~Hero win~
Dengan
bantuan heroine, hero akan menang.
Hero
win!
Hero win 1
Suasana dewan itu gemuruh.
Kelihatan sesak dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa berkumpul untuk
mendapatkan keputusan peperiksaan mereka. Hari ini adalah hari yang penting
bagi mereka semua.
“Dengan ini, diumumkan
pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 12A+ dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Paling penting, hari ini kita berasa sangat bersyukur kerana ada salah seorang
pelajar kita mendapat kedudukan ke empat dalam peringkat kebangsaan. Syukur!”
Guru yang bertugas menjadi pengerusi hari itu menghangatkan suasana. Hari ini
adalah hari keputusan SPM di sekolah itu.
Dub.dub.
Semua senyap, menantikan nama yang
bertuah untuk disebut.
Semua yang hadir di dewan itu
teruja. Terutamanya para pelajar, perasaan mereka bercampur-campur. Gembira dan
juga risau. Gembira dengan berita itu, risau-risau jika tidak tersenarai dalam
senarai pelajar cemarlang.
“Diumumkan, pelajar yang
dimaksudkan ialah Zul Fahmi bin Zul Aqram!”
Suasana dewan bertukar gemuruh
dengan bunyi tepukan para pelajar , guru-guru dan waris yang hadir. Ada yang
bediri da ada juga mengucapkan tahniah. Semua mereka berwajah gembira.
Pelajar yang patut mendapat
kejayaan itu.
Zul Fahmi tercengang seketika,
seakan tidak percaya. Akhirnya usaha dan doanya membuahkan hasil. Matanya
berkaca.
“Tahniah anak ummi” suara ibu
lembut menyapa di sebelah. Tangan anaknya digenggam kemas.
“Terima kasih ummi”balas Zul sambil
mencium tangan ibunya.
“Saudara Zul Fahmi dijemput ke
pentas” kedengaran suara pengerusi sayup-sayup kedengaran.
Novel Hero win karangan bapanya
dilepaskan daripada tangan.
Zul bangun dengan sekuntum senyuman
syukur.
Terkenang beberapa masa yang lalu.
***************
Jari
jemarinya digerak-gerakkan. Menguis-guis kelopak bunga yang sudah mekar itu.
Matanya memandang kosong. Hatinya juga kosong.
Dia
duduk berseorangan di taman sekolah itu. Waktu rehat sudahpun habis, namun
nuraninya tidak sikitpun mahu meneruskan pelajaran. Sahabatnya ahmad yang juga
seorang pengawas hanya memandang dari jauh.
Sahabat karibnya itu perlukan masa.
Dua minggu lepas, ketika Zul
selesai bersolat jemaah dengan ayahnya, sesuatu yang buruk telah berlaku.
Secara tiba-tiba, ayahnya rebah. Nafasnya turun naik, matanya buka tutup. Zul
hanya mampu berteriak meminta tolong.
Setibanya di hospital, doktor hanya
mampu mengeleng. Segala usah yang termampu sudah dilakukan. Namun, doktor
hanyalah manusia biasa. Mereka hanya mampu berusaha, dan penyembuhan hanya di
milik Allah. Ir Zul Aqram telah selamat kembali ke rahmatullah.
Meninggalkan Zul fahmi, adiknya Nuha
Shifa dan juga ibu mereka, Pn. Atiah Iman. Semenjak hari tu, hidup Zul terus
berubah. berubah menjadi orang lain.
Sebagai ketua pengawas di sekolah,
dia semakin malas, prestasi disiplinnya merosot. Beberapa hari ponteng, jikalau
hadir sekalipun, hanya sekadar mengisi buku kedatangan sahaja. Minat belajarnya
hilang.
Prestasinya sebagai penyerang
pasukan bola sepak sekolah juga merosot. Dia tidak jarang hadir ke latihan.
Hanya hadir di perlawanan persahabatan setelah dipaksa, dan juga dicemuh oleh
pelajar-pelajar lain kerana tidak mampu menjaringkan goll dan juga menyebabkan
pasukan sekolah kalah. Bukan semua pelajar faham.
