Sunday, October 31, 2010

Buat adik-adikku



Buat adik-adikku

Pernah suatu masa yang lalu
Di saat kalian baru mengenal dakwah
Kalian ingin tinggalkan noda yang lalu
Terpancar semangat untuk berubah

Adik-adikku
Mungkin abang-abangmu tegas suatu ketika dulu
Gerih payah tetap kalian redah
Kerana semua itu pasti akan berlalu
Hatimu tekad ke medan dakwah

Adik-adikku
Setelah selesai tarbiah yang lalu
Kalian kini dewasa dan berubah
Maafkan kami kerana berlalu
Berlalu pergi mengikut Yang Mengatur Arah

Adik-adikku
Terkejut kami di saat yang lalu
Ketika angin mengkhabarkan suatu mehnah
Sebahagian kalian yang lalu
Kini telah membali berubah

Adik-adikku
Biar masa waktu terus berlalu
Kau patut dan harus teguh pada dakwah
Walaupun badai fitnah dan pahit dilalu
Kerana itulah yang bernama mehnah

Adik-adikku
Ke mana hilangnya semangat kalian yang lalu
Asalnya kalian bijak bestari untuk berubah
Namun setelah beberapa detik kami berlalu
Kalian menjadi lemah dan lesu di kaki fitnah

Adik-adikku
Kalian harapan generasi yang lalu
Bahkan harapan kami yang sudah
Sedarlah kembalilah pada saat yang lalu
Di saat kalian ingin menjadi Jundullah

Adik-adikku
Harapan dan doa kami tak akan berlalu
Kalian masih ada waktu untuk berubah
Berubahlah demi dirimu yang lalu
Kelak kalian akan menjadi Jundullah

Ikhlas dari abang-abangmu
khaliFah

Sekitar Bengkel Penulis Luar Biasa (Alusi Dinamik)





Sunday, October 24, 2010

Sibuk atau menyibuk?



http://kangensyurga.blogspot.com/

Tak punyai masa untuk ISLAM?

kita sibuk atau menyibuk?

Saturday, October 16, 2010

Di mana langit di pijak , di situ.. Err..Silap

Di mana langit di pijak , di situ… Er…Silap

“Enta bagilah ucapan perisahan sikit”
Ujar sahabat saya ketika satu majlis perpisahan kecil-kecilan untuk seorang sahabiah kami yang akan berpindah ke tempat lain.
“tak perlulah” ujarku. “Bagi ja, sikit pun tak pa” sahabat saya terus mendesak. Kepalaku ligat mencari idea, ya! Di mana bumi di pijak di situ Islam dijunjung!
”ana tak maulah pesan banyak-banyak, dan ana minta maaflah kepada semua kerana ana kurang bergaul dengan antum semua, tapi... apa yang ana nak pesan satu ja, di mana langit di pijak...di situ ...err... silap!” Kata-kata saya jadi terbalik. Habis ketawa dan tersenyum kami semua, termasuklah saya.

Itu adalah salah satu detik yang melucukan dalam hari-hari saya di tempat baru.

Terimalah seadanya

Mungkin kita telah merancang , dan pastinya Allah juga telah lama merancang, nun di Luh Mahfuz, segalanya telah tercatat. Maka, mengapakah selepas apa yang kita rancang tidak berlaku, kita sedih, marah, kesal bahkan putus asa. Hinggakan ada yang sanggup memilah neraka dengan membunuh diri! Kebelakangan ini, kita dapt melihat bahwa indeks membunuh diri di dunia meningkat, bahkan di Malaysia sendiri.
Kenapa semua ini perlu berlaku? Siapalah kita berbanding Tuhan Sekalian Alam.
Pernahkah kita terfikirkan betapa susahnya, pahitnya, getirnya perjuangan para rasul dan salfussoleh yang terdahulu? Betapa nyawa mereka terancam, harta mereka dirampas, hidup dalam ancaman, bukan dari seorang, tetapi berpuak-puak yang menentang mereka.
Tetapi adakah mereka putus asa? Adakah mereka mengalah? Tidak sama sekali..

Segalanya daripada Allah

”Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah melapangkan rezki bagi siapa yang dikehedaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezki itu)”
(Ar Rum 30 ayat-37)


Sejarah telah membuktikan, Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat akhirnya telah menang. Islam telah tersebar luas ke timur dan barat. Kuasa Islam digeruni. Bahkan pernah menguasai sebahagian besar daripada dunia ini. Dan apakah pula nasib mereka yang menentang dan menindas pada awalnya?
Mereka semuanya hancur, terkubur bersama ego dan kekafiran mereka. Sesungguhnya Allah yang mengatur semua itu.

”Maka Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim pada diri sendiri”
(Ar Rum 30 ayat-9)




Bersangka baiklah kepada Allah

Buat yang akan pergi, teruskanlah perjalanan mencari keredhaan Allah. Buat yang tinggal, teruskanlah juga langkahmu. Dan bagi mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan seperti yang dirancang, bergembiralah bahawa Allah telah melorongkan anda dengan perancangan Allah yang lebih baik. Insya Allah.
Itulah kelebihan kita sebagai muslim, kita ada Allah, maka kita tidak akan berputus asa selagi kita beriman kepada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan dahulu , niat kita adalah kerana Allah, dan tauhidkan pemikiran kita dengan pemikiran TAUHIDIK. Segalanya kerana Allah.

Di mana Bumi dipijak, di situ Islam dijunjung

”Ana tau apa yang enta nak kata, di mana bumi di pijak, di situ islam dijunjung. Betul kan?” Satu suara menyambut kata-kata saya. ”
’Ya, itulah apa yang ana nak kata, terima kasih” balasku . Fikrah islam ada di mana-mana. Alhamdulilah...

Thursday, October 7, 2010

Buku Baru : Armagedon 2012 oleh Muhammad Alexender



Penuh dengan perbincangan ilmiah, menyingkap segala penipuan media dan barat dan merungkai kekuasaan Allah yang menyembunyikan tarikh KIAMAT sebenar.Saya bagi 5 bintang!!

Friday, October 1, 2010

SEMINAR PENULISAN ISLAMI



Saya terlibat dengan program ini. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan dan mengambil peluang keemasan ini untuk menambah pengetahuan dan membuka peluang baru dalam hidup kita.Yuran juga sangat berpatutan.Jumpa anda disana!! Ahlan wa Shlan...
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.