Kebetulan peperiksaan End Of Module saya berakhir pada hari Rabu, maka sempatlah juga saya melapangkan masa untuk ke majlis ini. Cuti pertengahan semester baru saja bermula. Jadi, saya , Fahmi dan Amir pun berpakatlah untuk ke sana bersama-sama.
Buat mereka yang belum kenal dengan program ini, Lantunan Mahabbah (mahabbah maknanya kasih sayang) ialah majils zikir khusus untuk mengingati kekasih hati kita , Utusan Allah Tuhan sekalian alam , baginda Nabi Muhammad S.A.W.
(nangis sebentar)
Kebelakangan ini, agak lama juga saya sempat ke majlis zkir sebegini. Maklumlah, sibuk buat buat sibuk.
Rindu benar rasanya pada suasana sebegini. Bahagia dan melapangkan dada.
Tiada yang lebih indah daripada mengingati Baginda Nabi. Senyum
Majlis ini diadakan di masjid Abdullah Fahim yang baru lagi tersergam indah. Ramai juga kawan kawan perempuan saya teringin sangat mahu akad nikah di sana.
"Caaaaaaaantik sangat "katanya.
Dan mereka sememangnya benar. Mungkin satu hari nanti boleh akad nikah beramai-ramai di sana. Senyum lagi.
Semua itu gambar masjid. Cantik bukan?
yang ni best! semuanya putih dan bersih . Sunnah
kumpulan Fathul Mubin
Kebanyakan mereka junior-junior saya di Maktab Mahmud dahulu. Tahniah anda semua. Saya pun jeles
Jadi, marilah ramai-ramai like page mereka
Cuba cari di Youtube untuk persembahan mereka. terbaik!
Dan sedikit perkongsian daripada Syeikh Usamah, pastikan ada amalan , paling kurang satu yang benar-benar kita konsisten dan istikamah dalam melakukannya. Agar di padang mahsyar nanti, baginda Nabi Muhammad S.A.W. kehasih hati kita akan dapat menngecam kita sebagai umat baginda. Umat terbaik.
Tak banyak pun, istikamah satu amalan pun sudah cukup baik (yang wajib sah-sah kena buat :D )
"Satu istikamah lebih baik daripada seribu karamah"
Untuk akhirnya, Selawat banyak-banyak .
Sampai jumpa lagi
Majlis tamat jam 12 mlm. Setelah menjamu selera. Saya musarif pulang. Perjalanan yang baik
4 17 ulasan:
Subhanallah..cantiknya masjid tu.
apa nama masjid tu?
Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas , Pulau Pinang.
tempat Pak Lah, Syeikh Abdullah Fahim itu datuk Pak Lah ^_^
baguslah (: lawa masjidnye
kat pulau pinang ja ker? ingt jauh..ok2..jzkk.
hajat nk ke sana.
Post a Comment