Friday, February 20, 2009

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.
Written by admin from on February 20th, 2009 | 0 Comments

Jumaat , 20/02/2009 - HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Fauzi Barhoum, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dipetik oleh Pusat Media al-Bayan hari ini, Khamis (19/2) sebagai berkata, “adalah jelas tugas delegasi kongres Amerika ke Semenanjung Gaza adalah bersifat kemanusiaan,” sambil menjelaskan bahawa lawatan yang dilakukan oleh satu delegasi yang mempunyai kedudukan seperti itu ke Gaza merupakan satu langkah yang betul dan tepat.

Beliau menambah, “kami berharap agar lawatan itu diikuti oleh langkah-langkah lain yang menyumbang ke arah memperbetulkan polisi Amerika ketika menangani isu Palestin, boleh meneguhkan keadilan dan menghilangkan kezaliman yang sedang dialami oleh rakyat Palestin dan kaum keluarga kami di Gaza hasil daripada polisi-polisi Amerika yang silap sepanjang pentadbiran lalu yang memaksakan syarat-syarat kuartet (Amerika, Kesatuan Eropah, PBB dan Rusia) yang menjadi sebab kepada kesengsaraan rakyat Palestin dan memberikan alasan yang kuat kepada regim Zionis untuk melakukan penyembelihan ganas di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.