Tuesday, July 24, 2012

AWAS! SYAITAN MASIH BERKELIARAN WALAUPUN BULAN RAMADHAN

Tak abis lagi...




Jam 11.34minit  52 saat 
Malam Ramadhan ke-4


Aku malas-malas di hadapan lettop di bilik sahabatku Muhammad, kebetulan esok harinya kami tiada aktiviti besar , exam, test, ataupun apa-apa tugasan, maka malam ini adalah malam santai kami.

Bukan senang dapat waktu macam ini!

Sebagai pelajar perubatan, kami semua memang sibuk. (mula-mula tak percaya, tapi sekarang percaya betul-betul)

Youtube Matlutfi terbaru menjadi santapan minda ( Lampu Tandas Rosak)

Namun tiada siapa yang tahu malam yang hening bakal berubah suasana.

Kekecohan yang besar!

malam Jam 11.48 minit 31 saat

"Woi!! keluar kau sekarang! " tiba-tiba satu suara lantang merobek malam kami yang aman damai.

"kau ni #@%&! suka sangat kacau ******* orang!!" kelihatan seorang yang bertubuh gempal menjerit sambil memegang kayu.

Wajahnya bengis!

"@#$%!!!"

Suaranya menejutkan seluruh blok. bahkan mungkin juga blok-blok lain. Dalam masa yang sama, keluarlah kepala-kepala dan telinga daripada setiap tinggkat blok untuk menyelidik.

Bukan jaga tepi kain orang, tetapi sekadar ambil tahu mungkin.

Beberapa orang turut muncul di luar sana. semakin ramai.
Dan semakin kecoh.

Tak lama selepas itu , polis pun datang tengok-tengok.



Kacau Daun!!


Kami di atas bersembang antara kami.

"dalam banyak-banyak waktu, waktu ni juga yang dia nak bergaduh??"

"gaduh senyap-senyap sudah la, nih habis semua orang tahu"

"depa ni kalau nak gaduh, pegi la kat padang futsal. gaduh puas-puas. aku bayar tak kisah!" Muhammad berseloroh.

Tapi yang pasti, perkara ini memang mengganggu ketenteraman orang lain.

Bergaduh bising-bising tengah malam.

tolong jangan buat begitu, kasihan kepada kami.



Marah itu daripada syaitan! tapi....


"haih, bulan-bulan puasa pun mahu marah? syaitan dah tak ada...." ngomel seorang sahabat disebelah.

senyap.


"tapi, kenapa dia datang tengah malam? mungkin sebab dia pergi tarawikh kut tadi" Aiman tiba-tiba mencelah.

Pecah ketawa besar daripada kami.


Solat Tarawikh sudah, puasa sudah namun tengah-tengah malam, bergaduh besar!

Itulah, syaitan ada dua jenis, satu syaitan betul, satu lagi, syaitan manusia (dalam diri, nafsu, dan diri sendri yang sudah lama melepak bersama syaitan)

Kejahatan TOTAL

Nampaknya , kisah Ramadhan lepas perlu diingatkan kembalil. kepada diri sendiri dan semua.

Kalau syaitan sudah tiada, maka yang tinggal hanyalah kita.

pilihan kita

Nafsu masih ada, namun

kitalah yang memilih

Happy ending?


malam jam 12.23minit 54 saat

kami seakan tidak percaya, setelah segala ribut taufan dan semua kecoh tadi, mereka (angkut geng) pergi daripada tempat itu dengan ucapan "terima kasih na. balik dulu..." sambil mengangkat tangannya.

Terkesima

Kisah Menarik di bulan Ramadhan


********


Ramadhan membawa rahmat, bagi manusia yang benar-benar mencarinya

P/s:
1)Kisah ini secara detail tak penting, yang penting moral of the story

2) Kalau boring waktu bulan puasa, banyakkan baca Al-Quran, tengok youtube agama UAI, dan semua amalan sunat lain :P

Selamat berpuasa semua ^_^

Apa kata sambut cabaran APG :P jom2


0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.