Sunday, May 30, 2010

Life Line 4 Gaza








Sokonglah mereka!!! walaupun sekadar dengan doa

Karipap-karipap Cinta



Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

(nota: Ntah macam mana ana boleh minat nak baca buku tu. Mula-mula nampak menarik, karektor dan desinge yang 'comel'. hehe. Lepas tu, ada pulak seorang senior yang kerja di kedai buka kata lawak, dan ada graduan Al-Azhar, beli terus la. Isi dia menarik, hampir setiap baris lawak ( memang tujuan dia pon). Dan ada cerita sikit2 pasail Alwan comic (ana dok minat lama dah). Cuma hero dia tu, tak berapa hero. Mungkin dia dah pi belajar agama lepas Sarah(dikatakan mahasiswa Al-Azhar) setuju nak kawin dengan dia. Kenapa ana kata macam tu? nak tahu, baca sendiri la.)

Saturday, May 22, 2010

PMRAM Mengecam Penghinaan Karikatur Rasulullah SAW Di Facebook

PMRAM Mengecam Penghinaan Karikatur Rasulullah SAW Di Facebook

KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.
Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.

Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Friday, May 14, 2010

SIAPA GURU ?

SIAPA GURU ?

Guru?
“ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pun banyak. Jadi guru susah nak kaya tapi boleh hidup sederhana saja ”. Mungkin itulah kata-kata atau seumpamanya yang pernah kita dengar . Guru memang tidak kaya dengan harta tapi mereka kaya dengan pelajar. Kaya dengan ganjaran pahala. Kaya dengan nasihat. Kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan pengorbanan. Kaya dengan jasa. Kaya dengan usaha. Kaya dengan duka dan lara. Kaya dengan pelajar yang kaya. Apa yang guru mahu? Apa saja dilakukannya asalkan pelajarnya menjadi seorang insan. Insan yang dimaksudkan di sini adalah insan yang kamil atau sempurna dari segala aspek.

Rasul adalah Guru
“ Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad kecuali engkau menjadi rahmat sekalian alam “. Rahmat bermaksud kasih sayang . Seandainya sifat ini ada di dalam hati para guru, pastinya mereka sanggup melakukan apa saja demi mendidik anak didiknya. Bagaimana perasan ini perlu dipupuk? Tiada lagi cara lain kecuali dengan meniru akhlak dan peribadi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Langkah yang pertama untuk meniru Baginda صلى الله عليه وسلم i ialah dengan mengenali apa saja tentang diri Baginda صلى الله عليه وسلم samada melalui belajar, mendengar, membaca dan apa saja cara bagi mengenali identiti dan syaksiah Baginda kerana Baginda صلى الله عليه وسلم adalah guru yang paling cemerlang . Sebahagian ulama’ ada mengomentasi tentang Baginda dengan kata mereka : ”Kalaulah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak mempunyai mukjizat lain kecuali ( hanya mengubah sikap) sahabatnya nescaya mereka sudah cukup menjadi bukti bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم adalah seorang Nabi.” Cuba kita lihat bagaimana keadaan mereka sebelum mendapat didikan Nabi صلى الله عليه وسلم . Siapakah lagi guru yang mampu mendidik dan melahirkan sebilangan besar pelajarnya ketika beliau hidup dan mati tanpa sempadan masa dan zaman ? Pada hari ini kita masih mendapat didikan Baginda صلى الله عليه وسلم walaupun Baginda صلى الله عليه وسلم telah wafat. Ilmu Baginda صلى الله عليه وسلم tetap dituntut tanpa putus-putus.



Ta'lim dan Ta'dib
Seorang guru yang baik adalah seorang yang mendidik muridnya dengan ahwalnya ( yakni akhlak peribadinya yang ditunjukkan berdasarkan ilmunya ). Seorang guru yang beramal dengan ilmunya mampu mengubah sikap seribu orang pelajarnya melalui satu patah perkataannya. Manakala seorang guru yang tidak mengamalkan ilmunya hanya mampu mengubah seorang pelajar sahaja dengan seribu patah perkataannya. Guru yang pertama dan terbaik di dunia adalah Baginda صلى الله عليه وسلم kita sendiri. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah membenci pelajarnya, memukulnya dan mengejinya. Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah bertanya kepada pelajarnya mengapa engkau buat begini? Mengapa engkau tinggalkan begini? Ini menunjukkan bahawa Baginda صلى الله عليه وسلم mendidik sahabatnya dengan ahwalnya dan ditambahkan dengan didikan melului lirikan mata Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia.

Guru
Sebagai seorang guru, mata sangat memainkan peranan besar bagi mendidik pelajar. Ulama.-ulama’ Tasawuf sering menggunakan cara didikan ini terhadap muridnya. Seandainya pelajarnya melanggar undang-undang agama , maka mata mereka akan melirik dan membayangkan kepada pelajar tadi betapa bersalahnya perbuatannya. Selain itu, gerak geri seorang guru menjadi teladan dan bimbingan kepada pelajar kerana pelajar yang mencintai gurunya akan melihat setiap pergerakkan gurunya. Guru menjadi idola pelajar.


