Saturday, October 1, 2011

Cerpen : Bahagiakan cinta

Muslimah ialah bidadari dunia~


Ini adalah cerpen pertama saya dalam genre 'cinta'. Sesuatu yang baru. Apa yang ingin disampaikan ialah kita boleh mencipta bahagia.

Nilai yang dipupuk oleh Ustazah Fatimah Syarha (tulisannya sangat best!!)

Semoga usaha saya ini mendapat keberkatan daripada Allah.

Jadi, selamat membaca.

^^






********************

Kepalanya rasa berdenyut.

Sakit.

Terasa seperti dihempap bagunan besar.

Matanya memandang sekeliling. Kekaburan semakin hilang.

“Di mana aku?” monolongku sendiri.

“Abang? Abang?” satu suara lembut menyentuh gegendang telinga.

“Siapa?” soalku sambil mencari-cari tuan punya suara.

Kepalaku berdenyut lagi.

Sakit.

Tanganku tiba-tiba hangat. Seperti digegam erat. Mataku terpejam semula.

Buat kesekian kalinya. Aku terlelap semua .

Aku tak ingat bagaimana aku berada di sini. Siapa aku ?

Entahlah, setiap kali aku cuba memikirkannya, kepalaku sakit berdenyut pedih. Seluruh badanku terasa deperti dicucuk jarum halus. Sakit.

Apa yang membuatkan aku terjaga hanyalah satu suara lembut. Suara yang ibarat memberi ubat kepada kesakitanku.

Siapa empunya suara?

***************

Hari ini aku boleh melihat jelas. Sakitku semakin kurang dan tidak sepedih dahulu. Dan sesuatu telah membantuku ke arah itu.

Aku masih tak percaya apa yang dilihat.

Aku bertanya adakah aku sudah mati? Jawabnya tidak.

Tetapi bagaimana ini boleh terjadi selain daripada keajaiban.

Melihat bidadari.

Bidadari yang sentiasa ada di sisi. Sentiasa memaut lenganku. Menyuap makanan dan minuman. Tak perlu diminta. Semuanya ibarat bahasa hati.

Sentuhannya sangat indah.

Walaupun aku sudah boleh melihat, badanku masih lemah. Tanganku masih tidak bisa ku angkat. Hanya jari yang sekali sekala bergerak.

Bidadari itulah yang melakukan segalanya untuk aku. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dia sentiasa ada disisi. Tangannya sentiasa menggenggam erat tanganku.

Siapa dia?

Walaupun dalam islam memang diharamkan bersentuhan antara lelaki dah perempuan bukan mahram. Aku tak mampu berbuat apa dalam keadaan ini.

Aku tidak kenal gadis ini. Wajahnya putih kemerahan. Matanya bundar becahaya. Ibarat memberi kata-kata, bersabarlah.

Senyumnya tak pernah lekang. Walaupun aku tak mampu untuk membalas senyumnya sepenuh hati. Dia tetap tersenyum. Aku masih keliru dalam bahagia.

Gadis ini begitu tertib. Begitu teliti. Pada waktu siang bertudung labuh. Cantik dan indah. Dan ketika malamnya, ketika hanya ada ibuku di sisinya dan dia sahaja. Dia melepaskan tudungnnya.

Secantik bidadari.

Hanya itulah kata-kata yang sesuai bagi gadis di hadapan ku ini.

Keimananku masih kuat. Aku tidak boleh melihat aurat bukan mahramku. Tetapi , gadis ini. Lain. Solat sesuatu yang aku tak pernah tinggalkan.Apabila sahaja aku tersedar, aku akan membuat isyarat solat.

Dialah juga yang mengangguk tanda faham. Cumanya, bukan dia yang mengambilkan wuduk untukku. Mengapa? Hanya ibuku yang sudah hampir separuh abad melakukanya untukku.

Hatiku mengatakan bahwa ini adalah ibuku. Tetapi, siapa gadis itu?

*****************

Ke tandas dan mandi.

Gadis itulah yang menguruskanya. Sentuhanya penuh kasih sayang. Lembut dan cermat. Senyumnya tak pernah lekang. Siapa dia?

