Sunday, August 5, 2012

Tips 4flat!!






~Tips 4flat~


Wajah Balqis sugul.
Keputusannnya tidak memberansangkan. 
Masih belum mencukupi. sekadar cukup-cukup makan.
Sesuatu perlu dilakukan. Segera!


Dia merenung sekeliling. mencari idea.


Tiba-tiba, matanya terpandang Yusuf.


Pelajar yang sering medapat keputusan yang baik, namun, sering saja kelihatan bersahaja dan ceria.
Tidak pula berkurung di dalam bilik, bahkan sering saja sibuk dengan macam-macam tugasan tak rasmi. Motosikalnya sentiasa berasap.


Balqis angguk sendiri.


*******


"Jadi bolehkan kamu ajar saya?" soal Balqis bersungguh-sungguh.


Kelas baru hendak bermula. Kebetulan mereka duduk di baris yang sama.


Kelas hari ini ialah semakan jawapan peperiksaan yang lalu. Markah pelajar masih belum tahu.


Yusuf tersenyum.


"Pelajaran pertama, sebut Alhamdulillah"


"Syukur kepada Allah" 


Balqis buat-buat faham 


"Apa?"hatinya bersuara.


"Soalan pertama! jawapannnya C" kedengaran pembesar suara mula digunakan. Syarahan bermula.


"Yes! betul!" Balqis girang di sebelah. Jawapannya betul.


Yusuf ketawa kecil, "ingat pelajaran pertama tadi?"


Balqis kagek.


"Alhamdulillah" ucap Yusuf sambil menulis tanda bagus di kertas jawapannnya. Dia juga menjawab dengan betul.


PELAJARAN PERTAMA :BERSYUKUR 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”." Surah Ibrahim Ayat 7




3 Bulan selepas itu



Matapelajaran mereka sudah berubah. Berubah ke modul yang baru. Semester Baru.

Semakin senang bagi sesetengah orang, namun semakin rumit bagi sesetengah orang lain.

Yusuf merenung papan kenyataan. Dia mengaru kepala, namun itulah kenyataan. 

Mulutnya sedikit muncung, berfikir dalam.

"Dah nama pun papan kenyataan, memang kenyataanlah ni"monolongnya di dalam hati.

Namun, matanya tertarik dengan satu nama.

Balqis.

keputusannya memberansangkan.

"hmm, ini anak murid aku ni, kena jumpa dia" plan hari ini dirancang.


******


"Balqis, macam mana kamu belajar subjek ini? Saya kalau subjek ini, yang abstrak macam saya lemah sikit" 

Kali ini Balqis pula tersenyum.

Teringat persoalan pertamanya dulu.

"Yusuf, pelajaran pertama" katanya sambil berlalu.

Tangannnya membuat tanda bagus di kejauhan.


Yusuf terpana.


Sengih sendiri sambil mengeleng-gelengkan kepala.


"Alhamdulillah"


PELAJARAN PERTAMA :BERSYUKUR 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu 
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, 
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”." Surah Ibrahim Ayat 7


PELAJARAN KEDUA :INGAT MENGINGATI

"Dan tetaplah memberi peringatan, Karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi
 orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)



Benarlah kata orang , hidup ini ibarat roda. Sebentar berada di atas, tak lama pula berada di
 bawah pula. 

Apa yang penting ialah nilai pegangan kita yang tidak berubah dan sentiasa dipertingkatkan 

dengan adanya sahabat yang bertakwa.


Mungkin bukan setiasa 4flat dalam peperiksaan, namun paling penting sentiasa 4flat dalam 

keimanan dan akhlak dan budi pekerti.



Nota: malam tadi sempat tengok Final Lee Chong Wei. Sempat hanya untuk set 1 dan terus merempit bergerak ke masjid. 

Balik tarawikh tengok dah berubah. 
Sedih,memanglah sedih.

All the best Dato' Lee Chong Wei!



Tapi begitulah, hebat mana pun kita, kadang-kadang ada saja yang yang lebih kebat. Dan kadang-kadang sama-sama hebat, namun rezeki tidak tentu.


Bak kata ummi saya,
 "bola tu bulat, tak tahu nak bergolek ke mana" <----utk bola sepak tapi boleh juga untuk kegunaan umum


^_^

Salam Ramadhan!!


Post ini mostly untuk saya :P




Ni Aiman Azlan cakap pasal exam



0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.