Ihsan En Google
Cerpen terbaru saya.
Sudah lama siap, namun baru sempat untuk disemak.
Tak mahu cakap banyak.
Selamat membaca ^_^
CINTA DUA ALAM
karya : M.Muhsin Hairudin
Bumi
masih lagi gelap. Cuma embun subuh yang mula muncul dicelah-celah dedaun
pokok.Sunyi pada manusia, namun dipenuhi zikir cengkerik yang setia. Fajar
bakal menyinsing tidak lama lagi. Ibarat nyawa buana, fajar yang datang
menghidupkan segala nyawa. Hari yang baru muncul lagi.
Bunyi
jam loceng tiba-tiba memecah sepi di bilik kecil itu. Lambat-lambat satu tangan
muncul di balik kain selimut yang tebal. Menggapai jam.
5.30
pagi, berbanding Malaysia, suasana di Ireland berbeza. Malamnya bergantung kepada
musim. Musim sejuk sebagini, malamnya lebih panjang. Kesejukan kerap kali
menduga iman di dada untuk waktu subuh.
Tiba-tiba
paparan komputer riba di meja sebelah bertukar cerah. Seperti satu panggilan
video.
“Amir! Bangun
subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh
usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya
seperti di meja makan.
“Kami
di sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula
tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menghalakan kamera tepat
ke arah si ayah.
Dalam
masa yang sama, Amir sudah bangun. Berkumur dan menggosok gigi. Namun
telinganya masih lekat pada suara-suara daripada komputer ribanya.
“Hmm,
kamu dah baca Al-Quran pagi ini? Ingat, kalau sempat baca Al-Matsurat pun jadi.
Emak kamu yang nak sangat skype dengan kamu ni.” Nampak jalur-jalur usia
diwajah ayanhnya. Namun senyumnya setiasa ada.
Amir di
singki tersenyum sahaja. Setelah wuduk diambil, dia ke ruang tamu. Pintu bilik
ditutup perlahan. Suara daripada komputer ribanya senyap dihalang pintu.
Sejadah
hijau muda kegemarannya dihamparkan. Kopiah putih dikenakan. Persalinan yang
bersih menjadi pakaian.
Masa untuk
berjumpa Sang Pecipta.
Pencipta
Alam seluruhnya.
******************
“Malik, kau tak tengok EURO final
malam tadi?”Amir yang berdiri memulakan perbincangan. Sekadar memenuhi masa.
Suasana di dalam tram itu sesak.
Sesak dengan segala macam manusia dengan agenda masing-masing. Tram di sana
lebih dikenali sebagai ‘Luas’. Bunyinya seperti bahasa Melayu, namun itulah
yang mereka panggil disana. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, ianya seperti
LRT.
Hanya dia dan sahabatnya Malik yang
bercakap bahasa Melayu.
Perantau di bumi orang.
“Manalah aku ada masa? Peperiksaan
kan sudah dekat. Aku tidak kisah sangat
berita-berita yang tidak penting seperti ini,” matanya lepas keluar.
Benar-benar tidak berminat dengan
bola sepak. Mungkin disebabkan tidak pandai bermain sukan itu, semua yang
berkaitan dipandang enteng.
“Haha, engkau ini. Lawaklah. Walaupun
aku juga tak minat sukan bola. Tapi ini semua isu samasa. Penting juga untuk
kita. Bayangkan kalau kita nak mulakan sembang-sembang dengan orang lain. Kalau
isu seperti ini pun tak kau tak tahu.Tak tahulah aku,” sambil ketawa kecil.
“Sudahlah Am, ibarat kata mak aku,
bola itu bulat. Kita tak tahu ke mana ia akan bergolek. Jadi, kadang-kadang
golek ke kanan, kadang ke kiri,” kali ini Malik mengeluarkan hikayat ibunya.
Seperti berseloroh tapi wajahnya serius.
Ketawa Amir terhenti.
