Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
GURU DAN IBU
Sudah agak lama ana tak ‘up date’ isi kandungan blog ini. Bukan apa , kerana ada perkara yang labih ‘aula’ daripadanya. Itu saja. Dalam bulan ni saja , 2 sambutan telah diadakan di seluruh Malaysia. Hari Ibu dan Hari Guru. Dan pelbagai pihak menyambutnya dengan banyak cara, ada yang memberikan kad, hadiah, ada pula yang mengadakan jamuan , dan mungkin juga buat kenduri terus. Tetapi.,apa cara samburan sekali pun, maksudnya tetap sama, memberi penghargaan kepada insan yang sangat mulia dan isimewa .
IBUKU ADALAH GURUKU
Hampir minggu ni, sudah sebulan ana tidak balik ke kampung, Mungkin atas dasar ‘Sibuk’ ,kita mengorbankan masa pulang ke kampong untuk ‘menyibuk’. Begitulah kebanyakan manusia, mementingkan perkara yang tidak penting. Sibuk merebut fatamorgana. Bagi yang bekerja pula, mereka menjadi amat jarang pulang ke kampong halaman menjenguk ibubapa mereka. Ada yang hanya pulang sewaktu Hari Raya sahaja. Itupun kerana itu adalah adat kebiasaan Melayu Islam di Malaysia. Mereka lupa siapa iri mereka yang sebenarnya. Merka lupa siapa yang membesarkan mereka. Padahal, ada juga golonagn ini yang datang dari latar belakang yang professional dan berpelajaran. Perkara mudah sebegini pun mereka lupa. Tetapi, mungkin kerana dikaburkan fikiran dengan wang dan wanita. Mereka terus lupa . Tetapi, Ibumu masih setia menanti anaknya, walau ke akhir hayat.
TETAP SIBUK?
‘dah tak leh buat apa dah, memang sentiasa sibuk’ kata ramai. ‘saya dok kat luaq Negara , macam mana nak balik selalu’ pelajar over sea kata. ‘jadual padat, sori mak’ kata seorang lawyer .
Mungkin ini situasi kebanyakan kita, ‘sibuk memanjang, kalahkan perdana menteri’ . Tetepi, ingatlah masa terus berlalu . sama aa kita yang ‘pergi’ dahulu atau ibu kesayangan kita. Satu petua yang banyak diberikan oleh orang yang berpengalaman ialah rajin-rajinlah ‘Call’ ibu kita. Apa yang penting, ibu kita mahu kita sentiasa selamat. Memadailah kita ‘call’ ibu kita untuk setiap kali perkara baru berlaku. Ana walaupun tidak kerap berada di kampong , InsyaAllah, ana akan ‘call’ ummi ana. Sama ada masalah ataupun sekadar bertanya khabar. Pasti ibu kita akan rasa bahgia. Kebetulan tarikh lahir ibu ana sahari sebelum Hari Ibu, ana Cuma memberi hadiah ‘call’ ana sahaja. Sekadar ‘ selamat hari lahir ummi’
GURUKU IALAH IBUKU
Sejak perpindahan guru secara besar besaran di Maktab berlaku. Ana makin menghargai guru-guru yang masih tinggal. Karana, ana tak tahu bila pula mereka akan dipindahkan. Ana ingin sekali mengenali mereka dengan lebih dalam, mereka semua adalah bembentuk ana. Cara bercakap ana, cara pemikiran ana, tingkah laku ana, kefahaman Islam ana, di ambil dari setiap guru yang pernah mengajar ana daripaa kecil hingga kini. Merekalah penganti ibubapa kita sewaktu merantau mencari ilmu. Walaupun , kadang kala, terasa pahitnya sindiran mereka. Tetapi itulah yang membentuk ana. Tampa mereka siapalah kita?. Sempena hari guru ,16 mei lalu. Ana hanya menghantar SMS kepada mereka. Minta maaf cikgu, mungkin harga 1 mesej itu murah, tetapi pengertiannya sangat dalam. Walaupun setiap hari adalah hari Guru, 16 mei adalah kemuncaknya. Selamat hari guru ; )
Hello world!
1 year ago
0 17 ulasan:
Post a Comment