Thursday, May 10, 2012

Cerpen : HERO WIN



~Hero win~
Dengan bantuan heroine, hero akan menang.
Hero win!

Hero win 1

Suasana dewan itu gemuruh. Kelihatan sesak dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa berkumpul untuk mendapatkan keputusan peperiksaan mereka. Hari ini adalah hari yang penting bagi mereka semua.

“Dengan ini, diumumkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 12A+ dalam peperiksaan SPM tahun ini. Paling penting, hari ini kita berasa sangat bersyukur kerana ada salah seorang pelajar kita mendapat kedudukan ke empat dalam peringkat kebangsaan. Syukur!” Guru yang bertugas menjadi pengerusi hari itu menghangatkan suasana. Hari ini adalah hari keputusan SPM di sekolah itu.

Dub.dub.

Semua senyap, menantikan nama yang bertuah untuk disebut.

Semua yang hadir di dewan itu teruja. Terutamanya para pelajar, perasaan mereka bercampur-campur. Gembira dan juga risau. Gembira dengan berita itu, risau-risau jika tidak tersenarai dalam senarai pelajar cemarlang.

“Diumumkan, pelajar yang dimaksudkan ialah Zul Fahmi bin Zul Aqram!”

Suasana dewan bertukar gemuruh dengan bunyi tepukan para pelajar , guru-guru dan waris yang hadir. Ada yang bediri da ada juga mengucapkan tahniah. Semua mereka berwajah gembira.

Pelajar yang patut mendapat kejayaan itu.

Zul Fahmi tercengang seketika, seakan tidak percaya. Akhirnya usaha dan doanya membuahkan hasil. Matanya berkaca.

“Tahniah anak ummi” suara ibu lembut menyapa di sebelah. Tangan anaknya digenggam kemas.

“Terima kasih ummi”balas Zul sambil mencium tangan ibunya.

“Saudara Zul Fahmi dijemput ke pentas” kedengaran suara pengerusi sayup-sayup kedengaran.

Novel Hero win karangan bapanya dilepaskan daripada tangan.

Zul bangun dengan sekuntum senyuman syukur.

Terkenang beberapa masa yang lalu.

***************
            
    Jari jemarinya digerak-gerakkan. Menguis-guis kelopak bunga yang sudah mekar itu. Matanya memandang kosong. Hatinya juga kosong.
            
    Dia duduk berseorangan di taman sekolah itu. Waktu rehat sudahpun habis, namun nuraninya tidak sikitpun mahu meneruskan pelajaran. Sahabatnya ahmad yang juga seorang pengawas hanya memandang dari jauh.

Sahabat karibnya itu perlukan masa.

Dua minggu lepas, ketika Zul selesai bersolat jemaah dengan ayahnya, sesuatu yang buruk telah berlaku. Secara tiba-tiba, ayahnya rebah. Nafasnya turun naik, matanya buka tutup. Zul hanya mampu berteriak meminta tolong.

Setibanya di hospital, doktor hanya mampu mengeleng. Segala usah yang termampu sudah dilakukan. Namun, doktor hanyalah manusia biasa. Mereka hanya mampu berusaha, dan penyembuhan hanya di milik Allah. Ir Zul Aqram telah selamat kembali ke rahmatullah.

Meninggalkan Zul fahmi, adiknya Nuha Shifa dan juga ibu mereka, Pn. Atiah Iman. Semenjak hari tu, hidup Zul terus berubah. berubah menjadi orang lain.

Sebagai ketua pengawas di sekolah, dia semakin malas, prestasi disiplinnya merosot. Beberapa hari ponteng, jikalau hadir sekalipun, hanya sekadar mengisi buku kedatangan sahaja. Minat belajarnya hilang.

Prestasinya sebagai penyerang pasukan bola sepak sekolah juga merosot. Dia tidak jarang hadir ke latihan. Hanya hadir di perlawanan persahabatan setelah dipaksa, dan juga dicemuh oleh pelajar-pelajar lain kerana tidak mampu menjaringkan goll dan juga menyebabkan pasukan sekolah kalah. Bukan semua pelajar faham.

Baginya, dunianya telah diambil pergi. Cayaha dalam hidupnya telah hampir hilang. Dia hanya pelajar 17 tahun, ujian ini mungkin terlalu berat bagi dirinya.