Air mukanya berubah. Teringatkan
sesuatu.
“Betul kata engkau. Bola itu bulat.”
“Dunia ini juga bulat”
“Kadang di atas, kadang di bawah.”
Malik memandangnya dengan wajah
pelik.
“Wah, bermadah pula. Datang dah
ayat jiwang dia,” sambil satu tumbukan kecil dilepaskan kepapa bahu Amir. Mereka
ketawa.
Manusia di sekeliling tidak kisah.
Di perantauan, sahabat ialah
saudara.
Di perantauan kehidupan, setiap
muslim adalah saudara.
Begitulah perjalanan mereka setiap
kali menuju ke universiti.
*********
Kelas bermula seperti biasa. Jadual
penuh dengan aktiviti. Daripada kuliah umum, kuliah khas, hinggalah ke bilik
mayat. Kehidupan sebagai pelajar universiti memang banyak dugaannya.
Jika diikutkan malas dia hati,
ramai sahaja yang tinggalkan kelas kerana kata mereka, nota kuliah masih lagi
boleh dihadam nanti. Apa guna ke kelas sekadar untuk tidur?
Lebih baik tidur di rumah kata
meraka.
Namun, apa saja alasan mereka, meraka
perlu ingat, ilmu itu dicari bukan dinanti. Adab-adab mencari ilmu juga perlu
dijaga. Kita bukanlah robot yang hanya untuk dimasukkan maklumat, kita adalah
manusia yang mempunyai akal budi dan mempunyai iman sebagai GPS kehidupan.
Bukan robot.
Seorang doktor yang terkenal pernah
berkata, pelajar yang malas ke kelas, di waktu kerja nanti juga berpotensi
menjadi pekarja yang malas ke tampat kerja.
Manusia boleh berubah, namun bukan
sekelip mata.
Usai kuilah pagi. Amir berkemas
untuk ke kafeteria.
“Assalamalaikum,” satu suara
menjengah telianga. Suara wanita.
“Waalaikumsalam. Ya Amirah, ada
apa?” Amirkelihatan kekok. Barang-barangnya dikemas lebih cepat.
“Saya mahu minta tolong saudara Am
untuk bantu saya dalam mencari maklumat.
Saya ditugaskan untuk siapkan bahan-bahan artikel untuk persatuan di asrama
saya. Boleh saudara bantu?” cakapnya lambat-lambat. Sahabatnya di sebelah hanya
angguk-angguk kecil.
Amir mengangkat beg sambil berlalu,
“InsyaAllah. Tajuk apa?”
Mereka berjalan bertiga menuju kafeteria.
Pelajar-pelajar lain sibuk mundar-mandir. Keadaan universiti mereka memang
sentiasa hidup.
“Betulkah? Terima kasih banyak.
Saya tahu Amir memang seorang yang baik,” wajah Amirah kelihatan bercahaya. Senyum
manisnya menghias wajah. Gembira yang mula berputik.
Amir tahu, jika kita mampu
membantu, bantulah semampunya. Kerana, dia masih ingat pesan ibunya, jika kita
mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita ke
syurga.
“InsyaAllah, sekadar termampu.”
“Terima kasih Am.”
*********
Subuh datang lagi. Suasana sepi
mula terganggu.
Bunyi jam loceng Amir memecah
kedinginan pagi. Dalam masa yang sama, komputer ribanya turut beroperasi.
“Amir, kamu tahu, ayah kamu pening
memikirkan perangai kamu.Tolonglah, solat jangan tinggal. Buat baik dengan
orang. Janganlah sakitkan hati siapa-siapa lagi. Ayah kamu pening kepala tahu,”
wajah ibu Amir muncul di skrin. Kelihatan sepertinya di pejabat.
Amir yang sudah di dapur mendengar
teliti.
Senyum sendiri.
“Mama tak mahu dengar lagi masalah
disiplin kamu di sana. Kami di sini berkerja keras agar kamu dapat ke sana.
