummi di sekolah berleter atau memberi motivasi?" Gurau saya sambil mencari-cari definisi leter di dalam kamus.

"entahlah, rasanya campur dua-dua sekali"balas ibu saya sambil ketawa.

Ibu saya seorang guru di sekolah menengah. ^^

Penutup

Jadi, semua kita perlu memilih, samada berleter atau memberi motivasi. Kerana, kita sebagai manusia yang normal, pastinya akan sentiasa berinteraksi dengan manusia lain.

Cerita di atas tadi, saya hanya membalas dengan semudah yang boleh, walaupun perkara ini tidaklah mudah. Masalah kadang-kadang perlukan masa untuk selesai.

Ada juga yang kata saya suka berleter. Jadi? entahlah. Anda yang tentukan ^^

Semoga berguna

P/s: nampaknya, saya 'macam' berleter lagi :)

Thursday, March 15, 2012

Penyakit berbahaya : Manusia kanser!!





Penyakit berbahaya : Manusia kanser!!

Pastinya kebanyakan daripada kalian semua pernah mendengar mengenai kanser bukan?

Tetapi sekadar tahu secara kasar sahaja dan tidak bengitu mendalam. Jadi saya akan menceritakan sedikit maklumat yang menarik berkaitan kanser.

Dan juga apa yang kenser mengajar kita.

Pembunuh

Di Malaysia kadar peningkatan penyakir kanser meningkat begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti). Sejumlah 21,773 pengidap kanser dikalangan penduduk malaysia di semenanjung Malaysia pada tahun 2006 yang berdaftar dengan Majlis Kanser Malaysia ( MAKNA ) . Ia terdiri dari 9974 kes di kalangan lelaki dan 11799 kes di klangan perempuan. Berdasarkan kadar piawaian umur untuk semua jenis kanser pada tahun 2006, secara keseluruhannya ialah 131.3 per 100,000. Lima senarai jumlah kes kanser tertingggi ialah kanser payudara, ususs, paru-paru, serviks dan naso

Kategori Kanser Mengikut Jantina




Kategori Kanser Yang Kerap Menyerang Kaum Lelaki di Semenanjung Malaysia
2006


Kategori Kanser Yang Kerap Menyerang Kaum Perempuan di Semenanjung Malaysia
2006

Gambar

kanser kulit

Saya pasti tiada siapa yang berasa aman apabila melihat kanser ini. Bahkan mana-mana kanser sekalipun, ianya akan tumbuh sengan hodoh dan sangat tidak sedap dipandang mata.

Ciri-ciri kanser.

ATTRIBUTES OF CANCER CELLS

1. Over-proliferation

2. Metastasis

3. Neovascularization

4. Clonality

5. Altered Immunogenicity

6. Mutation Dependence

7. Immortality

8. Autonomy

Jadi yang manarik disini bolehlah disimpulkan sebagai kanser ialah cell yang tak mahu mati (mahu hidup selamanya), merebak ke bahagian lain,dan tidak mengikut perintah.

Hukum Alam = hukum Allah

Semua cell menpunyai tugas dan juga tarikh tamat yang tersendiri. Bagi tubuh yang normal, semua cell yang ada mentaatinya dan patuh. Maka sihatlah tubuh badan itu.

Tetapi, apa bila cell itu membantah, samada tidak menuruti perintah (tugas normal),mahu hidup selamanya atau mahu mati sebelum masa (membunuh diri), maka terjadilah kanser.

Kanser inilah yang boleh membawa maut apabila sampai ke tahap 4.tetapi, segala-galanya masih bergantung kepada Allah, Sang Pencipta.

Jadi, siapa mahu jadi kanser?

Boleh dibuat persamaan di sini, apabila kita tidak menuruti perintah Allah, maka pasti akan datang kerosakan.

Manusia yang ingkar kepada perintah Allah adalah kanser dalam masyarakat. Mereka hidup seperti akan hidup selamanya (tidak bersedia untuk mati) , ataupun membunuh diri, mereka juga mampu menyebarkan kemungkaran di kalangan masyarakat dan juga alam, dan mereka juga merosakkan msyarakat.

Manusia ingkar Tuhan ialah manusia kanser!

Punca

Punca kanser pada cell manusia boleh dipecahkan kepada 3 bahagian; genetik sepenuhnya, separa genetik dan juga faktor luar.

Contohnya seperti karsinogen yang banyak dijumpai sekarang dalam makanan yang diawet dan juga makanan segara.

boleh lihat contoh di sini, dan sini, sini juga

Rawatan

Rawatan kanser bergantung kepada jenis dan juga tahap kanser tersebut.

Jika masih ditahap awal, kita mampu mengawalnya dan membunuh cell kanser tersebut. Jika sudah ditahap parah, perlu dilakukan pembedahan untuk membuang kanser itu.

Sama seperti kita, maksiat adalah punca-punca kepada kemungkaran yang lain. Titik hitam yang bertambah di hati, jika dibiarkan akan membawa kepada gelapnya hari.

Buta mata hati

Hilang budi pekerti.

Maka tersebarlah segala bentuk kerosakan di dunia ini

Kesimpulannya.

Manusia yang ingkar kepada Allah ialah manusia kanser.

Mereka mesti dirawat, dan kita wajib membantu. Bantu membantu.

Jika kita berfikiran seperti ini, pasti kita akan berfikir berkali-kali sebelum melakukan apa-apa maksiat

Mahukah kita menjadi kanser???


Wednesday, March 7, 2012

Antara sebab pakai tudung~


Assalamu’alaikum wbt , teringat ana kuliah ana waktu Tahun 2 di Universiti Iskandariah, Mesir. Proffesor ana ketika waktu praktikal pernah bagi tahu pada ana betapa bahawasenya hebatnya ciptaan Allah swt. Dan sesungguhnya Allah swt itu tidak bermain-main dalam ciptaanNya. Kata Prof ketika itu, kenapa Allah swt minta hamba-hambaNya wanita khususnya utk memakai tudung? Kenapa dan kenapa? Jelasnya kerana Allah swt itu sangat mencintai hambaNya, Allah swt minta kita pakai tudung bukan saja untuk menutup aurat, bahkan ada rahsia tersembunyi. Dan mesti pelik , kenapa lelaki tak perlu pakai tudung pulak?? Ana ambil point ni dari sudut medik dulu ya :D

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang ana kaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Prof ana kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan.. dan benarlah kata nabi s.a.w

" seindah hiasan adalah wanita solehah " ♥ ♥ ♥

Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita? Kalau ana jadi wanita, ana pakai! :D hihi ..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

“ afala ta’kilun “
“ afala tatafakkarun “

“tidakkah kau berfikir? “

“ dan nikmat Tuhan manakah yang kau nafikan? “

:)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.