Friday, February 10, 2012

Drama Korea? Jangan lupa drama sendiri

Sedutan drama terbaru-Dingin Lavenda TV3 (adaptasi Novel GISB)


Skrin komputer terang seperti biasa. Menerangi kawasan sekitar dengan sedikit cahaya. Manakan tidak, kebanyakan lampu sudahpun ditutup kerana waktu yang sudah lewat.

Namun, jari jemari hari ini begitu bersemangat untuk terus berlari-lari di atas papan kekunci. Tetikus juga tidak kurang lincahnya.
CERITA MEREKA

Selalunya , perkara pertama yang dijengok apabila jalur lebar dipasang ialah e-mail. Melihat-lihat jika ada apa-apa berita yang penting. Pelbagai berita dan cerita.

Seterusnya blog. Zirah menziarahi blog-blog pilihan. Saifulislam dan Langit Ilahi tak pernah terlepas pandang.tak lupa juga sebarkanbahagia.blogspot Pelbagai cerita.

Kemudia ke ikim.fm. Menambah iman dan ilmu . Tafsir -Dr Zahazan, Indahnya Islam -Dr Muhaya dan banyak lagi. Pelbagai cerita dan sirah.

Seterusnya mungkin ke tonton.com.my. Hanya jika ada masa terluang dan benar-benar lapang, ataupun sekadar menghilangkan rasa mengantuk. Pelbagai drama dan cerita.

Jika masih lagi ada masa, maka filem-filem (terutamanya kartun) akan mengisi waktu. House MD, Doctor Heli, Team Medical dragon, dll. Pelbagai cerita dan drama.

Facebook baru. Dibuka tetingkap . lagi banyak. seribu satu cerita mereka di sana. Ada yang sangat bermanfaat, namun banyak lagi yang hanya membazirkan ruang dangan perkara-perkara picisan. Pelbagai cerita dan drama.

SATU persamaan

Semua itu cerita mereka!

CERITA KITA?

Mungkin ini yang paling banyak terlepas pandang. Kita hanya memenuhkan pemikiran dan otak kita dengan terlalu banyak CERITA MEREKA. Walhal, yang paling penting ialah CERITA KITA.

Apa yang kita buat?

Di mana masa kita dihabiskan?

Ibadah kita bagaimana?

Adakah kita Hero dalam CERITA KITA?

Watak baik atau buruk?

Adakah watak kita menyumbang kepada masyarakat?

Adakah watak kita seorang anak yang baik?

Adakah watak kita seorang manusia yang taat kepada Allah atau sebaliknya?

Bagaimanakah kita menguruskan kisah cinta kita?

Apakah agaknya pengakhiran CERITA KITA?

Happy ending atau tidak?

Redha Allah atau tidak?

ITU SEBENARNYA YANG PENTING, CERITA KITA.

Kita yang menjadi 'pengarah' CERITA KITA.

Sama ada mahu seperti DRAMA KOREA, DRAMA MELAYU, HOLYWOOD? Apa saja.

Kita yang pilih.

Awak.

Saya.


Bagi saya, kita melihat semua CERITA MEREKA untuk memperbaiki CERITA KITA.

Bukannya sekadar tenggelam dalam CERITA MEREKA hingga terlupa CERITA KITA.

Kerana kita tahu, mengapa wujudnya CERITA KITA.

Kerana Allah.

Hidup ini bukan sia-sia.

MUHASABAH~

^^

Just an idea~

5 17 ulasan:

nhdaughter said...
This comment has been removed by the author.
nhdaughter said...

btl 2...thanks 4 remind

Addien said...

Tidak mampu untuk mengulas lanjut kerana saya sendiri jarang menyibukkan diri dihadapan tv...adapun begitu ia wadah yang baik untuk memperoleh maklumat dan sebagainya..

berkenaan filem korea..saya melihat ia sebagai sesuatu yang kurang maslafah dan lebih mafsadahnya...terutama dalam kalangan muslimah, sehingga sebahagiannya menjadi obses kepada artis-artis korea dan jepun ini...

p/s- rasanya menonton drama korea itu sahaja sudah lebih lama dari membaca kalam Allah dan Rasulullah.

Nabi Hud a.s Dan Kaum Aad


wallahumusta'an....

khaliFah_maahad said...

ya , setuju sangat.

Kalam manusia ditatap selalu,
Kalam Tuhan ?

p/s: patut malu dengan Tuhan T.T

Addien said...

kalam Allah= Kalamullah= Al-Quran :)

barakallahufikum

jemput ke blog untuk menambah ilmu dan menyebarkannya, insyaAllah

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.