Monday, December 20, 2010

Sekadar untuk menjadi seorang hamba


Sekadar untuk menjadi seorang hamba

Apa bezanya antara manusia yang mengetahui dirinya hamba dan manusia yang merasai dirinya hamba? Manusia pertama sekadar tahu, dan manusia kedua pula bahkan merasa dirinya hamba. Tentu besar bezanya bukan? Marilah kita semua mengajak diri kita merenung sejenak, sekadar 5 minit daripada 1440 minit masa harian kita.

Manusia yang mengetahui dirinya hamba
Boleh dikatakan, semua orang yang mengaku islam mengtahui dirinya hamba. Sebagai contoh, apabila kita menderma kepada mana-mana agensi agama dan kebajikan, nama sang pemberi ditulis sebagai ‘hamba Allah’. Begitu juga di masjid-masjid, apabila ada kehilangan barang, pengumuman pastinya berbunyi ‘kepada mana-mana hamba Allah yang kehilangan ….. sila berjumpa tuan imam utnuk menunutnya kembali’ .begitulah lebih kurang. Saya juga kadangkala apabila ingin menyembunyikan ‘dentiti’saya, saya sekadar mengaku sebagai Abdulllah (hamba Allah dalam bahasa Arab). Oleh itu, bolehlah saya menyatakan bahawa semua orang mengetahui perkara ini.
Tetapi persoalannya, mengapa masih banyak maksiat yang terang, nyata lagi bersuluh sengaja dilakukan oleh kita si hamba Allah ini? Adakah hamba yang sebenar akan melanggar arahan dan suruhan Tuannya sesuka hati, namun apabila ditanya, dia menjawab dia adalah hamba Tuannya itu. Pelik bukan? Sebagai contoh, seseorang amah a.k.a pembantu rumah, tidak selayaknya digelar amah jika segala arahan majikannya a.k.a tuan rumah dilanggar sewenag-wenagnya. Disuruh memasak, dia menonton TV, disuruh membasuh kain, dia membaca komik, disuruh menjaga anak, dia terajang anak, dan apabila cukup bulan , gaji sentiasa mahu. Jika begini gelagat pembantu rumah, tak hairanlah ada yang di’ajar’. Pasti syarikat yang membawa amah jenis ini cepat gulung tikar.Tentu saja tuanya tidak muhu mengaku yang amah itu, ialah amahnya, Manakan tidak? disuruh , ingkar .Sekadar mengaku tidak cukup. Apa agaknya perasaan kita jika Allah tidak mengaku kita ini adalah hambanya? pasti sedih tak sudah, kita hanya ada SATU TUHAN dan Allahlah tuhan kita itu. Tiadalah dua baginya.Nauzubillah min zaalik
Tetapi, semua amah sepatutnya bukan sekadar tahu dia adalah aman tuannya, tetapi juga merasai dirinya adalah amah tuanya. dengan itu, barulah dia dapat bekerja dengan lebih tekun dan amanah. Bukan sahaja mendapat gaji, bahkan disenangi oleh tuanya.

Manusia yang merasai dirinya hamba
Apabila manusia merasai dirinya adalah hamba Allah, dia akan merasai perasaan memiliki dan dimiliki. Apa yang dimiliki? Amanah.Siapa pula yang memiliki dirinya? Allah tentunya. Maka dengan perasaan ini, akan timbul sifat IHSAN. Apakah itu sifat IHSAN?
“IHSAN ialah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika tidak dapat melihat-Nya yakinlah bahawa Dia melihatmu”
(Riwayat al-Bukhari)

Bukan mudah untuk berasa sebegini. Perasaan ini memerlukan kita untuk merasai dan mengetahui tujuan asal kita kesini, dan ke mana kita seterusnya. Saya tidak becadang untuk memberatkan fikiran dengan perkara-perkara ‘tasawuf’ seperti ini, tetapi ingatlah, Awal agama ialah mengenal Allah. Dan soalan seterusnya ialah, adakah kita berusaha untuk mengenal Allah, Tuan kita?
Jika jawapannya ya, maka teruskanlah wahai saudara, semoga Allah mengizinkan untuk kita mengenalinya . Dan jika jawapannya tidak, beristigfarlah, kembalilah, mari ke sini semula, selagi mana matahari tidak terbit daripada Barat dan nyawamu tidak sampai di kerongkongmu, masih ada harapan untuk bertaubat kembali. Semua orang adalah pendosa, maka sebaik-baik pendosa ialah mereka yang selalu bertaubat.

Pilihlah yang mana satu.
Adakah anda memilih untuk sekadar tahu kita semua dalah hamba Allah? , Atau merasai kita adalah hamba Allah? Saya akan memilih yang kedua, dan saya akan berusaha untuk merasai diri saya adalah hamba Allah. Marilah kita bersama-sama berusaha, bukannya banyak, sekadar berusaha untuk MERASAI DIRI KITA ADALAH HAMBA ALLAH. Semoga Allah reda.

3 17 ulasan:

Cik tikah said...

diriku menghambakan kepadaNYA

khaliFah_maahad said...

semoga Allah redha

Unknown said...

assalamualaikum ya akhi..subhanallah..cantik skali sntuhan..mmg trkesan..moga hati2 kite sntiasa dlam pimpinannya..mohon kbenaran utk pnjangkan ia ke blog sye..syukran..may ALLAH bless you..

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.