Sememangnya rasa malu yang amat sangat menyelubungi hati ini. Mana pernah aku yang bujang beriman ini masuk ke tandas ditemani seorang gadis. Bahkan dia yang memandikanku dan menguruskanku.

Tebal rasanya kulit mukaku menahan malu dan segan.

Tetapi gadis itu hanya tersenyum seperti biasa. Terus terang aku katakana, seluruh sakitku ibarat hilang apabila memandang wajahnya.

Hatiku berasa lapang disulami senang.

Mungkin ini yang dikatakan bahagia.

Tetapi, betulkah semua ini?

Dia kembali tersenyum indah.

Mungkin kelakar melihat aku separuh senyum separuh malu.

Tolonglah, siapa bidadari ini?

**********************

“Doktor, bagimanakah keadaan suami saya?”soal lembut gadis itu

“Iya doktor, anak saya bagaimana?”ibu turut bertanya.

“Puan Husna dan Puan khadijah tidak perlu risau, keadaan Encik Fahmi stabil. Cuma , ingatannya sedikit terganggu. Kemalangan yang berlaku telah memberikan gegaran yang kuat kepada otaknya dan menyebabkan neuron-neuron penyimpanan maklumat terganggu.”

“Dia mungkin lupa perkara-perkara yang baru terjadi dua atau tiga tahun ini. Dengan erti kata lain, memorinya ialah memori dua atau tiga tahun lepas. Dia boleh ingat semula, akan tetapi. Hanya masa yang menjadi penentu. Jikalau tiada apa-apa masalah timbul, dia boleh discharge daripada hospital ini tengah hari ini” doctor yang bertugas memberitahu.

Itu adalah antara yang sempat saya dengar.

Kemalangan. Kemalangan apa?

Aku pasrah dengan semua yang berlaku. Sesunguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya walaupun sebesar zarrah. Cuma manusia sendiri yang menzalimi diri mereka.

Aku redha jika semua ini adalah cara untuk menghapaskan dosa-dosa aku yang terdahulu.

Ampunkan hambaMu ya Allah.

“Abang sudah sedar?” soal gadis itu . Bidadari itu.

“Ya. Syukur. Sebelum itu, awak siapa?” soalku keberatan.

“Maaflah kerana saya tidak mampu ingat apa-apa tentang awak” takut untuk melukakan hati si bidadari.

Dia hanya tersenyum.

“Ini Husna . Isteri kamu Fahmi” emakku bersuara.

Isteri?

Aku mengetap bibir.

Sejak bila aku berkahwih?

“Apa?” terpancul kata-kata ini tanpa sengaja.

“Iya, saya Husna Shuhada. Isteri Zul Fahmi bin Ahmad yang sah. Isteri abang” kata bidadari itu.

Bidadari ini bernama Husna Shuhada.

Benarkah aku bukan di syurga?

*****************

Sehari selepas keluar daripada hospital , aku sudah boleh berjalan.

Apa yang aku ingat ialah aku sebelum ini adalah pelajar tahun akhir di sebuah universiti di utara tahan air dalam bidang kejuruteraan. Aku sepatutnya sedang menyiapkan tugasan terakhir aku sebelum peperiksaan akhir.

Tetapi, aku masih di sini. Di kampungku yang dibentangi dengan sawah padi yang indah menghijau. Bukan di universiti.

Tetapi aku kini ingat siapa Husna shuhada, yang aku gelarnya sebagai bidadari itu. Bukan sebagai isteriku, tetapi sebagai rakan sekuliah yang sangat hebat di universiti.

Dan aku baru teringat yang aku juga ada menyimpan harapan untuk meminangnya sebaik sahaja tamat belajar.

Walaupun apa yang berlaku ini adalah apa yang aku inginkan. Aku masih lagi keliru.

Bila pula aku pergi berkawin dengan bidadari seorang ini. Seperti tidak percaya.

