Sunday, June 17, 2012

Konsert Maher Zain 2012



Alhamdulilah.

Rezeki Allah dapat juga ke Konsert Maher Zain di Stadium Merdeka. Syukur juga dapat tiket percuma daripada ikim.fm .

Ke KL bersama sahabat karib, macam-macam situasi dan macam-macam manusia kami jumpa.

Di konsert , yang tak pakai tudang pun datang, bersemangat, turut bernasyid seiring dengan Maher Zain. Menarik, Maher Zain benar-benar menjadi  fenomena masyarakat.

Semoga Saudara Maher Zain terus maju dan sentiasa dalam rahmat Allah. sokong jangan tak sokong.

Kami sudah merancang, tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik.

Sempat juga jumpa DJ ikim, jumpa adik (Rashdan) dari UIA, jumpa Nye (Umar Qayyum) dan juga kawan lama yang lama tak jumpa , Wani Syara di Pet World.

Ada juga rezeki si Minimi dan Wati si kucing sebab dapat makanan kucing percuma ^_^

****


Berkelana di ibu kota di tengah-tengah malam, bermusafir, kali ini, benar benar bermusafir. Ada hikmahnya.  Semoga Allah mengira musafir kami ini sebagai ibadah. inysaAllah. Amin

P/s: letih untuk taip lebih panjang

Sunday, June 3, 2012

Men In Black & Men In White


Buat sahabat-sahabat bakal doktor dan doktor-doktor semua
kita bukan MIB yang tidak senyum

Kita senyum

Kita bukan hilangkan ingatan orang

kita ingatkan orang

Kita tidak tipu orang

kita beritahu kebenaran

Tujuan yang sama

menyelamatkan nyawa

kerana apa?

Kerana kita Men In White
(Doktor kan terkenal dengan White Coat)

^_^


P/s: Putih itu sunnah Nabi Muhammad
Senyum itu juga Sunnah dan ada pahala InsyaAllah


Wednesday, May 30, 2012

KERANA DIA SEORANG IBU (MUHASABAH)


kasih ibu tiada penghujung....
KERANA DIA SEORANG IBU

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.-ohmedia......


Ibu sememangnya bidadari dunia :) khalifah

Tuesday, May 29, 2012

Al-Fatihah Buat Dr Abdul Hamid







Kami Warga Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Abdul Hamid Haji Ahmad (Dean of MD AUCMS) atas pemergian beliau ke Rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin"

"Seluruh warga mahasiswa di AUCMS ISLAMIC STUDENTS ASSOCIATION (AISA) mengucapkan takziah terhadap keluarga Allayarham Prof Dr Abdul Hamid Hj Ahmad, Dekan MD AUCMS atas pemergian beliau ke rahmatullah hari ini. AISA mengajak seluruh warga AUCMS mendoakan kerahmatan dan keampunan ke atas roh Allayarham, ditempatkan di kalangan orang-orang soleh.Amin."

Siapa dia Prof Dr Abdul Hamid Hj Ahmad?

Arwah bukan orang biasa-biasa. Arwah seorang doktor pakar yang sangat baik dan guru yang sangat penyayang. 

Arwah ibarat ayah angkat kami. 

Dekan Fakluti MD AUCMS kami. Kami sangat akrab.

Walaupun sekadar sempat berguru dengan arwah kurang daripada setahun, namun ilmu dan buah fikirannya bermanfaat untuk sepanjang hayat.

Penyayang, ambil berat, penyabar,ceria, adil dan matang. Itu antara sebahagian sifat baik arwah.

Beberapa hari sebelum tarikh ini, saya sempat bertemunya seperti biasa. Arwah sentiasa ceria ketika bersama kami. Sesuatu yang pasti akan sentiasa di dalam minda saya,

"Dr Abdul Hamid, kali terakhir saya berjumpa dengan Arwah, dia tegur ejaan namanya yang kurang tepat. Bukan Dr Hamid, arwah kata Hamid itu nama Allah, tak boleh panggil mcm tu saja, maksudnya Al-Hamid -Yang Maha Terpuji . Arwah kata, kena ada 'Abdul' maksudnya 'Hamba'. Jadi Dr Abdul Hamid=Dr hamba Yang Maha terpuji. MasyaAllah, arwah sangat ingat dan teliti berkaitan hal ni. Saya sangat terkesan. Salah satu memori bersama Arwah Dr Abdul Hamid :'( "

Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

Amin

Al-fatihah

Tuesday, May 22, 2012

Ubat Hipokrit!! (dua wajah)


Bagi setiap penyakit, ada ubatnya. Semua orang tahu.

