Saturday, April 7, 2012

Cuti jangan sekadar goyang kaki sahaja~


Jom pergi jalan-jalan ^^

Pemuda dengan masa lapang yang kosong = buang masa+rugi+ Tidak efektif + maksiat hampir

Jadi  kepada diri saya dan sahabat-sahabat saya yang cuti sem ini.

Isilah masa dengan berfaedah :)

Contohnya :

1) Jalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan. Jauh perjalanan, luas pemandangan, eratkan hubungan, tambah keimanan ^_^  ( untuk yang pergi korea, thailand dan langkawi tu. Sabah juga bah~)

2) Alang-alang jarang balik, tolonglah kemas rumah. Mesin rumput ka, tolong sidai kain ka, basuh pinggan ka, perbaiki paip yang rosak ka, dll. Bukan selalu pun kan? lagipun, satu masa nanti, kita tetap kena buat semua itu. Uruskan satu rumah lagi~

3) Ziarah keluarga,kawan-kawan lama dan juga guru-guru lama anda. Umur kita akan panjang dengan memanjangkan silaturrahim dan ikatan persaudaraan. Rumah 'bakal' mertua pun boleh. Kalau beranilah :)

4)Baca buku. Prepare untuk sem depan? mungkin, baca sajalah.Kaki Novel bolehlah baca novel baharu ^^.  jangan buang masa.

5)Belajar agama. Alang-alang sudah cuti, maka kita tiada alasan lagi untuk tidak ke kuliah agama. Menonton Ustaz Azhar di You tube pun ok, tapi tidak cukup lagi. Agama perlu belajar secara berdepan dengan guru. Tok gitu? Guano~

6) Main game? Ya, saya main game. Game perang. ^^ Boleh tingkatkan deria kita, mentel, IQ dan juga belajar bahasa ongputih (English). Tapi, bila sampai waktu solat, berhentilah seketika dan solat. Lepas solat, sambunglah perang~ >_<

7)Apa khabar haiwan kesayangan anda? Camaq? kura-kura? Hamster? Kucing? apa-apa sahaja pun boleh.  Ingat, Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi ^_^

8)Pergi Kem? Perkemahan ? Program ? jika berkesempatan, sangat dialu-alukan. (Selamat untuk kawan-kawan yang akan ke PPD camp ^^)

9)Fb dan tidur? Yang itu waktu belajar pun boleh. kan?

Jadi, pastinya anda ada cadangan yang lebih baik dan banyak lagi. Tak kisah, yang penting!

JANGAN BUANG MASA ^_^

selamat bercuti

happy holiday~

5 17 ulasan:

Anonymous said...

salam alayk~ happy holiday,, moga percutian anda diredhai olehNYA.. may ALLAH bless~

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

selamat bercuti.

Moga masa yang bermanfaat diisi dengan sebaik-baiknya.Insyaallah.

khaliFah_maahad said...

waalaikumsalam,

insyaAllah

tq

Anonymous said...

p ja

RuMaH TuA said...

Penuhi dengan perkara2 agama... :-)

Moga Allah kasih.

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.