Walaupun kami berada di alam universiti. Kami tidak pernah berpacaran. Tidak ramai seperti kami. Kami ini hanyalah minoriti. Majoriti ialah mereka yang berpacaran dan sering bergaul bebas tanpa batas. Kata mereka, kami sudah dewasa. Kami boleh melakukan apa yang kami rasa betul.

Bohong.

Bagi aku semua itu bohong. Orang dewasa ialah orang yang dapat membezakan antara dosa dan pahala. Mereka itu bukan dewasa, bahkan juga bukan kanak-kanak, kerana kanak-kanak tidak berdosa apabila melakukan kesalahan.

Mereka adalah orang yang mengaku dewasa padahal berotakkan kanak-kanak. Hodoh sungguh perangai golongan ini.

Berbalik kepda kes aku. Aku masih kabur.

Apa hukumnya jika si ‘suami’ tidak ingat bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai isteri?

Aku tidak tahu.

Aku hanya ingin merujuk kepada tuan guruku Ustaz Nazrul.

Tetapi, takkanlah si Husna yang begitu kuat beragama ini tidak tahu hukumnya. Dia kata sudah menjadi isteriku yang sah, dan dikuatkan lagi dengan pengakuan emakku.

Tetapi jika benar dia adalah isteriku yang sah, aku memang berada di syurga.

Syurga yang berada di dunia.

******************

Setahun yang lepas.

Rumah bakal ibu mertuaku.

“Pak cik ini setuju saja dengan kamu” kata ayah Husna sambil tersenyum.

Sebuah masjid dalam pembinaan , fikirku.

Ruang tamu itu dipenuhi tiga orang.

Aku, bakal ayah mertuaku dan bakal ibu mertuaku.

“Jadi maknanya, Husna sudah setuju dengan pinangan saya ini?” soalku dengan suara perlahan. Sedikit gentar.

“Rasanya seperti ya. Dia hanya senyap sahaja. Tidak kata tidak dan tidak pula kata tidak” balas ibu Husna.

“Tapi pak cik rasa dia setuju. Bak kata orang tua-tua, senyap itu tanda setuju. Tak begitu?” kata ayah Husna berjenaka.

Kami semua ketawa.

Tetapi jauh dibenakku, masih ada satu perasaan risau.

Benarkah dia redha menerima aku sepenuhnya?

Namun aku sembunyikannya di balik senyumanku.

Hari itu menjadi saksi bahawa aku telah berusaha untuk memenuhi sunnah nabi yang terbesar iaitu perkahwinan. Menyempurnakan separuh daripada agama. Segalanya mengikut aturcara islam.

Aku tidak terus berurusan dengan Husna sepenuhnya. Aku cuba memikat hati ayah dan ibunya dahulu. Kebetulan mereka juga kenal denganku kerana aku adalah antara jurutera yang terlibat dalam pembinaan masjid baharu di kampung Husna. Ayah Husna ialah imam di kariah ini.

Entah mengapa, ayahnya senang berurusan denganku. Begitu juga ibunya. Setelah beberapa waktu mengenali mereka baru aku tersedar bahawa nama anak mereka begitu biasaku dengar. Setelah dirisik lebih lanjut, memang benar. Mereka dalah ayah dan ibu kepada Husna Syuhada yang pernah satu kuliah denganku di universiti dahulu.

Tarikh perkahwinan telah ditetapkan.

Sekarang hanya menghitung hari sahaja.

********************

Hari ini genap sebulan kami berkahwin. Seluruh keluarga gembira. Gembira kerana keluarga semakin besar dan gembira juga kerana mendapat ahli keluarga baru.

Namun di sebalik kegembiraan orang lain. Lain pula halnya pada Husna.

Walaupun dia sangat cantik pada hari perkahwian dahulu, riak wajahnya menunjukkan sesuatu masih disembunyikan. Resah di hati siapa yang tahu.

Namun, akhirnya aku tahu.

“Fahmi , maafkan saya. Saya sudah cuba untuk ikhlaskan hati saya terhadap kita, namun…” kata Husna di meja makan.

Lauk pauk kami biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi aku, apabila yang memasaknya ialah isteriku yang sah, ianya bukan biasa-biasa. Ini semua luar biasa.

