Tuesday, May 19, 2009

Bab Peperiksaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Bab Peperiksaan

Peperiksaan mid- year dah pun berakhir. Kebanyakan pelajar terus ‘raya sakan’ walaupun tak tau keputusan peperiksaan itu. Bagi mereka, peperiksaan adalah satu beban. Maka apabila peperiksaan tamat, kemerdekaan dapat dicapai. Begitulah kebanyakan Pelajar Melayu kita. Gembira ketika peperiksaan tamat, sedih ketika dapat keputusan peperiksaan. Bukan semua, tatapi, hampir semua. Bila pengakirannya? Allah saja yang mengetahwi .

50-50

Wujud satu golongan yang amat pelik. Mereka terlibat dengan satu perniagaan , walaupun mereka masih belajar, mereka tetap menyertainya. Nama samarannya ialah ‘Laksa’ .Faham atau tidak , bergantunglah kepada pembaca. Seorang mereka ini , tulis ’50% laksa 50% Periksa'. Wah! Ini sudah hebat!. Mereka sanggup meminimakan pembelajaran mereka semata-mata ingin mendapat wang sewaktu muda ini. Jikalau benar sekali pun perniagaan ini, boleh memberi keuntungan dan halal , JANGAN abaikan PEMBELAJARAN. Mungkin golongan ini lupa . Harta tidak menjaga ilmu, Bahkan ilmulah yang menjaga harta.

Pelbagai gaya menjawab

Ana masih lagi ingat. Sewaktu satu peperiksaan , matapelajaran yang sangat terkenal dengan ‘Killer’nya . Pelajar-pelajar sebelum masuk ke dewan peperiksaan , bersifat pelik. Ada yang Azan, bernasyid, ada yang bernyayi (Bollywood) ,ada yang membewa buku ke sana dan kemari, dan ada juga yang Tidur terus. Itu sebelum. Semasa menjawab pula, lagi pelik. Mereka merenung kertas soalan sehingga hampir tembus. Ada juga yang seberti sedang membaca Novel Paling seram . Kening menari-nari dan berkerut. Di lihatnya di atas, di bawah , kanan dan kiri. Hampir sama seluruh muka mereka. Ada juga satu golongan yang hebat. Kata mereka ‘Jawapan akan sampai waktu tidoq’ Maka mereka terus dibuai mimpi sewaktu orang lain ‘memerah otak’ . Ana kalau payah sangat. Ana akan berkata kepada kertas soalan ‘Hang jangan dok buat soalan triks kat aku’ sambil tersenyum. Dr Fadhilah Kamsah kata ‘Kalau nak belajar kenalah senyum, baru mood belajar tu ada’ .Maka ana pun menjawab sambil senyum dengan harapan akan dapat ‘ilham’ untuk jawab. Walaupun , agak pelik.

Waktu lapang dalam waktu sempit

Kadangkala, soalan dibuat agak mudah. Masa menjawab adalah 2 jam. Tetapi kebanyakan siap menjawab dalam masa 45 minit sahaja. Oleh kerana mereka tidak dibenarkan keluar sebelum waktu peperiksaan tamat. Maka wujudlah ‘waktu lapang dalam waktu sempit’. Untuk mengisi masa lapang tersebut, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bercakap seorang diri, membuat lawak kepada diri sendiri, mempunyikan kerusi dan meja, Akrobatik pen dan pensel, lukisan komik, berkonsert nasyid dalam minda dan 1001 satu cara lagi. Dan semestinya yang paling popular ialah ‘tidoq’ mencari ilham. Sebenarnya, cara yang sebaiknya ialah semak semula. Ana pasti, semudah mana pun soalan ,kalau kita tak semak, pasti ada kesalahan. Tapi, jikalau ingin menghiburkan hati yang lara itu. Bolehlah buat apa yang patut. Tapi ana rasa waktu tu lebih baik zikir ,takpun mengulang hafazan kita. Biasalah, kita mudah lupa kalau tak peringat (ana la tu)

Keputusan…

Waktu keputusan peperiksaan di umumkan, semua berdebar-debar termasuklah yang tidoq tadi. ‘Apa yang aku dapat ha?’ hati ini bertanya kepada otak yang masih tidak tahu. Sebanyak mana usaha, itulah yang kita dapat . Pepatah Arab berbunyi “Man Jadda, Wajada” Yang bermeksud, Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Apa yang kita dapat sekalipun, bersyukurlah kepada yang memberi kejayaan itu .Allahlah yang memberi NurNya kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki.

Semoga kita semua mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam peperiksaan di dunia, dan di Akhirat sana. Amin……InsyAllah..

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.