Wednesday, October 24, 2012
Buku Bulan Ini
Wednesday, April 18, 2012
Novel Cinta High Class
Monday, October 10, 2011
Buku Ustaz Azhar paling laris, 30,000 naskah terjual!!!!
Sebagaimana sudah dijangka, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.
Menurut universitipts.com, hanya dalam tempoh lima minggu buku itu diterbitkan. hampir 30,000 naskah sudah terjual. Ini satu rekod bagi industri buku negara ini.
Laporan itu memetik Pengurus PTS Islamika Sdn Bhd (PTS), Imran Azmi.
Berikutan ia laku keras, tidak semua permintaan kedai buku untuk mendapatkan buku itu, mampu dipenuhi jabatan jualan syarikat itu .
“Banyak penjual buku bergerak datang membeli secara pukal dan tunai di PTS. Mereka menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar Uztas Azhar memberi kuliah,” catat web berkenaan.
Universitipts.com menyifatkan faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku ialah populariti Ustaz Azhar sendiri.
Pada masa ini beliau adalah penceramah agama paling diminati ramai di negara ini.
Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.
Buku ini adalah kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.
Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.
Buku ini dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS.
Menurut universitipts.com, buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses suntingan dan dijangka dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Dipetik dari inimajalah.com
p/s: Juga boleh dibeli di Humaira Bookstore cawangan Kuala Terengganu (dalam Giant KT)
Jom Beli Buku Soal Jawab Ustaz Azhar!!
Tahniah Ustaz! semoga terus diberkati Allah dan terus menyampaikan ilmu. ^^
Monday, June 13, 2011
Hero yang zero?

HERO
Pengarang : Hilal Asyraf
Tebal : 485
ISBN : 978-983-097-285-5
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00
Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Ameer Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Ameer Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya?
komen saya. WAJIB baca, lebih menarik dari Superman, Batman,spiderman,cicakman dan segala 'man'. Ada islam di setiap perkara. Saya dah lama habis baca, sekadar perkongsian untuk semua.
Friday, January 7, 2011
Monday, November 8, 2010
Fikh Kerahsiaan wanita-WAJIB BELI untuk semua muslimah