Kamu ini aset kami. Am anak mama. Dengarlah.”
“Mama pernah baca dalam satu buku
agama, jika kamu mudahkan urusan manusia lain, InsyaAllah Allah akan mudahkan
urusan kita ke syurga. Mama harap, Allah akan mudahkan urusan kita semua ke
syurga. Jadi, tolonglah orang lain dan paling penting tolonglah diri kamu
sendiri.”
Wajah ibunya kelihatan risau.
Risau keadaan anak tunggalnya.
Amir senyap. Mag kegeramanya digenggam
kemas, kopi masih lagi panas.
Butir-butir manik muncul daripada
matanya.
Tulus daripada hati.
***********
Keadaan bilik mayat itu sejuk. Suhu
demikian memang diperlukan untuk memelihara mayat daripada cepat rosak.
Kelas anatomi sedang berlangsung.
“Aku tahun ini malaslah nak balik
Malaysia,” ngomel Malik sambil membedah mayat.
“Kenapa? Kau ada program?”Amir menjawab
pendek.
“Bukanlah. Aku cuma malas nak
balik. Kalau aku duduk sini, ayah aku bagi duit. Duduk di rumah, kalau bagi pun
bukanlah banyak mana pun.”
“Sebab itu saja?”Amir berhenti
memotong.
“Mungkin tak perlu balik setahun
dua tiga kali, nanti orang kata aku anak manja,” katanya sambil buat muka.
Amir bergerak diri situ, topeng
muka dan sarung tangan ditanggalkan. Menuju ke singki khas untuk membasuh tangan.
“Sementara ibu bapa masih ada,
lebih baik engkau balik ziarah. Kau mampu, kau patut balik. Bukan semua orang
ada peluang seperti engkau.”
Malik senyap.
“Kita ini, kalau nak buat perkara
untuk puaskan hati orang lain. Tak mahu orang lain kata. Kita memang tidak akan
ke mana-mana. Itu salah, ini salah. Yang penting, kau buat perkara yang kau
fikir betul dan paling penting, perkara yang Allah dan Rasul kata betul,” Amir
melangkah keluar daripada makmal.
“Jom la, aku nak belanja Doner
Kebab!”Amir melaung dari jauh. Sejenis kebab kambing halal yang terkenal di
sini.
Malik senyum.
“5 minit!”
Amirah di makmal sebelah
memerhatikan gelagat mereka.
********
Perpustakaan adalah gedung ilmu. Namun,
dengan kemajuan dunia kita, internet juga adalah gedung ilmu. Segala maklumat
lama dan baru ada di dalam cariannya. Cuma perlu tahu bagaimana dan di mana
untuk mencari.
Internet hanya alat, manusialah
yang tentukan baik buruknya.
Amir duduk sendirian di meja tengah
perpustakaan universitinya. Ulangkaji. Bukan semua yang boleh belajar dalam
keadaan itu.
Komputer ribanya ditatap sungguh-sungguh.
“Mama dan ayah kamu nak pergi haji
tahun ini, InsyaAllah satu minggu lagi kami berangkat ke tanah suci. Kalau
sempat, lepas selesai semua urusan. Mama cadang mahu ajak ayah kamu ziarah kamu
di sana.”wajah ibunya muncul di paparan computer riba.
“Sebelum mama nak berangkat, mama
nak bagitahu, kami berdua sayangkan kamu. Dan kami dah maafkan dan halalkan
semua makan minum kamu. Walaupun kadang-kadang buat perangai, kami faham.
Walaupun dunia zaman kamu dan zaman mama berbeza, tetapi remaja tetap remaja.”
Senyum ibunya jelas di skrin.
“Mama teringat lagi, waktu ayah
kamu datang ke rumah mama. Sangat berani. Dia berani datang sorang-sorang,
jumpa dengan atuk dan nenek kamu. Semata-mata alasan mahu ziarah. Padahal mama
waktu itu kawan biasa-biasa dengan ayah kamu. Itu sedikit sebanyak zaman
muda-muda kami dahulu.”