Di waktu semua manusia hilang harapan kepadanya, ibunya sentiasa memberi semangat untuknya. Tidak pernah jemu dan hilang semangat. Walaupun dirinya sediri tersangat sedih kerana kehilangan imam yang membinbingnya dan juga keluarga mereka, dia sedar, dia masih ada Allah.

“Cantikkan bunga itu?” satu suara lembut mengetuk gegendang telinga Zul fahmi. Zul sedikit tersentak.               

“Ummi?”

Pn Atiyah hadir dengan membawa adik kecilnya. Nuha kelihatan gembira melihat abangnya. Dia yang baru berusia 4 tahun, berlari lari keriangan mengelilingi bangku mereka. Comel.

“Zul masih bersedihkah?”

Zul hanya diam seribu bahasa.

Tiba-tiba ibunya ketawa kecil. “Dulu ayah kamu selalu beritahu ummi, ummi ini ibarat mawar. Cantik, tetapi berduri”

“ummi ini bukanlah cantik sangat, tetapi ayah kamu masih mahu memilih ummi. Katanya, kecantikan boleh hilang, tetapi agama tidak. Biarpun kita sudah tiada, agama kita masih ada”

“Kita sudah tiada, agama masih ada?, maknanya?”

“Itulah dulu ummi sekadar tahu, sekarang baru ummi faham kata ayah kamu itu. Walaupun ayah kamu telah pergi bertemu Allah, legasinya masih ada di sini.Agamanya sentiasa ada di sini. Syarikatnya yang sering membantu umat islam, buku-buku agama dan motivasinya masih ada, laman webnya masih dibaca, ummi juga masih terus mentarbiah kamu berdua dan paling penting…”

“Paling penting apa ummi?” Zul Fahmi sangat ingin tahu.

Tangan ibunya memegang tangannya dan juga memegang tangan adiknya, Nuha. “Kamu berdua. Agama ayah masih hidup dalam diri kamu berdua. Semua perbuatan baik yang ayah ajar. Solat jangan tinggal, Taati ibubapa dan orang tua, baca dan fahamkan al-quran, belajar kerana Allah, bersukan kerana Allah, menjaga ahli keluarga dan ayat yang ayah kamu sering ucapkan. Jangan..”

“Jangan putus asa daripada rahmat Allah. Bersangka baiklah kepada Allah” Zul pantas menyambung kata-kata ibunya. Dia bangun berdiri perlahan-lahan.

Matanya memandang ke langit. Langit ilahi.

“terima kasih ummi”

“terima kasih ayah”

Umminya senyum lagi. Senyum bahagia. “syukur abang, anak kita…” monolongnya di dalam hati.
Novel ‘hero win’ yang ditulis suaminya digenggam kemas.

Novel untuk anak-anak mereka.


Hero win 2

Suasana bilik itu sejuk. Sekitar 22 Celsius. Matanya kadang-kadang menjeling ke jam yang tergantung di dinding bilik pembedahan.

Masuk jam ini, sudah 3 jam dia berdiri memberi bantuan kepada doktor-doktor senior dalam pembedahan ini. Pembedahan di bahagian bahu. Menyusun dan membaik pulih otot ‘rotator calf’ pesakit yang hampir hancur. Arteri sudahpun di jahit.

Berita buruk, tangannya mungkin akan lumpuh selama-lamanya. Mangsa kemalangan jalan raya. Malam semakin larut.

“Alhamdulilah” Muiz mengucapkan kalimah agung itu lagi buat kesekian kalinya. Dalam setiap kali sesuatu pembedahan atau urusan selesai, ucapan itulah yang mula-mula terbit daripada mulutnya.

“terima kasih Muiz, kamu buat dengan baik. Cuma, masih ada ruang untuk pembaikan. insyaAllah. Baiklah, saya pergi dahulu” ucap Dr Badrul sebelum pergi meninggalkan Muiz di bilik bedah.

Doktor yang sentiasa sibuk tetapi sangat menyenangkan. Itulah tanggapan Muiz kepada Dr. Badrul.

Muiz bergerak pergi, dalam masa yang sama, tangannya menyelup saku, mencari-cari telifon bimbitnya.

