Tuesday, April 14, 2009

Lelaki Mukmin Yang Hampir pupus

Lelaki Mukmin Yang Hampir pupus


Lelaki,
Kita ini yang pertama diciptakan,
Adam manusia pertama Nabi pertama,
Mereka yang kedua dan hiasan dunia,
Hawa muncul dari tulang rusuk kita,

Rijal,
Kita IMAM di mana sahaja,
Di masjid, Surau bahkan Masjidil Haram,
Mereka makmum penyokong setia,
Setia, taat , sopan dan tertib,

Muslimin,
Kita benteng pertama di medan Jihad,
Korbankan jiwa bahkan nyawa,
Meraka sumber semangat dan kasih sayang,
Tulang belakang yang mengukuhkan langkah kita,

Tapi,
dan tapi,
dan masih lagi tapi,

Apa sudah jadi?,
Kiamat amat hampir sekali,
Mereka menggantikan kita,
Hampir-hampirlah,
walaupun Masih wujud kita di celah mereka,
Kenapa?

Kemana perginya Umar Al-Khattob yang tegas?
Kemana hilangnya Salahuddin si pembuka Al-Quds?
Dimana semangat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna?

Kemana kita?
Dimana kita?
Pupuskah kita?

TIDAK!
TIDAK!

Aku masih ada,
kamu masih ada,
kita masih ada,

Akan aku teruskan perjuangan mereka,
Perjuangan Lelaki Mukmin yang hampir pupus,

khaliFah_maahad
IC
6.45p.m.
14.4.09

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.