Kebetulan petang tadi, abang saya meminta tolong saya (adik yang rajin? ) untuk menghantarnya ke tempat kerja di Kangar. selalunya dia pergi sendiri, namun atas sebab dia akan terus ke Langkawi setelah habis kerja petang ini, seseorang perlu membawa kereta pulang. 3 hari di Langkawi katanya, urusan kerja.
Jadi, mugkin petang itu Allah mahu tunjukkan sesuatu kapada saya. Dalam perjalanan pergi, ada kemalangan bas dengan sebuah kereta waja, betul-betul berhadapan tempat kerja abang saya.
Alhamdulillah tiada siapa yang cedera, hanya kereta dan bas yang 'cedera'.
Kami ketawa kecil, agak lucu kerana menurut abang saya, itulah satu-satunya bas yang cukup cantik dan elok untuk dipakai. tetapi sekarang.....
Bak kata orang kampung saya, gone.....
KISAH DIA
Jadi, semua yang tadi hanyalah permulaan bebelan saya (semangat)
Dalam perjalanan pulang, berseorangan sambil ditemani DJ yang rajin di IKIM.Fm, sesuatu menangkap pandagan mata saya. Kelihatan seperti 'traffic jam' di hadapan.
Biasalah 'jam', tetapi di lebuh raya? Saya mula pelik.
Saat melintasi mereka, ternyata kelihatan seorang lelaki terbaring dengan wajah dipenuhi darah. Melihat keadaan sekeliling, kejadian masih lagi baru berlaku.
Tak cakap banyak, saya memberhentikan kereta di bahu jalan dan berlari ke arah mangsa (bab ini bukan main-main)
TINGKATAN 2
"adik! boleh dengar tak?" soalan pertama. Dia angguk perlahan.
Dengan muka dipenuhi darah pekat, baju dan seluar sedikit terkoyak dan motosikal entah ke mana dia kelihatan sedar tetapi lemah.
"boleh rasa tak?" sambil tanya saya menyentuh perlahan kaki dan tangan beliau. Nampaknya kaki kanannya ada masalah. Mungkin patah.
Wajahnya dipenuhi darah, namun tidak pula ada pendarahan daripada telinga. Mungkin kecederaan di bahagian hidung dan muka sahaja.
Ada orang yang sudah menelefon ambulan.Saya tanya remaja yang ada berdekata. Kawan katanya. Mangsa ialah sorang palajar tingkatan 2 dan seorang lagi tingkatan 3. PMR
Saya meninjau sekililng, ada seorang lagi di hujung sana. Kakinya luka, putih tulang jelas ternampak pada lukanya. Namun yang di depan saya ini lebih parah.
EPIC
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Siap dengan kilat lagi. Mujur Alhamdulillah ada yang di situ membawakan payung. Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar, selawat dan bertenang, "ambulan dah nak sampai, sabar"
Tujuan lain adalah untuk pastikan dia tidak pengsan. Bahaya.
Sempat juga saya telifon Dr Badrul dekan di kolej perubatan saya.
KES
2 motosikal daripada kampung cuba melintas lebuh raya, salah satunya dilanggar oleh perdana V6 hitam. Motosikal remuk teruk tercampak ke dalam parit. Kereta pecah cermin hadapan (retak teruk) tetapi pemandunya masih ada di sana membantu.
Masalah di sini,
1) tingkatan 2 dan 3, pastinya tiada lesen
2) lintas lebuh raya. Biar betul?
3) Tidak memakai topi keledar. Memang mencari penyakit
Saya sebagai seorang rider (saya pun penunggang motor tegar) tidak langgar semua ini. Tolonglah,bab keselamatan memang tiada kompromi. Kecuali pada kes 'Bro'
GAMBAR
Gambar di sini sebagai pengajaran sahaja. Semoga mereka berdua yang terlibat tadi sembuh dengan cepat dan dapat mengambil pengajaran. Harap keluarga mangsa bersabar. Allah sayangkan mereka.
Syukur masih selamat.
Motosikal magsa tercampak ke dalam parit
Kereta yang terlibat.Kelihatan hujan yang amat lebat. Mangsa nun di belakang sana
Alhamdulillah, ambulan sampai. (hujan lebat )
salah seoarang mangsa (wajah dikaburkan)
MORAL OF THE STORY
Bertahti-hatilah di jalan raya.
Jika berlaku kemalangan, berhentilah jika anda mampu menolong. Jangan berhenti sekadar untuk tolong tengok, serius, itu tidak lansung menolong. Hanya mengganggu perjalanan trafik
Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.
0 17 ulasan:
Post a Comment