Friday, February 10, 2012

Drama Korea? Jangan lupa drama sendiri

Sedutan drama terbaru-Dingin Lavenda TV3 (adaptasi Novel GISB)


Skrin komputer terang seperti biasa. Menerangi kawasan sekitar dengan sedikit cahaya. Manakan tidak, kebanyakan lampu sudahpun ditutup kerana waktu yang sudah lewat.

Namun, jari jemari hari ini begitu bersemangat untuk terus berlari-lari di atas papan kekunci. Tetikus juga tidak kurang lincahnya.
CERITA MEREKA

Selalunya , perkara pertama yang dijengok apabila jalur lebar dipasang ialah e-mail. Melihat-lihat jika ada apa-apa berita yang penting. Pelbagai berita dan cerita.

Seterusnya blog. Zirah menziarahi blog-blog pilihan. Saifulislam dan Langit Ilahi tak pernah terlepas pandang.tak lupa juga sebarkanbahagia.blogspot Pelbagai cerita.

Kemudia ke ikim.fm. Menambah iman dan ilmu . Tafsir -Dr Zahazan, Indahnya Islam -Dr Muhaya dan banyak lagi. Pelbagai cerita dan sirah.

Seterusnya mungkin ke tonton.com.my. Hanya jika ada masa terluang dan benar-benar lapang, ataupun sekadar menghilangkan rasa mengantuk. Pelbagai drama dan cerita.

Jika masih lagi ada masa, maka filem-filem (terutamanya kartun) akan mengisi waktu. House MD, Doctor Heli, Team Medical dragon, dll. Pelbagai cerita dan drama.

Facebook baru. Dibuka tetingkap . lagi banyak. seribu satu cerita mereka di sana. Ada yang sangat bermanfaat, namun banyak lagi yang hanya membazirkan ruang dangan perkara-perkara picisan. Pelbagai cerita dan drama.

SATU persamaan

Semua itu cerita mereka!

CERITA KITA?

Mungkin ini yang paling banyak terlepas pandang. Kita hanya memenuhkan pemikiran dan otak kita dengan terlalu banyak CERITA MEREKA. Walhal, yang paling penting ialah CERITA KITA.

Apa yang kita buat?

Di mana masa kita dihabiskan?

Ibadah kita bagaimana?

Adakah kita Hero dalam CERITA KITA?

Watak baik atau buruk?

Adakah watak kita menyumbang kepada masyarakat?

Adakah watak kita seorang anak yang baik?

Adakah watak kita seorang manusia yang taat kepada Allah atau sebaliknya?

Bagaimanakah kita menguruskan kisah cinta kita?

Apakah agaknya pengakhiran CERITA KITA?

Happy ending atau tidak?

Redha Allah atau tidak?

ITU SEBENARNYA YANG PENTING, CERITA KITA.

Kita yang menjadi 'pengarah' CERITA KITA.

Sama ada mahu seperti DRAMA KOREA, DRAMA MELAYU, HOLYWOOD? Apa saja.

Kita yang pilih.

Awak.

Saya.


Bagi saya, kita melihat semua CERITA MEREKA untuk memperbaiki CERITA KITA.

Bukannya sekadar tenggelam dalam CERITA MEREKA hingga terlupa CERITA KITA.

Kerana kita tahu, mengapa wujudnya CERITA KITA.

Kerana Allah.

Hidup ini bukan sia-sia.

MUHASABAH~

^^

Just an idea~

Monday, February 6, 2012

Secebis Cinta Seorang Ummat


Dua tiga hari saya berfikir, bahkan mungkin seminggu sebelum tarikh Maulud Nabi,
"Apa yang hendak dicoretkan?"

Apa yang perlu dikatakan dan dicoret mengenai manusia agung ini. Terlalu mulia. Terasa hina tangan ini hendak menulis mengenai Baginda Nabi Muhammad. Bukan apa, dia manusia pilihan Allah, sedangkan kita ini , ibarat langit dan bumi bezanya kita.

Cintanya kepada kita masih lagi terasa sehingga kini, biarkan sudah leboh 1000 tahun dia pergi, cintanya masih terasa. Kata-kata sayangnya kepada umatnya tak pernah putus, pedoman dan hadisnya masih utuh dalam ingatan ulama kini, sentiasa disebarkan ke seluruh dunia.