“Namun apa Husna?” aku inginkan kepastian. Ingin sekali aku memanggilnya sayang, akan tetapi, panggilanku itu dahulu tidak dibalas serupa.

“Namun saya tidak mampu” air matanya mula turun.

Ibarat hatinya sedang menanggung sesuatu yang sangat mendukacitakan. Sangat memilukan.

“Saya berkahwih dahulu kerana saya taat kepada ibu bapa saya. Saya tidak mahu menjadi anak derhaka. Saya fikir, setelah berkahwin nanti saya boleh ikhlas menerima awak. Namun saya tidak mampu”

“Saya sudah banyak kali berdoa agar pintu hati saya terbuka menerima kamu. Sayu cuba untuk menyanyagi kamu sepenuh hati. Namun, akhirnya saya kalah. Saya masih tidak dapat menerima kamu seikhlasnya. Hati saya masih belum terbuka.

“Maafkan saya. Saya tahu, syurga seorang isteri ialah keredhaan suaminya. Taat kepada suami menjadi lebih utama berbanding ibu sendiri. Namun saya tak mampu. Maafkan saya.” Husna terus meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya dengan deruan air mata.

Aku terkesima. Apa yang aku takutkan sudah terjadi.

Dia masih tidak ikhlas menerima aku sepenuhnya.

Aku diam.

“Husna, sesungguhnya aku tak perlu kau cintai aku. Apa yang aku perlukan ialah kamu dapat menerima aku”

“Redhalah dengan khadak dan khadar Tuhan. Aku ini suamimu”

“Biar aku sahaja yang mencintaimu sepenuh hati kerana Allah. Dan kamu hanya perlu ada di sisiku dan menerima aku seadanya. Itu sahaja yang aku pinta daripada kamu Husna” kataku perlahan.

Aku bangun dan mendekati Husna.

Tenanglah wahai sayangku.

Tangisnya semakin perlahan.

****************************

Skrin computer ribaku gelap. Awal pagi di pejabatku.

Apa yang Husna ceritakan malam tadi masih terngiang-ngiang di telingaku.

Aku ini adalah pilihan ibu dan ayahnya. Bukan pilihannya.

Tetapi Husna sendiri mengaku dia tidak ada pilihan hatinya lagi. Cumanya hatinya masih belum terbuka untuk aku.

Sebenarnya, tidak timbul masalah antara pilihan siapa lebih baik, pilihan sendiri atau ibu dan bapa. Soalnya ialah siapa yang dipilih?

Atas dasar apa pilihannya? Agama, keturunan, harta, rupanya atau apa?

Kita ini dimomokkan oleh media yang banyak memaparkan cerita-cerita yang semua perkahwinan atas pilihan ibu ayah tidak menjadi. Dan pilihan sendiri lebih baik. Benarkah begitu?

Ibu bapa kita juga paStinya telah meneliti bakal menantunya denagn baik. Mereka mahu yang terbaik untuk kita. Samalah juga seperti kita mahukan yang terbaik untuk diri kita.

Kita kata kita lebih mengenali calon pilihan kita? Apakah bezanya dengan ibubapa kita yang juga celik untuk menilai dengan mata meraka. Adakah kita dapat melihat hati calon pilihan kita sekenal-kenalnya?

Berapa banyak penceraian yang berlaku pada hari ini adalah pnceraian perkahwinan atas pilihan sendiri.

Mengapa? Kenara majoriti perkahwinan kini adalah atas dasar ‘pilihan sendiri’ . Dan hakikatnya jumlah penceraian generasi kini labih banyak berbanding generasi dahulu yang kononnya atas ‘pilihan ibu bapa’. Mengapa perkhawinan atas dasar suka sama suka ini tidak bertahan? Bukankah perkahwinan ini lebih moden dan lebih ‘baik’?

Pernahkah kita menimbangkan calon ‘pilihan islam’?

Calon pilihan ‘nabi’?

Pernahkah kita terfikir?

