Saturday, October 16, 2010

Di mana langit di pijak , di situ.. Err..Silap

Di mana langit di pijak , di situ… Er…Silap

“Enta bagilah ucapan perisahan sikit”
Ujar sahabat saya ketika satu majlis perpisahan kecil-kecilan untuk seorang sahabiah kami yang akan berpindah ke tempat lain.
“tak perlulah” ujarku. “Bagi ja, sikit pun tak pa” sahabat saya terus mendesak. Kepalaku ligat mencari idea, ya! Di mana bumi di pijak di situ Islam dijunjung!
”ana tak maulah pesan banyak-banyak, dan ana minta maaflah kepada semua kerana ana kurang bergaul dengan antum semua, tapi... apa yang ana nak pesan satu ja, di mana langit di pijak...di situ ...err... silap!” Kata-kata saya jadi terbalik. Habis ketawa dan tersenyum kami semua, termasuklah saya.

Itu adalah salah satu detik yang melucukan dalam hari-hari saya di tempat baru.

Terimalah seadanya

Mungkin kita telah merancang , dan pastinya Allah juga telah lama merancang, nun di Luh Mahfuz, segalanya telah tercatat. Maka, mengapakah selepas apa yang kita rancang tidak berlaku, kita sedih, marah, kesal bahkan putus asa. Hinggakan ada yang sanggup memilah neraka dengan membunuh diri! Kebelakangan ini, kita dapt melihat bahwa indeks membunuh diri di dunia meningkat, bahkan di Malaysia sendiri.
Kenapa semua ini perlu berlaku? Siapalah kita berbanding Tuhan Sekalian Alam.
Pernahkah kita terfikirkan betapa susahnya, pahitnya, getirnya perjuangan para rasul dan salfussoleh yang terdahulu? Betapa nyawa mereka terancam, harta mereka dirampas, hidup dalam ancaman, bukan dari seorang, tetapi berpuak-puak yang menentang mereka.
Tetapi adakah mereka putus asa? Adakah mereka mengalah? Tidak sama sekali..

Segalanya daripada Allah

”Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehedaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezki itu)”
(Ar Rum 30 ayat-37)


Sejarah telah membuktikan, Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat akhirnya telah menang. Islam telah tersebar luas ke timur dan barat. Kuasa Islam digeruni. Bahkan pernah menguasai sebahagian besar daripada dunia ini. Dan apakah pula nasib mereka yang menentang dan menindas pada awalnya?
Mereka semuanya hancur, terkubur bersama ego dan kekafiran mereka. Sesungguhnya Allah yang mengatur semua itu.

”Maka Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim pada diri sendiri”
(Ar Rum 30 ayat-9)




Bersangka baiklah kepada Allah

Buat yang akan pergi, teruskanlah perjalanan mencari keredhaan Allah. Buat yang tinggal, teruskanlah juga langkahmu. Dan bagi mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan seperti yang dirancang, bergembiralah bahawa Allah telah melorongkan anda dengan perancangan Allah yang lebih baik. Insya Allah.
Itulah kelebihan kita sebagai muslim, kita ada Allah, maka kita tidak akan berputus asa selagi kita beriman kepada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan dahulu , niat kita adalah kerana Allah, dan tauhidkan pemikiran kita dengan pemikiran TAUHIDIK. Segalanya kerana Allah.

Di mana Bumi dipijak, di situ Islam dijunjung

”Ana tau apa yang enta nak kata, di mana bumi di pijak, di situ islam dijunjung. Betul kan?” Satu suara menyambut kata-kata saya. ”
’Ya, itulah apa yang ana nak kata, terima kasih” balasku . Fikrah islam ada di mana-mana. Alhamdulilah...

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.