Sunday, March 11, 2012

6 bulan menunggu di traffic light


Padel minyak ditekan, kereta bergerak semakin laju.


lampu masih hijau.

tiba-tiba.

'kuning?' monolong si pemandu

'pecut atau tidak?'

"tak sempat!" jerit salah seorang penumpang di belakang.

kereta semakin perlahan, berhenti di lampu merah.

Semua yang menumpang mengeluh.

Terutamanya pemandu.

"tak laratlah nak tunggu traffic light. Buang masa!" keluh si pemandu sambil menggaru belakang kepala.

"buka radio dululah" yang belakang menyampuk.

Panas.fm, lagu-lagu terkini menyanyi di corong radio.

Buang masa sahaja.

Fakta

The average person throughout their lifetime spends five years waiting in lines and queues where roughly six months of that is waiting at traffic lights. Sumber

6 bulan menunggu di traffic light~

Rugi

Tetapi apa kata kita tukar situasi menjadi sebaliknya, UNTUNG.

Abu Malik Al-Haritsy bin 'Ashim Al-'Asy'ari R.A. melaporkan, "Rasulullah S.A.W. bersabda, 'bersuci adalah sebahagian daripada iman, Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah dapat memenuhi antara langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, sabar adalah pelita, Al-Quran adalah hujah bagimu (yang membelamu) atau hujah atasmu(yang mencelakakanmu). Semua manusia sedang menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya (dari kehinaan dan azab) ada juga yang menhancurkan dirinya.

(HR Muslim, Hadis 40)

Tidak salah bukan, sambil-sambil menunggu itu, zikirlah sedikit. (tak perlu kuat-kuat pun ^^)

Alhamdulillah

Subhanallah

Untung - 6 bulan berzikir mengingati Allah ^^

Jom!

p/s : Itu baru waktu menunggu traffic light, belum ibadah khusus lagi. Islam itu mudah, senang ja nak dapat pahala

2 17 ulasan:

Shahidah said...

Fakta eh tu.. Haaa, memang kena tukar tu, kena selalu zikir untuk menampung amalan fardhu yang "berlubang"..

Cikgu Ma said...

teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mat Joi, "carilah cinta di jalan raya saat sesak"

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.