Bahagia. Itulah pancaran wajah
ibunya ketika itu.
Tuk..tuk..tukk
Tiba-tiba terasa mejanya diketuk
perlahan.
Senyuman Amirah menjengah. Dia datang
dengan beberapa sahabatnya.
Amir menanggalkan earphone. Skrin komputer
ribanya ditutup.
Senyuman dilemparkan ke arah
mereka.
“Ya? Amirah,boleh saya tolong
apa-apa?” Amir memulakan bicara.
Mereka semua ketawa kecil.
“Am, tadi kami semua dah bagi
salam. Tapi kamu yang khusyuk sangat dengan komputer riba kamu. Itu yang kami
ketuk meja kamu itu,” Amirah mula bersuara.
Amir sengih, malu.
“Kami semua datang nak minta kamu
tunjuk kami cara untuk buat poster menggunakan perisian photoshop. Saya bawa
adik-adik tahun satu dan tahun dua untuk belajar sekali.”
“Boleh? Tak ganggu Am?”
“InsyaAllah.”
Dalam
hati Amirah, dia tertanya-tanya. Siapakah wanita di skrin tadi.
“Tadi
itu siapa? Wajahnya tampak keibuan? Ibu Am?” Amirah berani bertanya. Sebagai
seorang pelajar
perubatan, dia memang diajar. Jangan meneka sahaja, tanya.
Amir tersentak.
“Err, pandai.”
“Wah, teringin pula nak jumpa,”
monolog Amirah terlepas keluar.
Semua di situ kaget.
“Ops!” wajah Amirah panas, malu.
“InsyaAllah, pulak ke tanah air
nanti ada rezeki Amir ajak melawat meraka,” Amir perasan keadaan itu, pantas
membantu Amirah.
Tak mahu dia dimalukan di hadapan
pelajar-pelajar juniornya yang lain.
“Ok, siapa mahu belajar!” Amir memulakan
kelas.
*********
Subuh pagi ini paling istimewa. Subuh
terakhir di bumi orang. Tengah hari nanti Amir dan sahabat-sahabat sekelas
bakal kembali ke tanah air.
Tahun ini tahun terakhir mereka
sebagai pelajar perubatan. Pantas sungguh masa berlalu. 5 tahun selesai sudah.
Setelah berjaya dalam peperiksaan
akhir. Mereka sudah bersedia untuk balik ke tanah air berkhidmat kepada negara
semula.
Bunyi jam loceng Amir memecah lagi
kedingan pagi. Komputer ribanya berfungsi lagi.
“Amir! Bangun subuh nak. Mama sudah lama bangun dengan ayah ni,” suara mesra wanita separuh usia. Kelihatan di sisinya si ayah yang sedang membaca Al-Matsurat. Kelihatannya seperti di meja makan.
“Kami di
sini sudah pukul 10 pagi, ayah kamu kerja lewat sikit. Syif doktor dia mula
tengah hari. Abang, cakaplah dengan si Am ini.” Ibunya menhalakan kamera tepat
ke arah si ayah.
“Hari
ini ayah kamu sembang dengan mama, mungkin tahun depan kami akan buat haji.
Jadi bolehlah melawat kamu.”
Amir hari
ini bangun lebih awal. Bersiap sedia.
Banyak
perkara besar bakal dihadapinya .
Sambil-sambil membuat kemasan akhir pada semua bagasinya,
telinganya masih lekat kepada suara daripada komputer ribanya. Suara yang saban
hari menjadi penemannya sejak 5 tahun dulu.
Matanya
menyapu seluruh penjuru rumahnya. Mungkin buat kali terakhir. Dia dan Malik
menapak keluar. Mentari telah mulai bersinar.
