Thursday, May 3, 2012

Jeritlah Tea Ais Sepuluh!!


Tea Ais kredit

Prolong

Langkahan kaki semakin perlahan. Denyutan jantung entah berapa laju.
Bernafas dengan tercungap-cungap. Ibarat semua udara di dunia ini sudah kehabisan.

Tekak kekeringan.Air mula kehabisan. Dahaga.

Kaki ibarat tidak mahu bekerja sama.Terasa begitu berat. Beg yang digalas ibarat beban yang teramat. Mahu saja dibuang jika botol air dan pakaian tidak ada di dalam beg.

Keadaan denai semakin curam. Pendakian semakin susah. Sangat tidak membantu.
Matahari pula semakin pantas bergerak pergi, Senja sudah mula melabuhkan tirai.
Perjalanan masih berbaki beberapa jam.

Tempat yang dituju masih belum kelihatan.
Masih jauh perjalanan.

Jika ketahanan mentel dan fizikal tidak kuat. Pasti terkandas di tengah jalan.

MOTIVASI + POSITIVE THINKING !

"Aku sudah tak larat!!"  jerit sahabat di belakang.

"Betulkah jalan ini? tak ada tanda apa pun!!" bentaknya lagi.

"jangan-jangan kita sudah sesat!" langkahnya makin perlahan.

"betul!, jom! dekat dah lagi 4 KM lagi! " saya cuba memberi semangat.

Langkah diteruskan. Namun, 5 minit kemudian.

"Tak larat!!" Kali ini sabahat aku terduduk .Aku mengikut sama. Benar-benar letih.

Kaki kami sudah menggeletar. Letih. sangat sangat letih.

Tetapi, kami sudah tiada pilihan selain teruskan perjalanan. Tidak boleh patah balik.

Hampir putus asa. Mentel kami hampir 'down'.

TEA AIS SEPULUH

"fuh!, kalaulah dapat minum air sejuk ni. memang best!" tiba-tiba terpancul kata-kata itu dari mulutku.

"Janganlah!, tengah letih ni!" sahabat dibelakang juga nampaknya tidak dapat menolak kelazatan air ais di tengah dahaga yang teramat.

"Tak pa, sampai kat atas nanti, aku nak order Tea Ais sepuluh cawan!" ngomel ku sendiri.

"haha, aku nak coca cola ais! penuh dengan ais, sejuk. wah!!" nampaknya semuanya sudah terbayang di.minda.

"YOSH!! Jom gerak!"

"tea ais sepuluh!!!" Jeritku sekuat hati.

Sahabat dibelakang tersenyum. Langkah kami diteruskan.

"Tea Ais sepuluh!!"

"tea ais!!"

Langkah yang berat terasa ringan.

Semangat kembali membakar diri.

Dan akhirnya. Kami adalah orang yang pertama sampai dipuncak setelah 4 jam mendaki.

HIDUP PERLUKAN TEA AIS!!

Dalam situasi tadi, saya dapat samakan dengan kehidupan kita.

Kita perlukan kuatkan semangat kita, dengan memikirkan hujung perjalanan kita. Hasil yang bakal kita dapat. Kejayaan yang menanti.

Belajar perlukan pengorbanan. Bekerja juga perlukan pengorbanan. Dan apa saja.

Walaupun sekarang tidak ada di depan mata, namun bila sampai waktunya.

Start with the end in mind

InsyaAllah.

Pasti ADA BALASAN YANG BAIK MENANTI

Yakin!


"Katakanlah :"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(QS.Az-Zumar :53)


Bak kata Maher Zain

But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever

Maher Zain~ Paradise :D


Jadi, carilah 'tea ais' kita untuk menjadi pemangkin semangat kita.
Dan semua ini perlu sentiasa dikemas kini.

Ingat, tujuan kita

Redha Allah

:)



Epilong


"Pergh, akhirnya sampai juga na" ucapku lega.


Sahabat di sebelah sedang mengelap ramputnya. Kelihatan segar bugar.


"Memang best mandi kat atas ni, air dia sejuk. Puas hati aku" ngomel sahabatku sambil ketawa kecil.


"sudah beli tea ais?" tiba-tiba soalan itu keluar.


aku mengeleng sambil ketawa.


"Sudah kenyang minum air paip dari surau ini. Sejuk dan best"


Tiba-tiba senyap.

Kami ketawa lagi  


Pemandangan daripada Puncak Bukit Bendera di waktu malam. Cantik

5 17 ulasan:

Iznie said...

:) Syukran atas perkongsian... Moga Allah redha...

khaliFah_maahad said...

InsyaAllah. amin ^_^

Anonymous said...

kunjungan pertama kat sini :)
hee memang suka benar ngan teh ais ye..

*cantik gambar tu. teringin nak mendaki jugak. ^^

khaliFah_maahad said...

Suka pun bertempatlah kan~

Kalau gamabr sudah cantik, jika dengan mata kepala sendiri,

masyaAllahlah :D

memang cantik~

Mendaki memang best ^_^

Unknown said...

Teh Ais best..
banyak pengajaran yang dpat di dalam cerpen ini ..
dan menjadi titik tolak untuk berjaya

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.