Friday, April 13, 2012

Saya tak mahu leteran, saya mahu motivasi!


         Beberapa hari lepas, seorang sepupu saya menghantar kiriman SMS. Katanya, dia kini agak tertekan dengan masalah di sekolah. Biasalah, orang sibuk di sekolah menengah. Tambah-tambah dia seorang perempuan. Kelas, kawan-kawan,persatuan dan peperiksaan. Semuanya turut menyumbang

         Jadi, bagi saya. langkah pertama ialah mendengar masalahnya sebelum cuba memberi cadangan untuk menyelesaikan masalahnya itu. Dia menceritakan masalahnya (itu bukan isu utama di sini) dan saya mendengar. setelah itu saya ada bertanya,

Sudah bersembang dengan sesiapakah? Ibu? cikgu Kaunseling?

balasnya "saya tak mahu leteran, saya mahu motivasi"

Saya terdiam seketika. Menarik

Berbeda

Cerita di atas saya akan sambung di bawah nanti

Jadi, adakah berleter itu berbeza dengan motivasi?

Adakah kedua-duanya sentiasa terpisah?

Mungkinkah kedua-duanya boleh diintegrasikan?

Definisi

1) Leter-cakap yang berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur seseorang) Kamus Dewan edisi keempat

2) Motivasi- 1.Keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. 2. Sesuatu yang membuatkan atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat

Pilihan kita?

         Saya sebenaranya tidak kisah sangat apabila dileter. contohnya, sewaktu sekolah dahulu, memang kadang-kadang kita melakukan kesalahan dan selapas itu pasti akan diketer oleh guru kita.  Dan yang paling selalu terjadi, satu kelas dileternya.

         Saya tak kisah? Ya. Kerana apabila cikgu berleter, masa akan berlalu begitu sahaja dan kerja sekolah akan berkurang kerana kadang-kadang cikgu akan terlupa untuk mengajar dan menambah kerja sekolah . Jadi, lebih banyak masa untuk aktiviti sendiri di rumah.

          Dan sebenarnya, mendengar leteran adalah sangat mudah. kita perlu sekadar mendengar dan mengambil apa yang penting sahaja. Selebihnya, biarkan masuk melalui telinga kakan, keluar di telinga kiri. Mudah bukan? :) Cumanya, kadang-kadang, kesabaran juga sangat diperlukan.

         Tetapi, berleter juga kadang-kadang merugikan masa. Dan menyebabkan ramai yang kurang gemar akan kita. Buktinya, guru-guru di sekolah dahulu. Maaflah, tapi ini pendapat saya.

Maka, di sinilah kita perlukan motivasi. Pendek + Padat + Tepat

          Berleter untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerana kita berleter.Contoh, cikgu berleter agar kita cepat buat kerja sekolah dengan sebab kita mahu hentikan leteran cikgu itu.

Tujuan selesai, tetapi tidak untuk jangka masa panjang.

Sekadar untuk lari dari leteran ^^

Motivasi

            Saya teringat di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan final kami di universiti. Presiden universiti sediri yang datang berucap. Memberi kata semangat.

            Ucapan yang pendek, padat dan tepat. Tidak mengbuka aib dan menyalahkan pelajar (walaupun hakikatnya kadang-kadang pelajar juga yang bersalah), berkongsi pengalaman dan memberi empati daripada sekadar simpati.Membakar semangat dalam diri pelajar sendiri untuk belajar.

Pelajar belajar dengan sebab mereka sendiri ingin belajar.

Bukannya belajar kerana mahu lari daripada leteran!

Inilah yang terbaik dan memberikan kesan jangka masa panjang dan lebih efisen daripada berleter.

Berleter sambil memberi motivasi?

"Ummi, tengok ini, leter dan mativasi itu berbeza. Ummi di sekolah berleter atau memberi motivasi?" Gurau saya sambil mencari-cari definisi leter di dalam kamus.

"entahlah, rasanya campur dua-dua sekali"balas ibu saya sambil ketawa.

Ibu saya seorang guru di sekolah menengah. ^^

Penutup

Jadi, semua kita perlu memilih, samada berleter atau memberi motivasi. Kerana, kita sebagai manusia yang normal, pastinya akan sentiasa berinteraksi dengan manusia lain.

Cerita di atas tadi, saya hanya membalas dengan semudah yang boleh, walaupun perkara ini tidaklah mudah. Masalah kadang-kadang perlukan masa untuk selesai.

Ada juga yang kata saya suka berleter. Jadi? entahlah. Anda yang tentukan ^^

Semoga berguna

P/s: nampaknya, saya 'macam' berleter lagi :)

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.