‘Do Do list’ dibuka lagi.

1)Ulang kaji penyakit

2)laporan (mcm biasa)

3)Kuliah subuh di surau

4)sanah helwa  ^^

5)Servis kereta

6)Tanya khabar keluarga  

Melihat yang keempat, dia terus tersenyum. “Ya, hampir terlupa!”  ngomelnya di dalam hati.

Telifon bimbitnya disimpan semula, langkahnya diteruskan. Esok akan menjadi hari yang panjang. Seperti hari-hari sebelumnya.

Tidur jam 3 pagi bukanlah perkara pelik baginya lagi.

***************

“Dr Muiz! Dr Muiz!” jururawat tiba-tiba kecoh.

Muiz bingkas keluar daripada bilik, “ada apa?”

“Pesakit katil no.15, En Azhar! Dia muntah darah lagi” Jelas jururawat itu sambil menyerahkan laporan terbaru pesakit.

“Baik!” pantas Muiz bergerak pergi.

Di dalam biliknya, lettopnya masih terbuka, kerja-kerja menaipnya masih belum selesai . Di sebelahnya, roti dan juga sedikit coklat buatan tangan. Sarapan pagi yang tertangguh.

Bergegas ke sana ke mari. Kadang-kadang meninggalkan makanan yang baru hendak dijamah, itu sudah mejadi rutin dalam hidup Muiz. Dua tahun sebagai housemen.

Kini bertugas di hospital Sultanah bahiyah.

Setalah memastikan keadaan pesakit stabil, Muiz meminta izin untuk pergi.

En Azhar hanya menganguk perlahan. Jururawat disebelah memastikan segala yang diberikan mengikut arahan dan dos.

“muda lagi” tiba-tiba en Azhar bersuara perlahan.

“apa? Saya? Sudah 40lah, tapi boleh jugalah” tiba-tiba jururawat disebelah memberi respon.

“bukan kamulah. Itu, doktor itu” jawabnya sambil menjuihkan mulut ke arah Muiz yang sudah hilang daripada pandangan.

“oh, dia doktor Housemen, baru lagi. Tetapi baik orangnya” mukanya kemerahan menahan malu.

“dia itu walaupun doktor, tetapi sangat rendah diri. Dia hormati semua orang, katanya semua orang adalah gurunya. Dia pun bagus dalam perubatan. Doktor-doktor senior kata dia ni tak banyak masalah. Tidak la kata mahu, puji lebih-lebih, tetapi dia memang baik”

En Azhar hanya mengangguk-angguk

“dia ini juga, dengarnya ‘ustaz’ juga. Kadang-kadang dijemput memberi tazkirah. Dan selalunya, di surau kita ini, dialah yang menjadi imam. Tidak sangka ada juga yang ‘lebai’ jadi doktor. Patutnya, lebih ramai doktor seperti itu”

“dia pernah kata kepada saya, doktor sebenar bukan hanya perlu merawat penyakit fizikal, bahkan perlu merawat penyakit rohani juga. Ini kerana, rohani yang tidak sihat adalah antara penyumbang besar kepada penyakit fizikal yang lain. Saya juga kadang-kadang terasa seperti bersembang dengan ustaz sahaja”

“Dia sebaya dengan anak saya, tetapi, anak saya… rempit saja kerjanya” En Azhar tiba-tiba meluahkan perasaannya. Raut wajahnya menunjukkan kekecewaan.

“Baiklah En Azhar, saya pergi dahulu. Jika ada sebarang masalah, boleh tekan butang ini” jururawat itu berlalu pergi.

Dia sedar, jika pesakit berasa sedih, ianya hanya akan melambatkan proses penyembuhan. Maka dia terus memberhentikan dialog itu.

************

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Suasana di rumah sewa itu sunyi. Cuma yang kedengara bunyi kipas yang masih setia mendinginkan penghuninya.

“Aaaaaaaaaaa! Muiz!” tiba-tiba satu suara menjerit memecah kesunyian itu.

Azlan meracau lagi.

Muiz terus bangun, dia tertidur di meja study. “astangfirullah!”

“Azlan? Ada apa?” dahi Muiz berkerut. Nampaknya ini bukan sekadar perkara biasa.

