Saturday, February 28, 2009

Lembu VS manusia

Dengan Nama Allah ynag Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

'Jaga lembu senang lagi daripada jaga manusia' Ayat keramat oleh seorang senior ana dan ayat yang sering ana jadikan contoh. Kenapa? tak kan lembu lebih mulia daripada manusia? tak pun nak kutuk orang je ni?

Tak. Ini bagi ana memang Fakta! bak kata Sir Nalla" Fact is painful" hehe. Kenapa ana kata ni fakta?. yang pertama dan yang terpenting, manusia ada akal dan lembu tidak! manusia ada ego dan lembu tidak! manusia merungut dan lembu tidak! Manusia suka membantah dan lembu tidak!

Wau! ni melampau ni. Lembu lebih hebat dari kita. Tak! ana kata macam ni sebab nak habaq kerumitan seseorang itu untuk memimpin golongan yang banyak dibawahnya. Contoh, ketua rumah sewa menjaga ahli rumah, ketua pengawas menjaga pelajar Dll. Sanagt payah dan susah. Kita perlu paham hati dan perasaan orang yang dipimpin ni. Bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati siapa yang tahu' Betul tak ?

Lirik hari ini

Fenomena UNIC


Fikiran ku melayang jauh
Ku renungkan sesuatu
Kisah yang kabur dipandangan

Ku lewati di dalam diri
Di fenomena ini
Tak henti jua berkali terjadi

*
Ada sidis yang mengguris
Selama berdiam diri
Hati membahang di dalam
Bagaikan api di dalam sekam

Masih ada pura-pura
Meniti pelusuk alam
Walau cuba dibajai
Namun masih ada yang berkeluh kesah

Setulusnya hati ini
Menulis silaturrahim sambungan rantai
Kerinduan simfoni syahdu
Menjadi teman diri

Kasih saudara jadi pudar warna
Kerna hasutan semalam bisa kau berlalu
Pergi......

(ulang dari *)

Mengapa perlu sengketa
Biarkan ia pergi

Sekadar Perkongsian


lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’~Sekadar Perkongsian~

Kepimpinan

Kepimpinan dalam Islam
www.iluvislam.com
Kiriman: akrimimathwa
Editor: b_b


I. Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin. Fenomena kepimpinan dapat dijelaskan melalui konsep-konsep dasar berikut:


1. Kepimpinan adalah suatu daya yang mengalir dengan cara yang tidak diketahui antara pemimpin dengan pengikutnya, mendorong para pengikut supaya mengerahkan tenaga secara teratur menuju sasaran yang dirumuskan dan disepakati bersama. Bekerja menuju sasaran dan pencapaiannya memberikan kepuasan bagi pemimpin dan pengikutnya.
2. Kepimpinan juga mewarnai dan diwarnai oleh media, lingkungan, pengaruh dan iklim di mana dia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruangan yang hampa, tetapi suasana yang diciptakan oleh pelbagai unsur.
3. Kepimpinan sentiasa aktif, namun boleh berubah-ubah darjatnya, kepentingannya dan keluasan tujuannya. Kepimpinan itu bersifat dinamik.
4. Kepimpinan bekerja menurut prinsip, methodologi dan matlamat yang pasti dan tetap.

bersambung.....

Selendang Merah?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selesai sudah satu lagi program yang dijalankan keatas kami. Sekali lagi dalam tahun ini ana menjadi peserta. Tapi, jadi peserta ni kadang-kadang seronok. Sebab kita yang kena ja, tak perlu pikiaq sangat. Kalau jadi fasi, pening kepala nak pikiaq pasal peserta-peserta, modul, makanan dll.
Tapi, program kali ni memang program yang sanagt menarik untuk dikenang selamanya. Kem ni melatih kami untuk berfikiran lebih matang dan peka. Wala' juga faktor yang utama dalam kem ni. Dan ketahanan fizikal dan mental sering saja di uji. Maka, akan bertambah baiklah keseluruhannya seseorang itu apabila pulang. InsyaAllah.

Friday, February 20, 2009

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.
Written by admin from on February 20th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 20/02/2009 - HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dipetik oleh Pusat Media al-Bayan hari ini, Khamis (19/2) sebagai berkata, “adalah jelas tugas delegasi kongres Amerika ke Semenanjung Gaza adalah bersifat kemanusiaan,” sambil menjelaskan bahawa lawatan yang dilakukan oleh satu delegasi yang mempunyai kedudukan seperti itu ke Gaza merupakan satu langkah yang betul dan tepat.

Beliau menambah, “kami berharap agar lawatan itu diikuti oleh langkah-langkah lain yang menyumbang ke arah memperbetulkan polisi Amerika ketika menangani isu Palestin, boleh meneguhkan keadilan dan menghilangkan kezaliman yang sedang dialami oleh rakyat Palestin dan kaum keluarga kami di Gaza hasil daripada polisi-polisi Amerika yang silap sepanjang pentadbiran lalu yang memaksakan syarat-syarat kuartet (Amerika, Kesatuan Eropah, PBB dan Rusia) yang menjadi sebab kepada kesengsaraan rakyat Palestin dan memberikan alasan yang kuat kepada regim Zionis untuk melakukan penyembelihan ganas di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.