Benarlah, dialah Rahmat ke seluruh Alam.

Wujudkah manusia yang mencintai mereka yang masih lagi belum ada? cinta kepada ummat yang akan datang? 1000 tahun mendatang?

Cinta yang benar-bener cinta.

Ambil berat dan risau tentang ummatnya. Berdoa untuk ummatnya.

Cintanya tak pernah malap.

masih menyala ,

dan akan terus menyala.

Manusia sebegini Agung, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keistimewaannya.

Kerana semua inilah saya kelu.




Hanya berselawat,

mengamalkan suruhan dan kata-kata baginda, kerana semua itu daripada Allah.

menghidupkan sunnah di mana saja selagi termampu

menyelak lembaran-lembaran kitab-kitab hadis

menyebarkan dakwah untaian kasih daripada baginda

hanya itu yang mampu

untuk membalas cinta baginda.


Teringat kata-kata seorang ulama,

"tiada dua kasih sayang(cinta Allah dan cinta Rasul), kecuali satu kasih sayang (cinta Allah dan Rasul itu satu) sahaja"

“O Allāh, shower blessings and peace and mercy on our master and chief - Muḥammad, the best of creation, and his family, with every glance and every breath, as many times as the number of all things encompassed within the knowledge of Allāh.”

Read more: http://islamic-quotes.com/page/3#ixzz1kgH6qzKO


Tuesday, January 24, 2012

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?


Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?





Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan denganzikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

“Apa bezanya?”

“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,”

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?”

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

“Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab coupling, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah coupling yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

"Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."

Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI terbaru, belum ada di pasaran.

[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).

Saturday, January 21, 2012

Sekitar Kem Pengawas Profesional MMAS 2012

Mudah mendengar. Tetapi mudahkah menghadam?


Sdr Muzakkir, sdr Abu Dzar, Akh Fitri Muzammil , sdr Hafiz dan sdr Faiz Zuhdi.
Teman seperjuangan

Berkongsi teknik, taktik dan politik dalam berdebat dan pengucapan awam


Bersama bantuan saudara Abu Dzar, saudara Ilham Ismail dan juga saudari Aiman Daud.
Tak sangka dapat berkongsi pentas.

Moderator slot debat, sangat mencabar

P/s: Bertolak pulang daripada Kepala Batas jam 12 tengah hari (kerana kelas dan sedikit 'salah faham'). Solat Jumaat di masjid dalam perjalanan. Berkampung seharian di Alor Setar sebelum pulang ke rumah setelah sekian lama bermusafir. ^^ Lillah InsyaAllah.

p/s: Peringatan, saya bukan lagi pengawas, semua hanya dalam lipatan sejarah.

Semoga kalian semua (para peserta) dapat menjalankan amahan dengan baik.

Jika perlukan apa-apa, insyaAllah saya selalu ada di Kepala Batas buat dua tiga tahun mendatang.


Wednesday, January 18, 2012

Sekarang, Mereka mahu kawal Internet pula.....


Setelah menjadi 'polis dunia' yang telah memporakperandakan dunia, mereka ingin menghancurkan dunia yang satu lagi.
Internet.

Mereka tahu potensi besar internet.

Tiada lagi maklumat percuma. Maklumat bukan untuk semua lagi.

Maklumat hanya untuk orang kaya.

Semoga uasaha mereka gagal

Maklumat lanjut di wiki(bahasa inggeris)

Thursday, January 12, 2012

Tekad Dua Dekad


Usai Dua Dekad
Apa hasilnya?
Setaraf, lebih atau kurang?
Bagaimana jika terus dipanggil pulang?

Aku bukan hamba nombor
aku yang menentukan nilai diri aku
bukan nombor


"Kita tidak boleh mengubah bilangan nombor itu
Tetapi kita boleh mengubah diri kita
Jadi
kamulah yang memilih berapa umur kamu
bukan nombor"


"mereka patut risaukan amal yang berkurang pabila umur bertambah"

Harapan saya tak banyak, cuma inginkan hati yang lembut untuk sentiasa merasi sentuhan hikmah Tuhan dan moga mataku ini mudah mengalirkan air mata keranaNya juga

Sekadar itu sudah cukup bahagia~
^^

Amin Ya Allah

Berikan kami kejayaan di Dunia dan Akhirat! ^^
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.