Baginya, dunianya telah diambil
pergi. Cayaha dalam hidupnya telah hampir hilang. Dia hanya pelajar 17 tahun,
ujian ini mungkin terlalu berat bagi dirinya.
Di waktu semua manusia hilang
harapan kepadanya, ibunya sentiasa memberi semangat untuknya. Tidak pernah jemu
dan hilang semangat. Walaupun dirinya sediri tersangat sedih kerana kehilangan
imam yang membinbingnya dan juga keluarga mereka, dia sedar, dia masih ada
Allah.
“Cantikkan bunga itu?” satu suara
lembut mengetuk gegendang telinga Zul fahmi. Zul sedikit tersentak.
“Ummi?”
Pn Atiyah hadir dengan membawa adik
kecilnya. Nuha kelihatan gembira melihat abangnya. Dia yang baru berusia 4
tahun, berlari lari keriangan mengelilingi bangku mereka. Comel.
“Zul masih bersedihkah?”
Zul hanya diam seribu bahasa.
Tiba-tiba ibunya ketawa kecil.
“Dulu ayah kamu selalu beritahu ummi, ummi ini ibarat mawar. Cantik, tetapi
berduri”
“ummi ini bukanlah cantik sangat,
tetapi ayah kamu masih mahu memilih ummi. Katanya, kecantikan boleh hilang,
tetapi agama tidak. Biarpun kita sudah tiada, agama kita masih ada”
“Kita sudah tiada, agama masih
ada?, maknanya?”
“Itulah dulu ummi sekadar tahu,
sekarang baru ummi faham kata ayah kamu itu. Walaupun ayah kamu telah pergi
bertemu Allah, legasinya masih ada di sini.Agamanya sentiasa ada di sini.
Syarikatnya yang sering membantu umat islam, buku-buku agama dan motivasinya
masih ada, laman webnya masih dibaca, ummi juga masih terus mentarbiah kamu
berdua dan paling penting…”
“Paling penting apa ummi?” Zul Fahmi
sangat ingin tahu.
Tangan ibunya memegang tangannya
dan juga memegang tangan adiknya, Nuha. “Kamu berdua. Agama ayah masih hidup
dalam diri kamu berdua. Semua perbuatan baik yang ayah ajar. Solat jangan
tinggal, Taati ibubapa dan orang tua, baca dan fahamkan al-quran, belajar
kerana Allah, bersukan kerana Allah, menjaga ahli keluarga dan ayat yang ayah
kamu sering ucapkan. Jangan..”
“Jangan putus asa daripada rahmat
Allah. Bersangka baiklah kepada Allah” Zul pantas menyambung kata-kata ibunya. Dia
bangun berdiri perlahan-lahan.
Matanya memandang ke langit. Langit
ilahi.
“terima kasih ummi”
“terima kasih ayah”
Umminya senyum lagi. Senyum bahagia.
“syukur abang, anak kita…” monolongnya di dalam hati.
Novel ‘hero win’ yang ditulis
suaminya digenggam kemas.
Novel untuk anak-anak mereka.
Hero win 2
Suasana bilik itu sejuk. Sekitar 22
Celsius. Matanya kadang-kadang menjeling ke jam yang tergantung di dinding
bilik pembedahan.
Masuk jam ini, sudah 3 jam dia
berdiri memberi bantuan kepada doktor-doktor senior dalam pembedahan ini.
Pembedahan di bahagian bahu. Menyusun dan membaik pulih otot ‘rotator calf’
pesakit yang hampir hancur. Arteri sudahpun di jahit.
Berita buruk, tangannya mungkin
akan lumpuh selama-lamanya. Mangsa kemalangan jalan raya. Malam semakin larut.
“Alhamdulilah” Muiz mengucapkan
kalimah agung itu lagi buat kesekian kalinya. Dalam setiap kali sesuatu
pembedahan atau urusan selesai, ucapan itulah yang mula-mula terbit daripada
mulutnya.
“terima kasih Muiz, kamu buat
dengan baik. Cuma, masih ada ruang untuk pembaikan. insyaAllah. Baiklah, saya
pergi dahulu” ucap Dr Badrul sebelum pergi meninggalkan Muiz di bilik bedah.