Namun, tak ramai yang tahu, kadang-kadang, walaupun kita sudah tahu ubatnya, masalah/Penyakit masih tidak selesai?

"Apekah?" (ayat kontemporari) :D

Berapa banyak perkara yang kita tahu penyakitnya dan kita juga tahu akan ubatnya, namun penyakit masih berterusan dan ubat terus berlonggokan~

Ini lebih kepada diri saya sendiri

Pharmacology 

Alhamdulilah, semesta 2 ini kami pertama kali didedahkan dengan subjek ini. Tentang ubat. Sangat menarik dan tak kurang juga memeningkan.

Namun, bagi saya, ianya amat dekat ataupun significant dengan kehidupan kita seharian.

Ubat, Penawar


Dua wajah

Walaupun sebaik manapun ubat tersebut, ianya masih boleh memberi kesan buruk kepada kita. Namun ini bukanlah alasan untuk tidak mengambil ubat!

Ubat yang diambil mengikut jadual dan jumlah yang betul, ianya akan menjadi benar-benar ubat.

Namun, jika ubat yang sama diambil tetapi tidak memenuhi krateria yang betul dan jadual yang betul, maka ianya akan menjadi racun.

Ini dapat disamakan dengan banyak aspek kehidupan kita.

Cinta itu juga dua wajah

Antara perkara yang terlintas untuk disamakan dengan ubat di sini ialah cinta. Mungkin ada yang sudah kata

"tu dia, jiwang dah!" "cinta lagi!" "Tak ada persamaan lainkah?"

Saya dengar, namun saya juga belia. Saya juga manusia. Dan manusia bukan malaikat.

Itu yang terlintas di minda saya.

Mengapa cinta itu ada dua wajah?

kerana jika pada masa yang betul, cara yang betul dan keadaan yang terkawal, maka ianya akan benar-benar menjadi UBAT.

Pernahkah anda mendengar, apabila seseorang itu kawin, hampir separuh agamanya sedah terbina, dan juga 'membina masjid"?

Itu apabila cinta menjadi ubat!

Namun masalah utama ialah kini kebanyakan cinta tidak menjadi UBAT bahkan RACUN!

Kerana cinta itu bukan pada masa yang betul, cara yang betul, dan juga kedaan yang tak terkawal. RACUN yang sangat berbisa!

Dan kita semua sentiasa terdedah dengan perkara ini.

Jadikanlah ubat, bukannya racun.

Mungkin ramai yang gembira, dan beria-ia mahu kawin , tetapi pernahkah kalian terfikir bahawa ada rujukan yang menyatakan dalam setiap 30 minit (secara kasar) akan terjadi 1 penceraian di Malaysia.

Dan itu adalah bukan satu berita baik. Sangat tidak baik!

Dan harapan saya

Agar saya, anda, kamu dan semua yang membaca dan bakal terbaca mengambil berat perkara ini. Cakna!

Agar Ubat benar-benar menjadi ubat
Bukannya ubat menjadi racun~

Segalanya dua wajah~

(membebel di tengah malam buta)

Cuba untuk menjadikan Ubat benar-benar ubat T.T

Amin


P/s: semua artikel saya adalah pendapat saya sahaja, bukannya hukum agama. Agama perlu dipelajari secara berhadapan dan berguru

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان (tambahan :) )

Wednesday, May 16, 2012

Adakah dia marah atau bangga?


Cuma terfikir
adakah saya yang dulu bangga akan saya yang kini?
Atau sebaliknya?

Manusia berubah
sama ada semakin baik atau sebaliknya

Iman manusia
Bertambah dan berkurang
Bertambah dengan amal kebaikan
Berkurang dengan maksiat

Yang penting
Semoga Allah redha 
saya yang dula
dan saya yang sekarang

:')

InsyaAllah amin


 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.