Cerpen
Kek Cinta Untuk Siapa?
oleh: M.Muhsin Hairudin
Matanya
melirik teliti ke arah muka surat itu. Resepi kek coklat kukus. Juga dikenali
sebagai kek coklat moist. Kegemarannya. Dalam masa yang sama, tangannya
mengapai-gapai apa yang diperlukan. Resepi itu dibaca sekali lagi.
Bahan-bahan kek coklat ialah 250gm Butter,3/4 cawan
gula,4 biji telur,2 cawan tepung gandum,3/4 cawan serbuk kok dan 1 cawan air
atau susu cair.
Siap!
Bahan-bahan coklat cair atau topping
pula ialah 1 sudu marjerin,2-3 sudu susu pekat manis,2-3 sudu serbuk koko dan
sedikit air.
Juga siap!
Tangannya perlahan-lahan menuang
tepung gandum itu sedikit demi sedikit ke dalam bekas . Teliti dan cermat.
Nampaknya sangat bersungguh-sungguh. Kadang-kadang lidahnya sedikit terkeluar.
Hasil daripada tumpuan yang tinggi.
“Amboi! Rajin lebih nampaknya anak
dara ummi hari ini? Buat apa itu?” suara si ibu tiba-tiba memecahkan tumpuan .
mukanya manis dengan senyuman.
“ Afza memang rajinlah ummi” balas si
anak sambil membetulkan cermin matanya. Matanya masih tertumpu kepada apa yang
sedang dilakukanya.
“Sampai tidak tengok muka ummi. Sibuk
sungguh. Muka itu pun sudah kena tepung” emaknya mengusik anak daranya itu.
Tangannya mengusap-usap lembut wajah anaknya yang comot itu.
“Betulkah?” Afza terkejut sambil mencari-cari cermin.
Comot sangatkah?
Emaknya ketawa. “Masih cantik, jangan
risaulah”.
Wajah Azfa terasa panas. Malu disakat
ibunya.
“Bukan apa ummi. Esok kelas Afza akan
mengadakan jamuan raya. Semua orang kena bawa makanan yang sedap-sedap. Jadi Afza
cadang mahu bawa kek coklat special. Sambil-sambil itu, bolehlah Afza
menunjukkan bakat memasak Afza yang terpendam. Kek ini dibuat dengan rasa cinta
dan ukhwah” katanya sambil tersenyum. Manis.
“Mari ummi tolong” emaknya
menghulurkan tangan. Senyum.
Hubungan mereka sememangnya akrab.
**************************
“Muzakkir
dapat universiti mana?” soal seorang lelaki kepada sahabat disebelahnya. Tangannya
memegang sebuah buku. Pandangannya lepas kepada pemandangan sawah di luar
tingkap.
“Mula-mula,
dia tidak dapat. Tapi, setelah membuat rayuan. Syukur, dia dapat asasi sains
hayat. Kalau tidak salah, di Universiti Kebangsaan Malaysia” sahabatnya yang
sedang memandu menjawab. Kereta berwarna hijau muda itu meluncur laju di lebuh
raya itu. Mereka dalam perjalanan untuk menziarahi seorang sahabat.
Meraka
diam.
“Kenapa
tiba-tiba tanya Rafiq?”
“Sekadar
mahu mengambil tahu mengenai pelajar junior kita” balas Rafiq.
“Itulah,
saya pun tidak sangka boleh dapat. Jika prestasi cemerlang pada peringkat asasi sains hayat,
bolehlah dia melanjutkan dalam bidang perubatan. MBBS di UKM. Bukan
calang-calang.”
“Padahal,
kelayakan kita dahulu pun lebih kurang sahaja dengan kelayakan dia. Tapi,
begitulah tidak ada rezeki namanya” sahabat disebelah menggelang.
“Kamu
ini mengapa Hasif? Gayanya seprti sedih sahaja?” soal Rafiq dengan muka
menyakat.