“Muiz, dia masuk lagi Muiz” Azlan terketar-ketar di ruang tamu.

Tekanan yang berpanjangan dan ditambah dengan sifat yang suka menyendiri. Semua itu membawa padah dengan membuka pintu di hati. Ruang kosong yang pasti ada yang mahu memenuhinya.

Muiz membaca ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya, tangannya perlahan-lahan mengusap bahu kawannya.

Lain. Memang ada sesuatu!

“Azlan kamu bersabar ya, selawat banyak-banyak dan istigfar” Muiz mula untuk membantu.
Azlan kelihatan sangat keliru. Wajahnya gelisah. Matanya terjegil merah. Ini serius!

Muiz, berbekalkan secebis ilmu dan segunung percaya kedapa Allah, cuba untuk mengubati sahabatnya itu. Apa yang dipelajarinya daripada ustaz syarhan digunakan dengan sebaik mungkin.

“Bismillah, MasyaAllah!” suara Muiz keras.

Semakin tegang keadaan Azlan, semakin keras bacaan Muiz.

Bulu roma telah lama tercegat.

Ini di luar perubatan moden.

***************

Hari ini adalah hari yang istimewa. Inilah hari yang dimaksudkan dalam ‘to do list’ Muiz. Sanah helwa bermakna selamat hari lahir.

Hari lahir seseorang yang istimewa.

Hari lahir tunang Muiz, Zafirah Shifa Aula.

Hari ini Muiz telah meminta cuti satu hari. Semuanya telah dirancang sebelum ini. Telifon bimbitnya dikeluarkan. Jari jemari pantas menaip sesuatu.

“Assalamalaikum. Sanah Helwa : ) Sudah 25 tahun berada di dunia. Semakin menghampiri ajal. Semoga dengan bertambahnya umur,iman juga turut bertambah. Tak kurang juga ilmu. Sama-samalah kita doakan, Amin. Dunia ini dijadikan ujian dan kesedihan, kerana untuk membezakan dengan syurga, tempat asal kita. Jadi, janganlah bersedih dengan dunia, teruskan usaha untuk medapatkan kedua-duanya”

Butang send ditekan. Sambil tersenyum , dia mengeleng-gelengkan kepala. “Ayat berbunga sangatkah?” bisik hati kecilnya.

Buku-buku baru di kedai itu kembali dibeleknya. Sebagai tambahan untuk ayah dan ibu Zafirah. Baginya, hadiah dalam bentuk buku sangat baik. Kerana bukan saja kasih sayang yang mahu disampaikan, bahkan ilmu juga turut dikongsi bersama dan insyaAllah, ada ganjaran kebaikan buat semua.

Sewaktu muda dahulu, dia pernah berkerja dikedai buku itu. Maka dia tahu sedikit sebanyak tentang buku-buku yang baik dan pengurusan kedai buku. Mencari wang tambahan untuk simpanan.

Untuk hari ini.

Dan juga untuk hari itu.

Setelah selesai semua urusan di kedai buku itu. Muiz bertolak pergi. Destinasi seterusnya, rumah Zafirah.

**********
            
    “Alhamdulilah, lama sudah pak cik tak jumpa kamu. Kamu apa khabar?” En Isa ramah melayan Muiz di ruang tamu.

“Alhamudlilah pak cik, saya sihat sahaja. Pak cik sekeluanga? Sihat?” Muiz senyum.

“semua baik-baik sahaja. macam mana dengan kerja kamu? Ok? Dengar kata ada kawan kamu yang keluar, tak tahan dengan tekanan katanya. Ada yang kata sibuk sampai makan pun tak sempat. Tidur lagilah, tengah-tengah malam pun ada kes”

“Kerja ini memanglah payah, tetapi insyaAllah ada pahalanya. Niat kerana Allah sajalah. Duit dan yang lain-lain tu nombor dua” nasihat ayah Zafirah.

“terima kasih pak cik. Saya akan ingat tu” Muiz angguk-angguk kecil.

“Zafirah yang beritahu semua itu, dia kata kamu yang selalu tolong kawan-kawan kamu yang lain. Baguslah macam itu” tambah ayah Zafirah.

“Amanah saya pak cik”balas Muiz pendek.