Perkara yang paling penting ialah , samada calon ‘pilihan sendiri’ atau ‘pilihan keluarga’, calon tersebut WAJIB memenuhi ciri calon ‘pilihan nabi’.

Dasar agama itu yang paling penting.

Tetapi bagi kes Husna. Dia bagiku ialah calon ‘pilihan nabi’. Semua yang diperlukan ada padanya. Termasuk juga agama.

Tetapi, mengapa terjadi sebagini rupa?

Teringat tazkirahku panjang lebar kepada isteriku selepas subuh tadi. Cumanya sekarang aku ingin menjari jawapan akhir.

************************

Ustaz nazrul seperti biasa. Tersenyum melihat ketibaanku. Sememangnya pintu rumahnya tidak pernah tertutup bagi meraka yang ingin mencari ilmu.

Setelah aku ceritakan panjang lebar. Ustaz nazrul mula bersuara.

“Ramai manusia berkahwin kerana inginkan mencari kebahagiaan, tetapi berapa ramai yang menjumpai kebahgiaan itu?”

“Tetapi, berapa ramai pula manusia yang bahagia, berkahwin kerana ingin berkongsi kebahagiaan itu? Dan tidaklah mereka menjumpai apa-apa selain kebahagian sahaja sesudah itu”

“Bahagia itu bukan dicari, tetapi bahagia itu dicipta” katanya sambil melihat tepat ke mataku.

“Dicipta?” soalku perlahan.

“Dicipta di hati dengan sentiasa redha dengan Allah”

Sambil meletakkan tangannya di bahuku, “Sentiasa bersangka baik dengan Allah” .

Tanpaku sedari, mataku berkaca.

Ya Allah, hambaMu ini telah berlaku khilaf.

Aku redha ya Allah.

Aku redha.

**********************

Setelah selasai selesai solat Asar di masjid, aku bergerak pulang.

Pemanduanku diiringi dengan ingatan Ustaz Nazrul.

Fikiranku terawang-awang. Inilah jawapan yang sebenarnya tak perlu dicari.

Jawapan yang disediakan oleh Allah sejak awal lagi.

Sejak kecil lagi kita diajar Rukun Iman.

Beriman dengan khada’ dan khaddar Allah.

Piiin!

Bunyi hon yang amat deras secara tiba-tiba menyedarkanku.

Masa seakan perlahan, aku menoleh ke tingkap.

Sebuah lori besar bergerak deras menuju ke arahku.

Laju.

Tak mungkin sempat ku elak.

Allah!!

Aku memijak padel brek sekuat hati sambil memutarkan stereng.

Bang!!!

Satu dentuman yang kuat menggegarkan kawasan itu.

Bunyi besi hancur dilanggar memenuhi ruang.

Ibarat letupan bom.

Asap berkepul-kepul keluar.

Satu perlanggaran yang dasyat telah berlaku.

***********************

Aku membuka mata perlahan.

Keretaku tersadai di bahu jalan. sedikit remuk.

Tetapi tidak akibat dilangar lori tadi. Akibat berlanggar dengan tiang tanda arah.

Aku melihat di sebelah luar sana.

Satu van telah dilanggar oleh lori.

Keliahatannya sangat dasyat.

Api mula merebak perlahan-lahan.

Aku terus bergegas keluar.

Di kejauhan, terlihat beberapa susuk tubuh masih berada di dalam van tersebut.

Seorang wanita dan seorang lelaki tua.

Wanita itu seperti…

“Husna! Ayah!” aku melaung.

Aku berlari sekuat hati ke arah mereka.

Husna tidak sedarkan diri. Tetapi yang kelihatan pada badannya hanya luka luka kecil sahaja. Aku terus merangkulnya dan mengendongnya ke bahu jalan, agak jauh daripada kawasan kemalangan.

Aku bergegas kembali, ayah masih tersangkut.

Keadaan semakin meruncing, aku dapat menghidu bau minyak yang semakin kuat. Api juga semakin marak.

Aku berusaha mengeluarkan ayah sepenuh kudratku. Nampaknya kaki ayah telah patah dan luka ayah lebih parah daripada Husna.

