Wednesday, May 20, 2009

Selsema Khinzir

1 Malaysia H1N1? Mohon Dilindungi Allah...
Assalamualaikum.

Berita Asal : Buletin Papisma Terengganu
(dengan sedikit penambahan maklumat)

Lagi berita terbaru yang diambil dari Mstar Online petang ini (16 Mei 2009) yang semakin menggemparkan dan mencemaskan. Apakah ini merupakan bala Allah sehingga menjadi sabit yang membawa kepada kelemahan pihak berwajib dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan? Sama-sama kita fikirkannya.

Akibat terlalu longgar dalam mengawal 'pintu masuk' kepada virus H1N1 itu menyebabkan dalam sekelip mata sahaja virus ini telah merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam di Ibu Negara, hari ini di Pulau Pinang. Apakah slogan 1 Malaysia bakal bertukar kepada 1 Malaysia [...baca selanjutnya]undefinedH1N1? Hanya kepadaMu jua ya Allah kami memohon perlindungan...

Nasihat Buat Umat Islam :

Jagalah akidah kita. Usah kita terikut dengan jeritan dan laungan orang lain dalam melihat isu jangkitan ini. Meskipun kita diminta berjaga-jaga seoptima mungkin, tetapi jangkitan hanya akan berlaku mengikut kehendak Allah SWT. Klik sini untuk artikel tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dan orang-orang yang kita sayangi terhindar dari ujian dan malapetaka ini.

Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi...Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…

http://klinikummi.blogspot.com/

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.