Merekalah yang jawab
Pemaksa dan mereka yang dipaksa. Dua kumpulan yang berbeza. Pernahkah anda dipaksa seterusnya terpaksa?
Kem
Sepanjang beberapa tahun ini, saya sudah melalui pelbagai-bagai jenis kem. Boleh juga dikatakan program. Kadang-kadang memprogram dan kadang-kadang pula diprogram. Kedua-duanya mempunyai kelabihan masing-masing. Apa yang paling dominant selalunya mereka yang memprogram.
Ini kerana, mereka mempunyai ‘kuasa’ untuk mengendalikan semua urusan program itu. Sebagai contoh, kem komandan ialah individu yang paling berkuasa dalam sesuatu program. Semua urusan yang penting WAJIB diberitahu kepadanya. Kerana apa? Kerana dia ada kuasa?
Spiderman
Ada benarnya kata pak cik si spiderman, with great power, comes great responsibility.
“dengan kuasa yang besar, ada tanggungjawab yang besar”
Ketua berkuasa kerana dia bertnggungjawab. Dia bertanggungjawb atas semua yang dipimpinnya.
Oleh sebab itulah , tercipta satu kata-kata yang menarik.
Two rules in this world:
1-The bos is always wright
2-If the bos is wrong, refers to rule number 1
Lawak bukan?
Merekalah yang jawab
Di sini ialah isi utama coretan ini ditulis. Saya pernah ke satu kem, yang bukan dikendalikan oleh saya. Saya peserta. Dan disinilah ‘Spiderman’ lahir.
Trainer yang bertugas bertanya, “nak tanya. Emm, kamu boleh tak pegang lelaki dan perempuan?”
Saya dan kawan-kawan lain tersentap. Adakah ini satu ‘soalan’?
“tidak boleh. Mana boleh pegang anak dara orang” jawabku bersahaja. Kami semua ketawa. Dalam hati tidak begitu.
Kita cuba menjaga, dengan segala usaha kita. Dan apabila kita tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Merekalah yang jawab.
Command sense
Hingga hari ini, saya masih hairan. Agak hairan. Bagaimana soalan itu boleh timbul?
Kita semua sudah arif dan kenal budaya kita. Budaya orang timur. Lebih tepat lagi. Budaya melayu islam. Semua sudah mengetahuinya. Sepatutnya mengetahuinya.
Berpegangan lelaki dan perempuan, bergaul bebas, melakukan aktiviti lasak dan air bersama tanpa sebarang sebab yang kuat, semua itu tidak dibenarkan oleh budaya timur kita. Apatah lagi agama. Adap kita, maruah kita dan prinsip kita. Semua itu lambang dan identiti kita.
Bayangkan jika ada yang mengatakan, “boleh, tidak ada masalah” bagi soalan tadi. Apa yang akan berlaku seterusnya? Dan seterusnya?
Tidak Professional?
Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa saya ini tertutup, jumud, tidak professional dan macam-macam lagi. Katakan saja. Pahala percuma.
Professional ialah seperti hak (haq). Meletakkan sesuatu ditempatnya. Berlawan dengan zalim, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Bertindak mengikut keadaan. Komitmen. Saya faham.
The God is always right
Disebabkan Tuhan ialah pencipta dan pentadbir. Segala suruhannya tidak pernah salah. Kuasa autoritinya lebih hebat daripada mana-mana bos dan ketua di alam ini. Allah ialah pemilik mutlak alam ini.
Oleh itu, sebagai peringatan kepada diri dan semua bos-bos di luar sana.
The God is always right. More then others
P/S: artikel ini ditulis untuk terbitan umum. Tidak merujuk kepda mana-mana pihak