Terkoyak
ketawa di bibir mereka berdua.
“Banyaklah
engkau punya sedih. Aku pun baguslah dapat masuk matrikulasi. Cumanya tinggal
sekarang, kena rajin sahajalah” Hasif menjawab. Sekali sekala, matanya melirik
ke cermin pandang belakang dan tepi. Berhati-hati.
Tiba-tiba
sebuah motosikal memotong laju melalui lorong kiri. Stereng kereta dipusing
sedikit. Kereta mereka mengelak perlahan. Bahaya.
“Engkau
tengok itu! Tungang motosikal laju. Memotong di sebelah kiri. Bahaya betul!
Patutlah banyak kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal” Hasif
membebel kuat. Tidak puas hati.
“Sabarlah
Hasif. Kalau kita marah-marah atas kereta pun bahaya. Boleh kurang kewarasan”
kata Rafiq sambil tergelak. Lucu melihat sahabatnya yang jarang marah itu
berubah apabila memandu.
Mata Hasif
melirik tajam Rafiq. “Masalahnya bahaya. Dia dan kita ”
Rafiq
senyum kambing. “Tetapi, penunggang motosikal itu tidak dengar pun leteran
engkau. Tatapi aku”
“Yang
engkau bela sangat dia itu kenapa? Adik beradik engkau?” kata Hasif kurang
senang.
Balas Rafiq
“Aku pun penunggang motosikal juga”
“Tidak
adillah motosikal sahaja yang perlu berhemah. Tetapi semua yang berada di atas
jalan raya perlu berhemah. Barulah semuanya selamat. Tak gitu?” terang Rafiq dengan nada bergurau.
Ada
benarnya. Benak hati Hasif berkata.
“Sudahlah,
tengok GPS itu, awak perlu belok kanan sekarang” Rafiq mula menukar topik.
“GPS
aku ini memang hebat. Mahal tu!” riak muka Hasif berubah ceria sedikit.
“Engkau tahu apa maksud GPS ? Bukan Global Positioning system. Tapi, Guna
Pun Sesat”
Mereka ketawa terbahak-bahak. Memecah
suasana.
Hilang rasa marahnya. Dia ini bukannya jenis
yang marah berpanjangan. Mengingatkan hadis yang menerangkan bahawa nabi
berkata jangan marah sebanyak tiga kali.Perjalan mereka berdua penuh dengan
sembang-sembang yang baik. Sembang-sembang tarbawi.
*************************
“Apa? Afza
tidak boleh ke sekolah hari ini? Tetapi…” suara Afza tersekat. Terkajut.
“Ummi ,
ayah dan abang kamu akan keluar ke bandar. Ada hal mustahak. Urusan abang kamu
yang akan ke mesir itulah” terang ibunya.
“Afza
kenalah duduk dirumah. Siapa yang mahu jaga adik-adik kecil kamu ini jika bukan
kamu. Bukannya ayah suruh ponteng, tetapi tidak pergi sekolah atas sebab
musabah. Itu bukan ponteng. Ayah tahu Afza seorang pelajar yang baik” ayahnya
cuba memujuk.
“Tetapi
ayah. Kek itu..”
“Nampaknya
bukan rezeki kawan-kawan kamu hari ini. Mungkin boleh kamu simpan dahulu dan
bawa saja esok” ayahnya mengusap lembut kepala anaknya itu.
“Minta
maaflah sebab bagitahu lambat. Ummi pun tidak tahu. Tiba-tiba saja yayasan
islam yang menguruskan abang kamu itu panggil. Ada urusan penting kata mereka”
umminya cuba memujuk.
Afza
hanya diam.
Bukan
niat di hatinya untuk membantah. Cumanya dia sedikit terkejut. Setelah berpenat
lelah menyiapkan kek coklat yang dijanjikan untuk jamuan kelasnya. Dia memang
agak sedih jika hajatnya itu tidak kesampaian.
