Wednesday, April 22, 2009

Arak yang mudah didapati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemgasih Lagi Maha Penyayang

Semalam ana bersama al-kahttat pergi sebuah Superstore yang paling terkenal di kawasan ini. Tujuannya adalah untuk membeli kertas ‘mahjong’ kerana sahabat ana memesan agar membelinya untuk dia. Katanya ada ‘persent’ esok di dalam kelas. Sambil al-khattat naik ke tingkat atas untuk membri tempahan, ana merayau-rayau di tingkat bawah. Mungkin ana pada waktu itu sedikit lapar, ana pergi ke kawasan makanan

APA NIE?


Ayat yang keluar dari mulut ana. Satu bahgian itu dipenuhi dengan arak. Dan tepinya pula adalah air minuman mineral. Ana berfikir seketika, betapa jijiknya apabila kita meminum air mineral yang I sebelahnya ada arak! . arak dalam bahsa Arab yang kasar ialah ‘air kencing Syaitan’ . Air kencing adalah sesuatu yang sangat jijik, ditambah pula dangan Syaitan. Lagi-lagilah jijiknya itu. Hanya di tulis di situ ‘TIDAK HALAL’ sahaja..

HARAM

Apa yang dimaksudkan dengan ‘tidak halal’ itu? Ya, jawapannya HARAM. Tetapi mengapa tidak ditulis saja ‘HARAM’ tetapi hanya ditulis ‘TIDAK HALAL’ . ini adalah satu penggunaan ayat penyedap saja. Contoh lain adalah seperti ZINA, ditukar kepada ‘hubungan seks bukan suami isteri’ atau khalwat sahaja. Penzina menjadi ‘GRO’ . Maka, masyarakat kini akan ‘terlupa’ denagn betapa seriusnya perkara itu .

MURAH JA

Ana beredar dari situ dengan kekesalan. Tetapi, selepas beberapa langkah, ana berhenti kembali, ‘RM1.00’. aik? Murahnya…. Air apa tu?
JOLLY……………….mengandungi kan dungan alcohol tidak melebihi 1%

APA! Ni pon arak?. Begitu murah . Bahkan diletakkan di bahagian depan sekali. Sekali pandang, rupanya seperti air minuman berkabonat yang lain. Tetapi sebenarnya ia ialah ARAK yang JIJIK!

TAPI..

Apa yang boleh kita buat? Superstore ini dimiliki oleh non-muslim. Dan tak dak dah Superstore yang lain di kawasan ini. Hadis Nabi jelas menyatakan Allah melaknat sesiapa sahaja yang terlibat dalam Arak ini. Sama ada pemerah anggur, penghantar, pembalut, penjual dan pembeli, dan sesiapa saja yang terlibat. Kita berada digolongan mana? Kita membeli (support) kedai ni. Walaupun kita tak beli Arak tu . Macam mana nie?

TANGGUNGJAWAB

Dalam sudut Fiqh, ada pekara yang dinamakan ‘Darurat’. Ini dimana kita tak mampu mendapatkan sesuatu itu atas sebab tak wujud ataupun takmampu’ .
Kita tak mampu, kecuali jikalau mampu untuk mencari tempat lain, pergilah. Elakkan terlibat dengan semua ini. Syubahah jaga ..

(nota)
Semua yang ditulis ialah pendapat khaliFah semata-mata berdasarkan sedikit Ilmu yang ada. Sebarang kesalahan mohon ditegur.
“KITA HIDUP DI AKHIR ZAMAN. ZAMAN YANG MANA ISLAM AKAN TERUK TERUJI”

1 17 ulasan:

Anonymous said...

ermm..
actually,air mineral tepi arak tu mmg dh lama..dr sblm superstore di`modified` lg...mula2 mmg agak terkejut..
psal air cm air bikarbonat tu,ari tu bru terperasan..bru nk tgk air apa snbrnya tu..murah sgt..tgk2..tu dy..TAK HALAL..slamber ja ltak kt depan tu..budak2 yg xtaw apa2 bleh jd ambik air tu..bagi kt mak,bayar..then,faham2 je la budak tu minum air apa..nauzubilah..

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.