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW ada menyebutkan: "Sebaik-baik perempuan itu ialah perempuan Ansar (penduduk asal Yathrib berbangsa Arab), mereka tidaklah malu untuk (belajar) perkara-perkara agama (Islam)".
Begitulah hendaknya bagi wanita-wanita Islam yang lainnya, tidak kira bangsa, warna kulit mahupun bangsa mereka mesti mencontohi kegigihan wanita dari golongan Ansar ini. Sebagaimana perintah dari ayat hadis yang sangat popular, Tallabu ilmi faridhatun 'ala kulli muslim! (Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi Muslim)
Perkara-perkara agama di sini, tidak perlu dilihat dalam perspektif yang sempit. Ini kerana ia mencakupi apa juga tajuk selagi ia memberikan manfaat kepadanya dunia dan akhirat.
Bagi wanita Islam itu sendiri, mereka perlu mengenali diri mereka sendiri baik dari aspek bentuk fizikal sehinggalah hak-hak yang mereka harus nikmati dalam hidup ini.
Maka dengan adanya buku yang sebaik ini, iaitu Fikh Kerahsiaan Wanita, tugas untuk mengenali diri kaum ini menjadi lebih mudah. Ya, buku ini tidak sahaja sasaran pembacanya kepada kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki pun, jika mereka membaca buku ini adalah lebih baik lagi.
Tidak dinamakan lelaki itu sebagai pemimpin yang baik kepada keluarga misalnya, jika tidak mengetahui apa juga permasalahan orang yang dipimpin dalam keluarganya itu, iaitu terutama isteri dan anak-anak perempuan.
Penulis buku ini merupakan Profesor Fikh Perbandingan, di Universiti al-Azhar, Mesir yang pada kulit buku ini dirangkumkan makna mengenai tajuk buku ini, iaitu: "…memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan 'dalaman' yang difahami oleh setiap wanita mukalaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya mengenainya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati!"
Sedangkan tidak perlu malu sebagaimana mengambil pengajaran hadis, iaitu: "Ummu Sulaim isteri kepada Abu Talhah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran, adakah menjadi kewajipan ke atas seorang wanita untuk mandi wajib apabila dia bermimpi (basah?) Lalu Nabi pun menjawab: "Ya (wajib mandi) apabila melihat air mani keluar".
Begitu pun jika masih malu maka buku ini adalah terbaik untuk dijadikan rujukan utama kerana mungkin yang paling terjawab adalah dalam bahasa Arab sebagai bahasa utama dalam semua aspek perundangan dan peraturan dalam Islam.
Tetapi mujurlah anak ulama terkenal negara, Allahyarham Fadzil Noor, Ahmad Fauwaz mengambil inisiatif yang sangat besar menterjemahkan tulisan pensyarah beliau ini ke Bahasa Malaysia. Beliau disifatkan sebagai anak yang taat kepada Dr. Saadudin di samping pelajar yang menghargai ilmu dan para ulama.
Ahmad Fauwaz mahu memastikan ilmu gurunya itu dapat disebar luaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca seantero Asia Tenggara yang rata-rata bahasa ibundanya, Melayu.
Moga usaha Ahmad Fauwaz ini akan dicontohi oleh lebih ramai cerdik pandai demi menyedar dan memajukan ummahnya sendiri.
Buku ini dikatakan lengkap kerana ia begitu menyentuh setiap aspek hukum hakam membabitkan maslahah wanita Islam.
Walaupun dalam lingkungan 184 muka surat tetapi ia sarat dengan pelbagai perbincangan penting mengenai aurat-aurat wanita yang ada padanya pelbagai fiqh dan hukum yang wajib diketahui.
Dibahagikan kepada lima bahagian atau topik utama, iaitu;
* Hukum Bersuci, aurat dan berkhatan terhadap faraj wanita - menyentuh soal lelehan (discharge) faraj, aurat faraj dan khatan wanita.
* Hadas-hadas yang keluar melalui faraj - menyentuh hadas wuduk, hadas junub dan hadas dari darah-darah yang keluar (seperti haid, nifas dan istihadah)
* Hukum bersetubuh - menyentuh bersetubuh ketika wanita hamil dan hukum azal,
* Hukum-hukum berkaitan dengan wanita hamil, idah (cerai hidup mahupun mati) dan menggugurkan kandungan kehamilan.
* Hukum melakukan jenayah ke atas kemaluan wanita.
Topik-topik tersebut sangat relevan dengan kehidupan seharian seorang wanita dan malangnya ramai yang tidak mengetahui.
Ini termasuklah adakah mereka jelas mengenali perbezaan air mani, air mazi dan lain-lain jenis lelehan yang keluar, adakah dengan menyentuh faraj wanita lain, wuduk seseorang wanita itu turut terbatal?
Pelbagai persoalan mengenai darah haid, nifas dan darah-darah penyakit yang sering menimbulkan pelbagai kemusykilan kepada kaum wanita (dan kaum lelaki juga perlu ketahui).
Apa itu al Ghilaah, pembahagian atau jenis-jenis idah sehinggalah adakah wanita yang mati dalam keadaan hamil disifatkan sebagai mati syahid?
Segala persoalan mengenai wanita dijadikan maklumat-maklumat yang sangat penting dan menarik dalam buku ini.
Jaminan pemahaman 100 peratus terhadap pembaca sehinggakan tidak perlu merujuk secara bersemuka dengan yang pakar tidak dapat diberi.
Namun, sekurang-kurangnya ia memberi asas pengetahuan yang kuat malah mereka yang membaca buku ini pasti mampu menyebar atau berkongsi maklumat kepada kaumnya sendiri.
Tetapi jika dapat memanjangkan persoalan untuk dirujuk kepada yang lebih pakar adalah lebih baik. Ini kerana yang menulis mungkin tidak memahami sesetengah perkara yang membezakan wanita Islam mengikut negara.
Wanita di Malaysia mungkin tidak sama persoalan dan masalah yang mereka hadapi berbanding wanita Islam di Mesir misalnya.
Persoalan mengenai aurat-aurat wanita ini tidak boleh dianggap enteng. Ini kerana Islam sangat memartabatkan golongan wanita berbanding sesetengah masyarakat lain yang melihat wanita sebagai golongan rakyat kelas kedua, tanpa dipedulikan segala permasalahan mereka sehinggakan untuk menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak dianggap tidak layak!.(Utusan Malaysia 15 Oktober 2010)
Sumber
nota: Saya sudah memiliki buku ini, memang sangat berguna dan boleh katakan WAJIB milik untuk semua Muslimah, Dan boleh juga untuk muslimin agar kita boleh mengenal hukum hakam berkaitan mereka, kerana kita semua akan mempunyai isteri dan juga saudara wanita
Thursday, October 7, 2010
Friday, October 1, 2010
Sunday, May 30, 2010
Karipap-karipap Cinta

Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.
(nota: Ntah macam mana ana boleh minat nak baca buku tu. Mula-mula nampak menarik, karektor dan desinge yang 'comel'. hehe. Lepas tu, ada pulak seorang senior yang kerja di kedai buka kata lawak, dan ada graduan Al-Azhar, beli terus la. Isi dia menarik, hampir setiap baris lawak ( memang tujuan dia pon). Dan ada cerita sikit2 pasail Alwan comic (ana dok minat lama dah). Cuma hero dia tu, tak berapa hero. Mungkin dia dah pi belajar agama lepas Sarah(dikatakan mahasiswa Al-Azhar) setuju nak kawin dengan dia. Kenapa ana kata macam tu? nak tahu, baca sendiri la.)
Saturday, May 8, 2010
Sinergi- keimanan adalah paksi

Buku baru lagi. Karya Hilal Asyraf di langitilahi.com.Jalan cerita yang menarik, sesuai untk mereka yang akan melangkah ke IPT dan sesuai untuk mereka yang ingin ke luar negara. Padat dengan cerita persahabatan , dengan uslub dakwah islami yang cantik dan lembut lagi berhikmah. Diselit dengan sedikit kisah cinta fitrah islami. Pendek kat, Sinergi memang ber'energy'. Dan, syukran untuk Ruhan kerana memperkenalkan buku ini.
Keimanan adalah paksi
Offline dengan syaitan

ALHAMDULILLAH, Offline dengan Syaitan berjaya diterbitkan. Penulis banyak kali berperang dalam minda dan jiwa untuk membina kekuatan dalam menyiapkan tulisan kerdil ini. Ia bukan karya komprehensif mengenai memutuskan diri dengan gangguan syaitan, namun jika semua saranan dalamnya diamalkan, insya-Allah sifatnya menjadi komprehensif dan hampir sempurna beserta rahmat dan hidayah Allah.
Buku ini sebahagian besarnya dirujuk kepada karya Talbisul-Iblis oleh Abdur Rahman ibn Ali ibn Jaafar al-Jauzi (lebih dikenali sebagai Ibn al-Jauzi) dan ada kesinambungan dengan Online dengan Tuhan. Seperti yang saya sebutkan, cabaran terbesar dalam menangani gangguan syaitan adalah sewaktu sakaratul maut. Moga buku ini menjadi saham buat saya dan pembaca untuk selamat daripada gangguan tersebut dan seterusnya mati dalam iman dan Islam.
“Manusia yang berjaya adalah mereka yang mengisytiharkan perang ke atas syaitan. Senjata penting yang digunakan adalah senjata kerohanian. Saya yakin, buku Offline dengan Syaitan membicarakan tentang perkara-perkara ini. Buku ini menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya. Tahniah! Ia begitu relevan dengan kehidupan manusia terutamanya pada hari ini yang dipenuhi pelbagai cabaran.” (Dr Danial Zainal Abidin; Doktor perubatan, penulis & penceramah profesional)
(Komen)
Ini buku terbaru dalam koleksi ana. Best, sebab dalam bentuk santai tampa lari dari fokus asal iaitu lawan setan la.5 bintang! tahniah penulis
Sunday, April 18, 2010
Syarah al-Hikam Jilid 1

Syarah Hikam
Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf. Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.
Penulis
: Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri
Kod Katalog
: TBBK 1118
Kod ISBN
: 978-967-5102-35-6
Harga
: Semenanjung M'sia - RM50.00
: Sabah / S'wak: RM52.00
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul
Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.
Penulis
: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog
: TBBK 1111
Kod ISBN
: 978-967-5102-40-0
Harga
: Semenanjung M'sia - RM12.00
: Sabah / S'wak: RM14.00
(komen) Ini terbaru dalam koleksi ana.Buku ini ,memang tidak mengecewakan. Pada pandangan pertama, ayat-ayat dalam buku ni agak 'kejiwangan'. Namun, semakin banyak lembaran dibuka. Semakin menarik dan munasabah isi-isinya.Sesuai untuk semua peringkat umur, terutama kepada mereka yang 'sering' didekati penyakit 'cinta'. Saya bagi 5 bintang !!
Wednesday, March 10, 2010
Denyut Kasih Medik


Ini ialah Novel terbaru dalam koleksi ana. Setelah ana mendapat tahu Ustaz Zahazan pun promote buku ni ,ana terus cari dan Alhamdulilah , jumpa. Penulisnya ialah suami kepada penulis novel terkenal iaitu 'Tautan Hati'. Nak tahu lebih lanjut? beli sendiri la....
Komen: Novel ni menceritakan tentang keadaan dan situasi seorang doktor. Best, novel ni menguatkan semangat ana untuk jadi doktor. tapi, doktor gigi la (dentis). Siap ada perbahasan Fikh lagi, Mabruk!!!









