Sunday, April 24, 2011

Sembahyanglah kamu




Sembahyanglah kamu,
Selagi jasad dan ruh masih bertemu,
Hadiah agung buat kamu,
Kiriman Tuhan melalui Nabimu,

Takkan berdiri tegak jasad kamu
Tanpa tulang belakang yang satu
Begitu juga pasak agamamu
Ranap runtuh tanpa solat yang diseru

Saban hari saban waktu
Sang bilal menjadi penyeru
Menyeru manusia ke arah yang satu
Sembahyanglah kamu sebelum nyawamu berlalu

Biarpun bersungguh sang bilal menyeru
Dibantu kudrat daie yang bersatu
Ramai manusia masih keliru
Keliru dan buntu kepada yang perlu

Tidakkah kalian tahu?
Solat itu pasak agamamu
Pencegah maksiat daripada berlaku
Mencerah hati yang hitam seribu

Mana mungkin kalian terlepas seru?
Tiap waktu kalian diseru
Cuma yang membezakan pada hatimu
Cerah gemilang jika kau mahu

Cuma apabila hati keras membatu
Takabbur sombong pada Yang Satu
Kalian tegar meninggalkan solat itu!
Hanya kerana dunia yang menipu

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku
Ajal maut siapa yang tahu
Boleh menerpa tak kira waktu
Insaflah tika masih ada waktu

Tolonglah sahabatku
Tolonglah dirimu
Kasihanilah hatimu
Hargai waktu hayatmu

Solatlah selagi ada waktu…..

(sedih memikirkan golongan yang beragama islam yang bangga meninggalkan solat )

Daripada pengamatan saya, ramai anak muda kini tidak solat.Bahkan ada yang tak kisah dan tak tahu cara bersolat. Saya sedih,amat amat sedih. Patutlah bangsa kita lemah, lemah bangsa kerana lemah agamanya. Saya amat berdukacita..

5 17 ulasan:

Anonymous said...

terbaek!!

cuwan canopy services said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

thanx ...
_fatin radzuan

Anonymous said...

solat zaman la nie kena buat kempen besar2an.... teruskan khalifah..takbir!!

khaliFah_maahad said...

InsyaAllah,
tolonglah juga ya.
tolong agama ALLAH!

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.