Tuesday, September 27, 2011

Saya anjing, boleh salamkah?




Saya anjing, boleh salamkah?

Tangan saya ligat membetulkan sarung kaki. Setelah selesai menunaikan solat Asar tadi, saya berehat beberapa ketika. Kini, masa untuk kembali bekerja.

Tiba-tiba.

“ustaz! Ustaz!” satu suara melaung daripada belakang.

Saya endah tak endah, saya bukan ustaz.

Namun, suara itu sekali lagi melaung .

“ustaz!ustaz!”

Saya hairan, menoleh perlahan. Kelihatan di belakang saya seorang lelaki yang sangat asing.

Ketika itu saya berada di pusat dakwah di tengah kota raya. Solat Asar baru sahaja dikerjakan. Semua jemaah beransur-ansur meninggalkan surau di pusat dakwah itu. Hari-hari hujung minggu sebegini memang ramai yang mengambil peluang untuk keluar.

Anjing ?

Seorang lelaki tempatan yang asing sedang berdiri memandang saya. Rambutnya berwarna perang, sebelah telinganya ditindik, bersubang, gigi sedikit kuning, tangan berotot tetapi banyak kesan calar balar, berparut dan berseluar jeans biru.

Saya hanya tersenyum, “ya?”

“ustaz , ada duit RM9.50 nak saya nak balik rumah saya di baling” dia berkata sambil menggaru-garu belakang kepala, entah gatal atau apa. Mungkin malu.

Saya sedikit hairan, dalam ramai-ramai orang di situ. Dia memanggil saya. Perkara yang sering terjadi. kopiah saya telah lama tersimpan kemas di kocek baju.

Saya senyum sambil menghulurkan tangan. Ingin bersalam.

Tiba-tiba riak wajahnya berubah. kelihatan seperti terkejut besar.

Saya mengangkat kening. Apa?

“saya ini anjing, boleh salamkah?” terpacul kata-kata itu daripada mulutnya. Matanya menunjukkan keseriusan.

Saya tergamam. Benar-benar tergamam.

Cerita manusia di dunia

Saya tersengih, “ish, takada apalah. Boleh saja salam”

Tangan saya masih disua kepadanya.

Tangannya bergerak perlahan. Ingin bersalam.

“tidak haramkah? Tak kotorkah? Saya ini anjing?” tangannya berhenti.

“tidak ada apalah” saya bersalaman dengannya. Saya lihat tangannya bersih sahaja. Apa yang kelihatan hanyalah parut-parut di tangannya. Ibarat ditoreh dengan pisau.

Dia kelihatan terkesima. Mungkin sudah lama dia tidak bersalam, fikir saya.

“duduklah dulu”saya mempelawanya duduk di sebelah. Di tangga pintu masuk.

Dia duduk perlahan-lahan.

“Nak balik mana?” soal saya kepada lelaki itu. Umurnya sekitar 30an.

“nak balik baling ustaz”

“Ooo” reaksi sepontan saya.

Lelaki disebelah senyap.

“Ustaz , apa saya nak buat ustaz? Bini saya tidur dengan lelaki lain” tiba-tiba dia menyoal saya. Wajahnya memandang ke hadapan.

Saya senyap. Fikirkan jawapan yang terbaik. saya ini belum berkahwih, dia bertanya tentang bab ini. Saya hanya mengangguk perlahan.

“kalau dia tidur dengan orang lain teruk, ini dia tidur dengan lelaki-lelaki banggla” kes semakin rumit.

Dia mula bercerita lebih lanjut. Tegak bulu roma tengkuk saya. Semuanya mengejutkan.

“ceraikan saja” saya membuat kongklusi berdasarkan pengamatan saya. Bagi saya, tidak ada guna mengekalkan perkahwinan dengan seorang penzina. Jika kisahnya kisah yang betul.

“sudah ustaz, saya ceraikan dengan talak satu” balasnya dengan muka yang keliru. Tangannya kembali mengaru-garu kepalanya buat kesekian kalinya.

Dipendekkan cerita, memang agak banyak topik yang dibincangkan.

Dia berkata dia pernah ‘bunuh’ orang. Selepas itu, dia membetukan, bukan bunuh cumanya bagi patah sahaja. Susuk tubuhnya membenarkan kata-katanya. Saya bertanya adakah dia ada kumpulan, dia menggeleng.

Tempat paling jauh pernah pergi? Australia katanya. Saya menguji, fasih bahasa enggeris? Dia membalas dalam bahasa English. Lambat-lambat, tapi memang bahasa English. Saya duga lagi, American or British? Dia menjawab british. Saya terus menduga,takkallam a’rabi?

Kali ini dia kantoi. Tidak pernah bercakap arab. Dia membalas dalam bahasa Russia. Mungkin dia menganggap bahasa yang saya tuturkan tadi ialah bahasa Russia. Saya ketawa kecil.

