Sunday, October 23, 2011

Berakhirnya satu perlumbaan-Marco Simoncelli




Kelmarin
"Fuh! laju sungguh motor depa ni. nanti nak kena beli satu nih." mulutku melontorkan monolong mindaku.

Perlumbaan MotorGP di Sepang. Sekilas ku memandang berita di TV.
"Tunggang laju, tapi eksiden (terbabas). Apa kelas?" Abangku di sebelah tiba-tiba mencelah.

"Huh! depa ni kalau eksiden pun tak kisah. Sut yang depa pakai tu memang khas untuk tahan kemalangan" balasku spontan dengan selanga utara. Habit.

Hari ini

Berita di TV hari ini bermula dengan berita kematian pelumba motosikal Motor GP di Sepang,Marco Simoncelli.

Saya seakan terpukul.

Pelumba motosikal yang lengkap bersut terbunuh.

Terbunuh.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan (57 Al Ankabuut)


Ibrah hari ini.

Ingatilah mati selalu. Ianya dekat. Semoga kita sentiasa bersedia.

Matikanlah kami dengan Husnul Khotimah (kematian yang baik) Ya Allah. Mati di jalan Mu.

Amin

Nota kaki:

Sut yang dibuat khas untuk menghadapi kemalangan


Keadaan pelindung bahu seorang penunggang yang terbabas pada kelajuan 150 Km/h. Penunggangnya selamat.

maklumat lanjut di sini dan sini

(P/S : Status-(Sibuk) bersedia untuk masuk U baharu)


2 17 ulasan:

Anonymous said...

salam alayk~ hurm muhasabah,, siapalah kita tok melawan kehendakNYA,, sungguh kalo dah DIA kata kun fa yakun,, maka jadilh ia,,sehebat & sepower mane pon teknologi dan kepandaian manusia tetap tidak mampu mengatasi kekuasaan ALLAH,, MATI ITU SUATU KEPASTIAN,,, setiap yang bernyawa pasti merasai kematian,, KITA? dah bersediakah? ASTAGHFIRULLAHALAZIM,, sekadar perkongsian,, asiff jiddan salah silap coz I'M JUST A HUMAN, may Allah bless, WALLAHUALAM,,~

khaliFah_maahad said...

Semoga Allah mengampunkan dosa kita.

perkongsian yang sangat baik.

syukran :)

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.