Doktor yang sentiasa sibuk tetapi
sangat menyenangkan. Itulah tanggapan Muiz kepada Dr. Badrul.
Muiz bergerak pergi, dalam masa
yang sama, tangannya menyelup saku, mencari-cari telifon bimbitnya.
‘Do Do list’ dibuka lagi.
1)Ulang kaji penyakit
2)laporan (mcm biasa)
3)Kuliah subuh di surau
4)sanah helwa ^^
5)Servis kereta
6)Tanya khabar keluarga
Melihat yang keempat, dia terus
tersenyum. “Ya, hampir terlupa!” ngomelnya di dalam hati.
Telifon bimbitnya disimpan semula,
langkahnya diteruskan. Esok akan menjadi hari yang panjang. Seperti hari-hari
sebelumnya.
Tidur jam 3 pagi bukanlah perkara
pelik baginya lagi.
***************
“Dr Muiz! Dr Muiz!” jururawat
tiba-tiba kecoh.
Muiz bingkas keluar daripada bilik,
“ada apa?”
“Pesakit katil no.15, En Azhar! Dia
muntah darah lagi” Jelas jururawat itu sambil menyerahkan laporan terbaru
pesakit.
“Baik!” pantas Muiz bergerak pergi.
Di dalam biliknya, lettopnya masih
terbuka, kerja-kerja menaipnya masih belum selesai . Di sebelahnya, roti dan
juga sedikit coklat buatan tangan. Sarapan pagi yang tertangguh.
Bergegas ke sana ke mari.
Kadang-kadang meninggalkan makanan yang baru hendak dijamah, itu sudah mejadi
rutin dalam hidup Muiz. Dua tahun sebagai housemen.
Kini bertugas di hospital Sultanah
bahiyah.
Setalah memastikan keadaan pesakit
stabil, Muiz meminta izin untuk pergi.
En Azhar hanya menganguk perlahan.
Jururawat disebelah memastikan segala yang diberikan mengikut arahan dan dos.
“muda lagi” tiba-tiba en Azhar
bersuara perlahan.
“apa? Saya? Sudah 40lah, tapi boleh
jugalah” tiba-tiba jururawat disebelah memberi respon.
“bukan kamulah. Itu, doktor itu”
jawabnya sambil menjuihkan mulut ke arah Muiz yang sudah hilang daripada
pandangan.
“oh, dia doktor Housemen, baru
lagi. Tetapi baik orangnya” mukanya kemerahan menahan malu.
“dia itu walaupun doktor, tetapi
sangat rendah diri. Dia hormati semua orang, katanya semua orang adalah
gurunya. Dia pun bagus dalam perubatan. Doktor-doktor senior kata dia ni tak
banyak masalah. Tidak la kata mahu, puji lebih-lebih, tetapi dia memang baik”
En Azhar hanya mengangguk-angguk
“dia ini juga, dengarnya ‘ustaz’
juga. Kadang-kadang dijemput memberi tazkirah. Dan selalunya, di surau kita
ini, dialah yang menjadi imam. Tidak sangka ada juga yang ‘lebai’ jadi doktor.
Patutnya, lebih ramai doktor seperti itu”
“dia pernah kata kepada saya,
doktor sebenar bukan hanya perlu merawat penyakit fizikal, bahkan perlu merawat
penyakit rohani juga. Ini kerana, rohani yang tidak sihat adalah antara
penyumbang besar kepada penyakit fizikal yang lain. Saya juga kadang-kadang
terasa seperti bersembang dengan ustaz sahaja”
“Dia sebaya dengan anak saya,
tetapi, anak saya… rempit saja kerjanya” En Azhar tiba-tiba meluahkan
perasaannya. Raut wajahnya menunjukkan kekecewaan.
“Baiklah En Azhar, saya pergi
dahulu. Jika ada sebarang masalah, boleh tekan butang ini” jururawat itu
berlalu pergi.
Dia sedar, jika pesakit berasa
sedih, ianya hanya akan melambatkan proses penyembuhan. Maka dia terus
memberhentikan dialog itu.
************
Jam menunjukkan pukul 4 pagi.
Suasana di rumah sewa itu sunyi. Cuma yang kedengara bunyi kipas yang masih
setia mendinginkan penghuninya.