Menghangatkan
jiwa manusia, agar bangun bekerja dengan semangat yang baru. Semangat daripada
Tuhan Pemilik Matahari itu.
Tujuan
mereka hari ini. Lapangan terbang antarabangsa Ireland, Dublin Airport.
Amirah
dan kawan-kawannya juga dalam perjalanan yang sama. Setelah 5 tahun bersusah
payah belajar di bumi orang, mengutip hikmah dan menguji iman, akhirnya mereka
bakal pulang.
Kapal
terbang sedang menunggu.
Kembalilah,
wahai anak perantauan.
********
Amir bersila di situ.
Lama.
Rumput-rumput kecil menjadi
permaidaninya. Mulutnya terkumat-kamit ayat-ayat Tuhan.
Ayat-ayat suci daripada Al-quran.
Buat kekasihnya baginda Nabi
Muhammad S.A.W.
Juga buat ibu bapanya yang tidak
dapat menyambut kepulangannnya di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur
siang hari tadi.
Di tangannya bingkisan Al-Matsurat
kemas dipegang.
Bukan sekadar di tangan, tetapi
juga di hati.
Batu nisan di hadapannya diusap
lembut.
Amir bangun perlahan-lahan, bergerak
pergi.
Amirah dan keluarganya menuggu di luar
pagar.
“Kebetulan rumah Amirah dan kawasan
ini dekat, bolehlah kita tumpang sekali,” ujar Amir sambil menghulur salam
kepada ayah Amirah.
“Itulah, Amirah ada banyak cerita
pasal Amir kepada kami. Tetapi, tak tahu pula yang Amir ini…” tidak sanggup
ayah Amirah menghabiskan ayatnya.
“Tidak mengapa pak cik,” Amir terus
senyum.
“Saya tahu Allah lebih sayangkan
ibu bapa saya. Kerana itulah mereka dijemput pulang awal.”
“Pada tahun pertama saya, saya
seorang yang agak nakal.”
Amir senyum kecil.
“Solat dan agama tak ambil endah,
walaupun ibu ayah saya seorang yang baik.”
“Namun setelah kejadian di Tanah
Suci yang mengorbankan mereka berdua, saya mula sedar dan berubah.”
“Semua video yang Amirah nampak tu
hanyalah rakaman mereka sebelum mereka pergi. Saya selalu pasangkannya apabila
terigatkan mereka. Ada yang saya setkan sama dengan alarm.”
Ayah Amirah di sebelah diam sahaja.
Di hadapannya seorang anak muda yang benar-benar sudah berubah.
“Kumpulan Raihan ada melagukan,
iman tak dapat diwarisi.”
“Dari seorang ayah yang bertaqwa.”
Sambil itu, tangannya mencuit lengan
Amir. “Amirah suka sangat kumpulan Raihan.”
Amirah di belakang malu-malu. Emaknya
di sebelah hanya tersenyum.
“Tapi, Allah juga tidak zalim, Dia
sentiasa ada bagi mereka yang mencariNya,” ayat itu menghabiskan bicara mereka.
Kawasan perkuburan itu semakin
hilang daripada pandangan. Mata Amir hanya mampu memandang.
“Mama, ayah, terima kasih kerana
tidak putus asa terhadap Amir.”
“Walaupun mama dan abah nun di
sana, namun ingatan dan doa tidak pernah hilang daripada hati Amir.”
“Dan satu lagi, Amir mungkin dapat
keluarga baru. Mama dapat menantu,” senyum nakal
“Amir?”
Suara ayah Amirah menarik Amir keluar
ke realiti kembali.
“Berangan apalah tu?”Amirah di
belakang menambah.
Mereka semua ketawa.
Bahagia walaupun berbeza alam.
Nota kaki :
Terima kasih
3 17 ulasan:
Menarik2, teruskan usaha anda...memang berbakat sungguh...moga sukses selalu ^^
Menyentuh hati.
God job...
Post a Comment