“Kak Afza”
satu suara kecil bersuara.
Afza
menoleh. Adiknya Nuha Izzatiyang baru berusia empat tahun berdiri ditepinya.
Tangannya memegang tangan Afza. Halus.
“Kakak
temankan kami ya” katanya perlahan-lahan. Matanya memandang tepat ke arah mata Afza.
Pipinya yang putih gebu itu menambah seri wajah tembamnya. Sangat comel.
Afza
mengangguk perlahan. Inilah yang dikatakan keluarga. Tanggungjawab yang sangat
besar. Juga satu amanah. Sahabat-sahabat karib terpaksa mengalah sebentar.
Keluarga lebih penting. Afza seorang anak yang solehah. Dia faham. Cumanya
seketika tadi dia terbawa-bawa oleh emosi.
“Afza
anak solehan kan?” Umminya kembali memujuk.
Afza
senyum.
“Nanti
belikan kami buah tangan ya ummi” kata Afza tanda setuju.
Umminya
kembali tersenyum. Syukur kepada Allah.
****************
Assalamalaikum
Hasif, awak ada di rumah? Saya mahu datang ziarah.
Rafiq
menaip pesanan ringkas kepada Hasif. Dia bercadang untuk menziarahi sahabat
karibnya itu petang ini. Menjalinkah ukhwah kerana Allah. Kebetulan petang itu
dia agak lapang.
Waalaikumsalam.InsyaAllah,
boleh. Ahlan wasahlan. Lepas asar ya.
Balas Hasif
ringkas dan mesra.
Petang
itu, Rafiq pergi ke rumah sahabatnya menaiki mosikal miliknya. Jalan ke rumah Hasif
agak berlopak dan berbatu. Maklumlah, laluan yang pernah menjadi laluan
lori-lori besar. Motosikalnya dipandu berhati-hati. Khuatir rim tayarnya rosak. Minggu lepas saja dia baru
tukar rim, kata mekanik, banyak masuk lopak. Nampaknya RM50 itu rezeki si
makanik itu.
Oleh
sebab itulah, dia menjadi lebih berhati-hati. Mencegah lebih baik daripada
mengubat. Lebih baik daripada wang melayang. Ini sekadar untuk motosikal, sudah
tinggi kosnya. Tidak tahulah jika kereta. Pasti lebih mahal. Fikiranya
merewang-rewang dalam perjalanan.
Ketibaanya
disambut oleh seorang kanak-kanak comel. Nuha izzati namanya. Rafiq yang memang
rapat dengan Hatif memang kenal keluarga sahabatnya itu. Mungkin tidak semua
nama diingatnya, tetapi jika berjumpa di mana-mana, dia dapat mengenali mereka.
Begitu juga sebaliknya. Nuha tersenyum dari jauh sambil memegang sebuah cawan. Mulutnya
menghisap penyedud minuman yang ada. Sangat comel.
“Abang Rafiq masuklah dulu” katanya
perlahan-perlahan sambil tangannya mengangkat tangan gaya memanggil. Keletahnya
memang melucukan.
Nuha
menunjukkan Rafiq ke ruang tamu. Kemas dan teratur. Nuha kemudian duduk di situ
sambil menemani Rafiq. Rafiq menggelengkan kepala melihat keletah Nuha.
“Nuha
makan apa ?” soal Rafiq ramah. Gaya kanak-kanak.
“Ais
krim” jawab Nuha sambil menyedut penyedut minuman.
“Gigi
mana?”usik Rafiq.
“Amboi Rafiq,
menyakat adik saya” suara Hasif tiba-tiba mencelah.
Hasif
kelihatan baru sahaja keluar daripada dapur. Tangannya memegang dulang yang
terisi jar air, dua gelas cawan dan sedikit kuih muih. Dia memang bertanggung
jawab. Tidak menyuruh adiknya Afza untuk menghidangkannya. Adik perempuanya itu
dijaga sebaiknya.