“Aaaaaaaaaaa! Muiz!” tiba-tiba satu
suara menjerit memecah kesunyian itu.
Azlan meracau lagi.
Muiz terus bangun, dia tertidur di
meja study. “astangfirullah!”
“Azlan? Ada apa?” dahi Muiz
berkerut. Nampaknya ini bukan sekadar perkara biasa.
“Muiz, dia masuk lagi Muiz” Azlan
terketar-ketar di ruang tamu.
Tekanan yang berpanjangan dan
ditambah dengan sifat yang suka menyendiri. Semua itu membawa padah dengan
membuka pintu di hati. Ruang kosong yang pasti ada yang mahu memenuhinya.
Muiz membaca ayat-ayat Al-Quran
yang dihafalnya, tangannya perlahan-lahan mengusap bahu kawannya.
Lain. Memang ada sesuatu!
“Azlan kamu bersabar ya, selawat
banyak-banyak dan istigfar” Muiz mula untuk membantu.
Azlan kelihatan sangat keliru. Wajahnya gelisah. Matanya
terjegil merah. Ini serius!
Muiz, berbekalkan secebis ilmu dan
segunung percaya kedapa Allah, cuba untuk mengubati sahabatnya itu. Apa yang
dipelajarinya daripada ustaz syarhan digunakan dengan sebaik mungkin.
“Bismillah, MasyaAllah!” suara Muiz
keras.
Semakin tegang keadaan Azlan,
semakin keras bacaan Muiz.
Bulu roma telah lama tercegat.
Ini di luar perubatan moden.
***************
Hari ini adalah hari yang istimewa.
Inilah hari yang dimaksudkan dalam ‘to do list’ Muiz. Sanah helwa bermakna
selamat hari lahir.
Hari lahir seseorang yang istimewa.
Hari lahir tunang Muiz, Zafirah
Shifa Aula.
Hari ini Muiz telah meminta cuti
satu hari. Semuanya telah dirancang sebelum ini. Telifon bimbitnya dikeluarkan.
Jari jemari pantas menaip sesuatu.
“Assalamalaikum. Sanah Helwa : )
Sudah 25 tahun berada di dunia. Semakin menghampiri ajal. Semoga dengan
bertambahnya umur,iman juga turut bertambah. Tak kurang juga ilmu. Sama-samalah
kita doakan, Amin. Dunia ini dijadikan ujian dan kesedihan, kerana untuk
membezakan dengan syurga, tempat asal kita. Jadi, janganlah bersedih dengan
dunia, teruskan usaha untuk medapatkan kedua-duanya”
Butang send ditekan. Sambil
tersenyum , dia mengeleng-gelengkan kepala. “Ayat berbunga sangatkah?” bisik
hati kecilnya.
Buku-buku baru di kedai itu kembali
dibeleknya. Sebagai tambahan untuk ayah dan ibu Zafirah. Baginya, hadiah dalam
bentuk buku sangat baik. Kerana bukan saja kasih sayang yang mahu disampaikan,
bahkan ilmu juga turut dikongsi bersama dan insyaAllah, ada ganjaran kebaikan
buat semua.
Sewaktu muda dahulu, dia pernah
berkerja dikedai buku itu. Maka dia tahu sedikit sebanyak tentang buku-buku
yang baik dan pengurusan kedai buku. Mencari wang tambahan untuk simpanan.
Untuk hari ini.
Dan juga untuk hari itu.
Setelah selesai semua urusan di
kedai buku itu. Muiz bertolak pergi. Destinasi seterusnya, rumah Zafirah.
**********
“Alhamdulilah, lama sudah pak cik
tak jumpa kamu. Kamu apa khabar?” En Isa ramah melayan Muiz di ruang tamu.
“Alhamudlilah pak cik, saya sihat
sahaja. Pak cik sekeluanga? Sihat?” Muiz senyum.
“semua baik-baik sahaja. macam mana
dengan kerja kamu? Ok? Dengar kata ada kawan kamu yang keluar, tak tahan dengan
tekanan katanya. Ada yang kata sibuk sampai makan pun tak sempat. Tidur
lagilah, tengah-tengah malam pun ada kes”
“Kerja ini memanglah payah, tetapi
insyaAllah ada pahalanya. Niat kerana Allah sajalah. Duit dan yang lain-lain tu
nombor dua” nasihat ayah Zafirah.
