Monday, August 1, 2011

KEJAHATAN TOTAL


Tetamu Agung tiba lagi

Ramadan tiba lagi. Bersamanya tiba seribu hikmah dan kelebihan yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Bagi mereka yang rindukan Allah dan Rasulnya, Ramadan yang hadir kali ini sangat dirindui dan dinanti. Kerana apa? Kerana Ramadan bukan bulan yang biasa-biasa, tetapi bulan LUAR BIASA!

Sabda Rasulallah S.A.W

“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka dia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakan alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf”
(Riwayat Turmuzi)


Bukan itu saja,bahkan kemuncak kehebatan Ramadan ada pada lailatulqadar.

“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan”
(Al-Qadr 97;3)


Reaksi?

Jadi apakah reaksi anda? Gembira? Ataupun sekadar biasa-biasa sahaja?

Ada yang berkata, “puasa lagi, tak boleh makan la jawabnya” dengan nada pasrah.

Ada pula yang berkata, “Puasa? Yes! Boleh tambah income di bazar Ramadan”

Ataupun berkata “Alhamdulillah, Ramadan dah tiba. Bolehlah kita fokus ibadah dan top up iman.”

Jadi? Anda dalam kategori yang mana?

Kejahatan TOTAL

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Bukan saja diberikan keistimewaan sebegitu pada bulan Ramadan bahkan ‘ditambat’ si pengacau terkutuk. Siapa lagi jika bukan syaitan!

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda: “Apabila tiba Ramadan, maka pintu Rahmat akan dibuka, pintu Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”.

Jadi, bagi sesiapa yang masih lagi ingin melakukan dosa dan maksiat pada bulan Ramadan ini. Ingatlah satu perkara, syaitan sudah ditambat, dan kita masih ingin melakukan maksiat. Jadi, kitalah klon kepada syaitan!

Segala dakyahnya terhadap kita telah berkesan. Sehinggakan sewaktu ketiadaannya kita masih lagi menuruti perintahnya. Kerana apa? Kerana nafsu kita telah direkrut menjadi klon syaitan dan kita hanya menurutinya sahaja. Menjadi keldai pada nafsu sendiri!

Kejahatan pada bulan Ramadan adalah KEJAHATAN TOTAL daripada diri kita sendiri!

Bersihkan!

Ramadan itu adalah ubat. Ubat bagi racun syaitan selama 11 bulan sebelumnya. Jadi, rawatlah dan bersihkanlah nafsu kita dan hati kita daripada unsur-unsur kesyaitanan dan keiblisan. Tempoh yang kita ada hanyalah satu bulan. Moga-moga kita mendapat taqwa yang menjadi hadiah terbesar setelah selesai Ramadan nanti.

Ayuh! Caiyok! BERSIHkan nafsu dan hati.

Peringatan akhir buat kita

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadan, namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika dia mati dia masuk neraka. Semoga Allah menjatuhkannya. Katakan: Amin!’ Aku pun mengatakan : Amin!”
(Riwayat ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)


Selamat berpuasa! ^-^

5 17 ulasan:

Cikgu said...

nice post

shidah2020 said...

alhamdulillah , ramadhan dtg lagi . . sama2 kita berusaha ke arah mnjdkn diri insan yg bertaqwa . . insyaAllah . . moga istiqamah dlm kebenaran . .

deqsha said...

Nafsu yang berbaki sekarang di bulan puasa ini,adalah hasil tarbiah dari syaitan.. Sama2 kita mentarbiah nafsu kita balik dengan iman.

khaliFah_maahad said...

'tarbiyah' daripada syaitan?
ngerinya ayat tu.
tapi, itulah hakikat.

dakyah syaitan ke arah kemaksiatan...

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

sama2 beribadah di bulan ramdahan ini.semoga diberkati oleh Allah

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.