“Susah-susah
saja Hasif. Niat mahu ziarah sahaja” kata Rafiq berbasa-basi.
Sambil
menghidangkan juadah, Rafiq menjawab “Bujang beriman”.
“Sebentar.
Ada satu lagi, kegemaran kamu” ujar Hasif sambil melangkah kembali ke dapur.
Apa
kegemaranku? Fikir Rafiq tertunggu-tunggu.
Sebentar
kemudian Hasif keluar daripada dapur membawa sesuatu.
Kek
coklat! Getus hati Rafiq.
Terkoyank
satu senyum besar di bibir Rafiq. Ya, ini memang kegamaranya.
“Tetapi
macam mana tiba-tiba boleh ada kek coklat?” soal Rafiq hairan. Seingatnya,
hajatnya untuk datang menziarah hanya dikhabarkan setengah jam yang lalu.
“Kebetulan
adik saya si Afza tu buat kek, makanlah. Saya tahu awak suka” balas Hasif.
“Dia
buat untuk saya?”
“Lebih
kuranglah. Begini, sebenarnya pagi tadi sepatutnya adik saya ada jamuan di
kelas. Jadi dia buatlah kek coklat ini khas untuk jamuan kelasnya. Dia buat
malam kelmarin, waktu kita berdua keluar itu”
“Habis
tu? Bagaimana ada di sini pula?” Rafiq kurang faham.
“Inilah
namanya rezeki. Pagi tadi, saya dan ibubapa perlu ke pekan .Urusan penting.
Jadi, Afza terpaksalah tidak pergi ke sekolah untuk menjaga adik-adiknya. Jadi
memanglah kek ini rezaki kamu” terang Hasif sambil mengusap-usap kepala Nuha di
sebelah.
Kek
khas untuk aku. Fikir Rafiq dalam hati.
Tiba-tiba,
Rafiq ketawa. Hasif hairan. Keningnya diangkat dua kali. Tidak faham.
“Kali
ini baru saya betul-betul merasa makna rezeki. Adik kamu penat-pent buat untuk
orang lain. Tetapi akhirnya, saya yang dapat makan. Alhamdulilah, syukur. Sedap
kek ini” katanya sembil mengambil sepotong kek.
Sedap.
Memang sedap.
“Adik
awak memang pandai masak. Beritahu dia, saya puji kek dia” kata Rafiq sambil
menjamu selera.
Di
dapur. Seseorang sedang mendangar perbualan mereka. Afza tersenyum manis.
Dipuji. Dalam
masa yang sama bersyukur kerana dapat menghormati tetamu.
4 17 ulasan:
inshaa Allah, nice to be read
assalamualaikum..aseef inche penulis...termasuk kali ni, ni kai ke5 post ni dibaca sjak post ni d'publish'kan..tp still x puas ht sbb walaupun dh cuba berkali2 baca tp still x blh nmpk apa yg inche penulis nk smpikan di sebalik post ni..saya percaya msti ad smthing di sbalik stiap hasil karya inche penulis kan??sy mngikuti post2 sblm ni n blh nmpk ap yg inche pnulis nk smpikan meskipun scara tersirat...
tp sejujur nya utk post kli ni sy x nmpk ap2...ermmm..mgkin slh diri sdiri...maaf andai terlalu jujur menberikan komen.
terima kasih Cik Tinky Winky :)
Sejujurnya, motif utama cerpen ini dalam satu ayat
"rezeki itu rahsia Allah, kita hanya berusaha"
contoh daripada cerita ini, walaupun si pembuat kek jelas niat buat kek untuk orang lain, tetapi orang lain yang dapat akhirnya.
begitu. InsyaAllah lain kali saya akan cuba mudahkan orang ramai untuk faham. terima kasih banyak.
Terharu saya. 5 kali T.T
oh, sudah faham.
jzkk.
nmpk nyer tak perlu sy baca utk kali ke-6.
Post a Comment