Selepas itu dia mula bercerita tentang dirinya. Dia merupakan orang yang tidak baik, itu katanya. Macam-macam yang pernah dia lakukan. Kadang-kadang dia bertutur dalam bahasa English. Kadang-kadang melayu biasa. Menarik.

Fikir saya, dia ini asalnya kaya. Namun kini jatuh miskin. Mungkin begitu. Dia kelihatan berat untuk menceritakan kerjanya yang terdahulu.

Dia juga bercerita dia pernah ke pusat zakat, tetapi tidak diendahkan. Begitu juga nasibnya di pusat kebajikan. Tidak diendahkan dan dihalau.

Dia berkata dia ingin pulang ke kampung berjumpa ibu dan neneknya. Saya berkata, “that good. Not everybody have the chance to make good deed to their mother. And also, not everybody have family. Sometime, they just live alone. Alone without anyone or anybody that have blood related family. Thank God, You still have your mother. (itu bagus, bukan semua orang ada peluang untuk berbuat baik kepada ibu mereka. Dan lagi, bukan semua orang ada keluaga. Ada orang yang hidup seorang diri,tanpa sesiapapun yang mempunyai pertalian darah dan keluarga. Alhamdulilah, kamu masih ada ibu”

Pada ketika itu, saya dapat melihat matanya berkaca.

Bayangkan saja, badan seperti kereta kebal, tetapi, hatinya sangat lembut.

“manusia sentiasa boleh memilih” saya cuba memberi semangat.

“Sama ada mahu menjadi bad (jahat) atau…” kata-kata lelaki itu tersekat disitu.

“atau Not Bad (tidak jahat)” saya menambah sambil ketawa kecil. Dia ini memang tak suka menggunakan perkataan Good (baik).

Terkoyak juga ketawa daripada bibirnya.

“awak sekarang tidak jahat, sebab awak duduk disini, tidak menganggu sesiapa pun. Awak juga boleh saja pukul saya, tapi awak pilih untuk ‘tidak’. Jadi, manusia memang mempunyai pilihan”

Dia terkedu.

Apa pilihan awak?

Saya bertanyanya.

Saya sekadar memberikan sedikit wang, selebihnya berusahalah sendiri.Carilah kerja. Kerja setiasa ada bagi yang mencari.

“you can change! I know you can (awak boleh berubah, saya tahu awak boleh)” saya memberanikan memegang bahunya. Memberi semangat sebelum berlalu pergi.

Setelah memberi salam, saya bergerak pergi. Amanah lain perlu diselesaikan.

Lelaki itu hanya mengangkat tangan.

Itu pilihan dia. Apa pilihan kita?

Adakah kita akan terus mengabaikan golongan ini? Memulau tanpa membantu? Mencemuh tanpa menasihat? Berasa diri mereka hina dan kita mulia?

Kita boleh pilih untuk bantu mereka kembali kepada Allah.

Atau kita boleh pilih untuk meninggalkan mereka hanyut tanpa bantuan.

Apa pilihan kita??

p/s: ini kisah BENAR!!


4 17 ulasan:

Anonymous said...

aku ada kawan yg hisap dadah kat jordan ni.nmpak gayanya aku sorg ja yg dia sanggup cerita sai hal ni.tak syak lagi,rasanya aku la satu2nya yang wajib nasihatkan dia..aku dah mntak nasihat ustazah Faris.tapi,nampak gayanya,aku yg akan ikut jejak langkah dia..

pilihan aku?

ntah la sahabat..aku dah letih la memilih..sama ja pilih atau tak sebab keputusan bukan kat tgn kita.

kalau dia tu anjing,aku ni babi.boleh ka binatang macam ni nak nasihatkan orang yang ambil dadah supaya berhenti?

sedangkan dia tu 30 juzuk dalam dada,diploma DQ..

-kuala lanjut-

albanaT said...

Allahu Rabbi,

payah memang payah. tapi ini patutnya,

apa pendapat ustaz ttg dakwah time kita jalan2 terjumpak org kapel? nak buat mcm mna ustaz?
nak sergah ka habaQ baik2

dilema budak medic T_T

khaliFah_maahad said...

Dalam hadis Anas bin Malik, Nabi bersabda:
“Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi“.
lalu sahabat bertanya: “Aku akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimana aku menolongnya jika dia yang zalim?”
Nabi menjawab:”Kamu menghalang dia daripada kezalimannya. Itulah bentuk pertolongan kepadanya“.
(HR Bukhari dan Muslim)
Sumber-http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/pelbagai/16-002/

to -kuala lanjut-

Ya Allah bantulah kami.

khaliFah_maahad said...

buat saudari albanaT, cuba hayati http://khalifah1412h.blogspot.com/2011/09/itu-pakwe-saya.html

payah memang payah, tapi tak semestinya kita berdiam diri kerana payah.

InsyaAllah, Allah bersama kita.

caiyok~

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.