“terima kasih pak cik. Saya akan
ingat tu” Muiz angguk-angguk kecil.
“Zafirah yang beritahu semua itu,
dia kata kamu yang selalu tolong kawan-kawan kamu yang lain. Baguslah macam
itu” tambah ayah Zafirah.
“Amanah saya pak cik”balas Muiz
pendek.
“Zafirah pun bukan calang-calang,
selalu sahaja dapat pointer tinggi sikit daripada saya” Senyum Muiz lagi.
Seingatnya, pertama kali dia
menziarahi rumah Zafirah adalah sekitar 5 tahun lepas. Sekadar katanya untuk
datang beraya. Dan dia datang berseorangan.
Nekad.
Datang juga untuk memberikan
borang-borang universiti kepada Zafirah. Bantu membantu sahabat. Waktu itu, dia
disambut oleh ibu Zafirah, Puan Aminah.
Kedua-dua ibu bapanya menyenangkan.
Sangat mementingkan agama, dalam masa yang sama, seorang yang professional
dalam bekerja.
“Hero win?” tiba-tiba suara Pak Cik
Ismail memecah lamunan Muiz.
“Ya?”Muiz tidak faham.
“ini” Pak Cik Ismail menunjukkan
buku yang diikat riben pink di atas meja. Keningnya diangkat dua kali sambil
tersengih.
Tiba-tiba ketawa pecah daripada
bibir mereka berdua. Lucu dengan situasi itu.
“Ini novel terbaharu pakcik, saya
nak hadiahkan kepada Zafirah. Dia kan suka sangat baca novel. Ini novel islamik
yang sangat baik, masih baru di pasaran tetapi sudah agak popular” Muiz cuba
menerangkan.
“dan untuk pak cik dan mak cik,
saya ada beli kitab baru, tulisan Ustaz Dr zahazan Mohamed, dengan Ustaz Najmi
Yasak, kawan saya yang belajar di Al-Azhar dulu” sambil menunjukkan satu buku
tebal dikeluarkan daripada beg. Juga sekadar diikat riben pink. Sengih lagi.
Muiz memang kalah bab-bab hias
menghias ini.
“Kamu ini, susah-susah sahaja. tetapi,
kenapa tajuk novel tadi ‘Hero Win’? Salah taipkah? Herowin kan ejaannya dekat?”
“Mesej utama yang mahu disampaikan
dalam novel ini ialah, pada setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang
perempuan yang menyokongnya. Tak kisahlah ibunya,anaknya atau isterinya. Kerana
inilah yang sering kali berlaku. Persoaalannya, adakah kita sedar atau tidak.
Contohnya, Nabi Muhammad S.A.W. yang
kita kasihi juga, di awal perjalanan dakwah baginda isterinyalah antara orang
terawal yang menerima islam. Siapakah wanita pertama yang beriman di saat
semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW? Jawapannya ialah Saidatina
Khadijah al-Khuwailid. Itu adalah fakta”
“InsyaAllah novel juga mampu
membawa kita kepada islam” Muiz membuat kesimpulan kecil.
“Betul juga apa yang kamu kata itu”
Pak Cik Ismail mengiyakan sambil menghirup teh yang masih panas.
“Setiap hero yang menang, pasti ada
herowin dibelakangnya. Itulah hero win” satu suara perempuan muncul daripada
belakang. Puan Aminah muncul daripada dapur dengan membawa dulang berisi kuih
muih.
Di belakangnya, Zafirah mengekori
dengan dulang tambahan.
Muiz hanya mampu tersenyum.
“Nampaknya, Zafirah inilah herowin Muiz”
kata Pak Cik Ismail sambil memegang bahu Muiz.
Semua di situ ketawa. Zafirah
tersipu-sipu malu.
Ya.
Pada setiap Hero, pasti ada herowin
Dengan bantuan herowin, hero akan
menang.
Hero win!
Oleh: M.Muhsin Hairudin