“Zafirah pun bukan calang-calang, selalu sahaja dapat pointer tinggi sikit daripada saya” Senyum Muiz lagi.

Seingatnya, pertama kali dia menziarahi rumah Zafirah adalah sekitar 5 tahun lepas. Sekadar katanya untuk datang beraya. Dan dia datang berseorangan.

Nekad.

Datang juga untuk memberikan borang-borang universiti kepada Zafirah. Bantu membantu sahabat. Waktu itu, dia disambut oleh ibu Zafirah, Puan Aminah.

Kedua-dua ibu bapanya menyenangkan. Sangat mementingkan agama, dalam masa yang sama, seorang yang professional dalam bekerja.

“Hero win?” tiba-tiba suara Pak Cik Ismail memecah lamunan Muiz.

“Ya?”Muiz tidak faham.

“ini” Pak Cik Ismail menunjukkan buku yang diikat riben pink di atas meja. Keningnya diangkat dua kali sambil tersengih.

Tiba-tiba ketawa pecah daripada bibir mereka berdua. Lucu dengan situasi itu.

“Ini novel terbaharu pakcik, saya nak hadiahkan kepada Zafirah. Dia kan suka sangat baca novel. Ini novel islamik yang sangat baik, masih baru di pasaran tetapi sudah agak popular” Muiz cuba menerangkan.

“dan untuk pak cik dan mak cik, saya ada beli kitab baru, tulisan Ustaz Dr zahazan Mohamed, dengan Ustaz Najmi Yasak, kawan saya yang belajar di Al-Azhar dulu” sambil menunjukkan satu buku tebal dikeluarkan daripada beg. Juga sekadar diikat riben pink. Sengih lagi.

Muiz memang kalah bab-bab hias menghias ini.

“Kamu ini, susah-susah sahaja. tetapi, kenapa tajuk novel tadi ‘Hero Win’? Salah taipkah? Herowin kan ejaannya dekat?”

“Mesej utama yang mahu disampaikan dalam novel ini ialah, pada setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang perempuan yang menyokongnya. Tak kisahlah ibunya,anaknya atau isterinya. Kerana inilah yang sering kali berlaku. Persoaalannya, adakah kita sedar atau tidak. Contohnya, Nabi Muhammad S.A.W.  yang kita kasihi juga, di awal perjalanan dakwah baginda isterinyalah antara orang terawal yang menerima islam. Siapakah wanita pertama yang beriman di saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW? Jawapannya ialah Saidatina Khadijah al-Khuwailid. Itu adalah fakta”

“InsyaAllah novel juga mampu membawa kita kepada islam” Muiz membuat kesimpulan kecil.

“Betul juga apa yang kamu kata itu” Pak Cik Ismail mengiyakan sambil menghirup teh yang masih panas.

“Setiap hero yang menang, pasti ada herowin dibelakangnya. Itulah hero win” satu suara perempuan muncul daripada belakang. Puan Aminah muncul daripada dapur dengan membawa dulang berisi kuih muih.

Di belakangnya, Zafirah mengekori dengan dulang tambahan.

Muiz hanya mampu tersenyum.

“Nampaknya, Zafirah inilah herowin Muiz” kata Pak Cik Ismail sambil memegang bahu Muiz.

Semua di situ ketawa. Zafirah tersipu-sipu malu.

Ya.

Pada setiap Hero, pasti ada herowin

Dengan bantuan herowin, hero akan menang.

Hero win!

Oleh: M.Muhsin Hairudin


7 17 ulasan:

Camy Alya said...

wah. anda karang sendiri kah? hebat.

tapi ada certain-certain parts yang tak faham ^^

khaliFah_maahad said...

haha, x paham? menarik2.

Nanti saya akan betulkan~

(mungkin komplicated sgt cerita dia =D )

Camy Alya said...

macam confused sikit. zul dengan muiz tu berada dalam satu cerita ke?

khaliFah_maahad said...

2 cerita , satu cerpen

message yg sama

tq2,nnti saya edit skit

khaliFah_maahad said...

dah 'edit' :D

Fatin Radzuan said...

waaaaaaaaaaaaa taniah ustaz :) best2

Kak TeLeTuBBies said...

medical student pon sempat lg berkarya?? mantap..

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.