Allah,bantulah hambaMu yang lemah ini. Getus hati sejak daripada awal tadi.

Kaki ayah sudah tidak tersangkut lagi. Aku berusaha untuk menarik ayah keluar. Lebih sukar kerana lebih berat jika dibandingkan dengan Husna yang kecil molek tadi.

“Abang!, selamatkan ayah!” satu suara melaung.

Husna sudah tersedar.

Tiba-tiba api menjadi semakin marak. Ini petanda buruk. Dalam keadaan ini, besar kemungkinan letupan akan berlaku.

Aku mengheret ayah keluar. Sudah tidak sempat.

Bom!

Letupan kuat berlaku.

Masa seakan bergerak perlakan. Aku tunduk cuba melindungi ayah.

Dum!

Sesuatu mengentam kepalaku daripada belakang.

Dunia tiba-tiba kabur. Kelam semakin menyelubungi.

Suara Husna semakin pelahan.

Aku merasa ada cecair mengalir keluar daripada belakang kepalaku.

Hangat.

Allah, aku sentiasa redha denganMu.

Khada’ dan khadarMu.

Dunia menjadi gelap.

Gelap tanpa cahaya.

*******************************

Hari ini.

Rumah kami.

Syukur kepada Allah. Setelah seminggu keluar daripada hospital .Aku kini sihat sepenuhnya. Dan ingatanku telah kembali pulih .

Benar kata doktor, hanya masa menentukannya. Dan Allahlah yang menentukan masanya.

Kesihatanku cepat pulih juga atas faktor isteriku, yang tak pernah letih menjagaku siang dan malam . Sudi menjadi bidadariku.

Tidak dilupakan juga ibu mertuaku yang sentiasa menemani bidadariku ini. Benarlah katanya sebelum ini, aku sudah berkahwin.

Tetapi bagi aku, seminggu selepas aku sedar daripada komo adalah lebih indah daripada waktu-waktu sebelumnya. Segala yang terjadi telah menyebabkan bidadari telah hadir dalam hidupku.

Sebenarnya, bidadari ini sudah lama hadir. Tetapi sebelum ini , kecantikannya dilitupi oleh emosinya yang tidak stabil. Biasalah, orang perempuan.

Dan kini, aku bahagia.

“Abang, menung apa jauh-jauh tu? Tak perasan kita ada di tepi dia sejak tadi lagi ” suara bidadari itu membuatkanku tersedar daripada lamunanku.

Husna berdiri di sebelahku dengan mencekak tangan. Mukanya comel.

“Baiklah, mari kita renung sama-sama sayang” ucapku sambil mengajaknya duduk di sisiku di bangku di laman rumah kami.

“ Boleh abang tanya satu perkara. Bila yang sayang boleh ‘redha’ dengan diri abang ini?” kataku sambil melihat langit.

“Ingat tak pada waktu abang selamatkan ayah sewaktu kejadian hari itu?” soalnya.

Aku mengangguk.

“Dalam fikiran Husna pada waktu itu hanya satu. Ingin abang dan ayah selamat. Biarpun jikalau nyawa Husna ini menjadi galang gantinya” katanya sambil tersenyum.

Aku tersenyum.

Bahagia.

“Abang ada jawapan yang sudah lama abang simpan untuk Husna” kataku perlahan.

Kening Husna terangkat. Apa dia?

“Kebahagian dicipta, bukan dicari” kataku perlahan.

Kami berdua sama-sama tersenyum.

“Mari kita cipta bahagia ,sayang” kata Husna perlahan. Malu-malu.

Akhirnya .

Kata-kata sayang ku terbalas.



4 17 ulasan:

Noor Fatin Nadia Ismail said...

bidadari.. sangat sempurna..:)

Saridah said...

Salam ukhuwah..nice blog..teruskn berkarya dan berkongsi ilmu..

Anonymous said...

nice cerpen nie..truskan bekrya..

khaliFah_maahad said...

^^

moga boleh panjangkan lagi kepada sahabat-sahabat

Tq

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.