Sunday, August 12, 2012

Isu Rohingya, isu kita semua!

Kalian pernah mendengarkan isu ini?

Hal orang Islam di Rohingya? Apa nasib mereka? Siapa mereka?

Jika ini kali pertama mendengar kisah ini. Apa guna adanya dunia internet kalian??

Sedih (geleng kepala)


Jika mereka bukan siapa-siapa, mereka juga manusia seperti kita.



Isu ini bukan perkara kecil.

Siapa mereka? Mereka bukan siapa-siapa, mereka saudara kita!!!

Bukan hanya bercakap, bertindak!!!


""Jika Myanmar tidak berhenti menghina umat Islam, balasan kami adalah bertindak keras dan ganas" - PM Turkey, Erdogan

Komentar Aktivis MAMPIN Tuan Mustapa Mansor : "Inilah ungkapan ulangan dari datuk nenek kita dulu di Turki ketika Khilafah ada kekuasaan menjaga wilayahnya. Bunyinya keras tapi ianya adalah sebuah komitmen persaudaraan, keputusan berani dari iman yang kukuh, kejujuran untuk memikul beban risiko dan inilah penantian yg panjang dari umat ini terhadap pemimpinnya di mana jua. Seharusnya dgn bukti kukuh begini kita sudah mampu menilai dan mengenali siapakah yg paling layak utk memimpin umat ini semula..!! sdr pejuang sealian,mari kita lupakan penampilan luaran seseorang dan lihatlah komitmennya terhadap umat ini..!! Kenangan di Mavi Marmara tidak ku lupakan..ERDOGAn saja yg berani berkata ".....Jika kamu tidak lepaskan para aktivis di kapal dlm masa 24 jam..kami akan SERANG...!!" "
 

 (petikan daripada FB)

Saya benar-benar kagum akan beliau! MasyaAllah

Bukan itu sahaja


Isteri PM Turki sebak di belakang. Di Hadapan ialah Menteri Luar Turki.


Allah Akbar! :')

Mereka (Turki) adalah negara yang jauh berada berdekatan Eropah sana, mampu datang melawat saudara kita di Rohingya. Kita? Apakah tindakan negara kita?
malu


Sumber  Rohingya Community الجالية الروهنجية (LIKE untuk maklumat lanjut)

Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) juga mendesak kerajaan Malaysia melakukan sesuatu untuk membantu mereka.


KITA JUGA BOLEH MEMBANTU!!

Sekadar berFB dan berBLOG tanpa apa-apa usaha lain juga adalah ibarat  berkata-kata kosong.

Walk the Talk bro!!



Semoga Allah membantu mereka di sana. Jika kita hanya berdiam diri, kita berhutang dengan mereka.

Mereka saudara kita

3 17 ulasan:

Anonymous said...

assalamualaikum, terima kasih atas pencerahan.. tepat sekali kata2 tuan.. mohon share, tuan..

khaliFah_maahad said...

Semoga Allah memberkati usaha kita yang secubit ini

Silakan share dgn penuh hormat.

lebih ramai yang tahu, lebih baik :D

Anonymous said...

isu masyarakat rohingya ni dah beratus tahun dah. sejak mereka dirempuh oleh tentera raja Burma dulu. ketika itu Arakan satu bandar perdagangan yang sangat besar. ketika raja Burma masuk menakluk kerajaan Arakan, ramai umat Islam kena bunuh. dorang kena pagar dan dibakar. hilang satu tamadun Islam di situ, diganti dengan kerajaan raja Burma.

Di zaman perang dunia kedua, British dan Jepun bertempur juga di tanah ni. orang Islam ni sokong British sebab menjanjikan kemerdekaan buat negeri Rakhine ni. tapi bila british menang, british tipu. dia tak merdekakan negeri tu, dia nak merdekakan Rakhine tu sebagai satu wilayah Myanmar. marahlah Muslim lalu bangkit menentang British pula lepas tu.

Time era pemerintahan junta tentera, kalu tak silap pernah 2 kali dilakukan massacre yg sangat besar-besaran. depa buat ni sebab nak buat "Myanmarisation". agenda puak2 ultra-nasionalist. bukan orang Islam rohingya ja kena, orang buddha yang berbangsa cina pun ada kena.

Ramai yang kena tindas. pendidikan takda. kena kerja buruh kepada pendatang yang rampas tanah dorang. rogol, bunuh tu antara benda biasa kena.

ada yang lari ke thailand. di thailand pun ramai yang kena seksa. ditahan di laut, dah kena dengan tentera. masuk penjara, ramai yang dipenjarakan tanpa tarikh pembebasan. ada juga yang dijadikan bahan ujikaji keberkesanan ubat.

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.