Metamorfosis Ramadan
Ramadan kareem semua!
Sekadar satu perkongsian yang diinspirasikan oleh seseorang.
Metamofosis
Pernahkah kalian mendengar istilah ini. Ianya tidaklah begitu ‘bombastik’, sekadar istilah sains mengenai proses penukaran rupa bentuk sesuatu serangga. Secara ringkas begitulah. Dalam bahasa inggeris berbunyi metamorphosis .
Jadi, apakah kaitan antara istilah ini dan Ramadan?
Ramadan itu kepompong.
Pernahkah pembaca melihat ulat beluncas? Ulat bulu? Atau apa-apa sahaja jenis ‘ulat’ dengan mata kepala penbaca kalian?
Bagaimana rupanya? Menyenangkan? Comel? Cantik?
Atau menggelikan?
Adakah ianya bermanfaat?
Atau memberi mudarat dengan merosakkan tumbuhan dan juga pandangan mata.
Itu soalan pertama.
Soalan kedua. Pernahkah para pembaca semua melihat dan memegang rama-rama yang berwarna warni lagi indah?
Pastinya cantik,comel, indah dan sejuk mata memandang.
Bagaimna pula kebaikanya? Membantu proses pendebungaan dan mencantikkan pandangan mata.
Antara beluncas A.K.A ulat dan rama-rama, adakah sama pandangan kita terhadapnya?
Kita tak suka dan geli kepada ulat. Dan kita suka dan tertarik kepada rama-rama.
Begitukan?
Tetapi, pernahkah kita terfikir, daripada ulat beluncas yang menggelikan itulah yang akan berubah menjadi sang rama-rama yang indah dan cantik.
Orang bertaqwa cantik ibarat rama-rama
Rama-rama disukai ramai.
Sifatnya ialah akan pergi ke tempat yang ia suka, dan semua akan sukakannya jika ia pergi ke sesuatu tempat.
Tidakkah orang bertaqwa juga begitu?
Hanya pergi ke tempat-tempat yang baik dan terhindar daripada maksiat, dan orang bertaqwa disukai semua apabila berada di sesuatu tempat itu.
Tidak inginkah kita menjadi sedemikian rupa?
Usah putus asa
Walaupun kita ini hamba Allah yang pendosa, selalu saja lupa peerintahNya, lalai dengan dunia, kering daripada ilmu dan akhlak yang tidak cantik, KITA BOLEH BERUBAH.
Lihatlah kepada si beluncas, daripada dibenci kepada dicintai.
Daripada ZERO kepada HERO.
Soalnya adakah kita TERINGIN dan NEKAD untuk berubah?
Ramadan ini kepompong
Kita boleh berubah dengan Ramadan. Jika kita benar-benar menghayati erti sebenar Ramadan. Pasti Ramadan kita melahirkan Sang Rama-rama indah daripada seorang manusia yang kotor penuh berdosa.
Lihatlah sang beluncas, berubah menjadi sang rama-rama.
Firman Allah Ta’ala:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُم الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لعلكم تتقون }
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang yang hidup sebelum kamu agar kamu semua bertaqwa”.
AGAR KAMU BERTAQWA!!
Hayati Ramadan sepenuh hati. Carilah ilmu agama dan beribadat di bulan ini dengan bersungguh-sungguh. Kita mampu!
Kita mampu untuk menjadi Rama-rama indah di pagi Syawal kelak.
Ayuh!
9 17 ulasan:
insyaAllah..sama2 kita ke arah rama-rama yang cantik.. entri yang menarik
menarik :)
terbaik..sama2 kita berusaha mnjadi rama2 yg cntik..
ramadhan karemm..
Allahu akram..
semoga kita semua berjaya. Amin!
Jangka hayat seekor rama-rama berapa lama ya?
Semoga momentum Ramadan kita kekal, insyaAllah!
daripada beberapa minggu hingga beberapa tahun. yang tak boleh ikut la. kita bertaqwa kena ever lasting.
:)
entri menarik,,8')
suka^^ jom jadi rama2 ! :)
Post a Comment