Keikhlasan
Keikhlasan seorang guru di dalam mendidik sangat penting kerana keikhlasan datangnya dari hati dan menyebabkan didikan itu juga mudah diserap ke dalam hati pelajar. Inilah dinamakan dari hati ke hati. Seandainya nasihat seorang dari tekaknya saja, maka nasihat itu tidak mampu menembusi hati pelajar. Perkara ini akan terhasil apabila seorang guru itu mempunyai kebersihan dan kesihatan hati yang baik. Bagi seorang guru, pembersihan hati adalah perkara wajib agar tidak melarat kepada pembentukan sikapnya yang negatif. Kesanggupan mereka menanggung kesusahan dan kesukaran mendidik pelajar akan dijanjikan pahala daripada Allah. Kenapa tidak? Saidatina ’Aishah pernah berkata bahawa pahala itu dikurniakan kepada seseorang berdasarkan setiap kadar kesusahan yang menimpanya. Cubalah kita melihat Baginda صلى الله عليه وسلم kita sendiri bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم bersabar dengan kesukaran mendidik penduduk Arab Mekah yang terkenal dengan sifat kasar, ta’assub dan dalam kejahilan kerana sebelum itu belum muncul seorang guru pun. Menanggung kesusahan juga memberi makna memudahkan urusan pelajar . Baginda صلى الله عليه وسلم tidak pernah menyusahkan pelajarnya bahkan sentiasa memudahkan apa saja urusan pelajar . Pernah Baginda صلى الله عليه وسلم menyuruh pelajarnya mengambil apa saja keperluannya dari seorang Yahudi dengan Baginda صلى الله عليه وسلم meninggalkan pakaian perangnya sebagai taruhan. Baginda صلى الله عليه وسلم sanggup menyusahkan dirinya untuk pelajarnya . Seorang guru perlu merasakan kemuliaan dirinya disebabkan daripada kemuliaan pelajarnya. Seandainya tiada pelajar belajar dengannya , maka bagaimana dia mendapat gelaran sebagai guru.


Selamat Hari Guru
Akhirnya , sambutan Hari Guru yang sebenar adalah dengan menyambut guru kita yang pertama iaitu Saidina Muhammad صلى الله عليه وسلم . Kita hidup hari ini berpandukan ilmu dan ilmu yang Baginda صلى الله عليه وسلم salurkan melalui sahabat, tabi’en , tabi’ tabi’en sehingga sampai kepada kita. Sebagai tanda terima kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم , marilah kita memperbanyakkan solawat kepadanya setiap masa, keadaan , susah, senang, sedih , gembira dan segala keadaan. Mudah-mudahan kita tergolong daripada orang yang berterima kasih kepada Allah dan RasulNYa. Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.

(dipetik daripada http://al-judiah.blogspot.com/)

Selamat Hari Ibu

Dengan Nama Allah ynag maha pemurah lagi maha penyayang

Beberapa hari lalu, ialah hari lahir ummiku. Kini masih berada di kampung halamanku di Kodiang sana. Hadiah? kami adik beradik berpakat untuk menghadiahkan buku kepada ummi. Kami menyumbang sedikit dana antara kami. Ana yang mencadangkan supaya diberikan buku kerana, bagi ana buku melambangkan ilmu dan kematangan si penerima dan pemberi. itu pendapat ana. Itu cuma hadiah zahir. Hakikatnya, tiada apa yang mampu anak-anakmu beri kepada mu sebagai balasan yang setimpal. Hanya Allah yang mempu membalasnya. Semoga Ummi terus gah dan tersenyum membesarkan kami 6 beradik yang kesemuanya lelaki, fuh! memnag mencabar tugas ummiku.

Bayangkan
Bayangkan semasa kami kecil, ummi terpaksa berkorban tenaga dan masa untuk membesarkan kami. Bangun malam-malam bukan untuk tengok bola, tatapi untuk menemani anak-anakmu yang menangis tak kira masa. Maafkan kami kerana ketika itu kamitak mengerti penat lelah mu. Bayangkan apabila kami telah mula berlari, habis satu rumah ' kelam kelibut' kami kerjakan. Ana teringat , kami 3 beradik ,along, angah dan ana sendiri pergi keluar petang untuk bermain tak tak pulang sehingga magrib. sampaikan ayah ana mencari kami dan sebahai habuan rotan!. Bayangkan perasaan ummi apabila terpaksa menggalkan anak kecil (kami la) sewaktu gerih hendak melahirkan adik bongsu kami. Along dan angah di rumah , ketakutan kerana ditiggalkan, kerana masih prasekolah.Bayangkan ummiku terpaksa melayan kerenah kami setelah remaja. Lelaki labih mudah dijaga berbandik perempuan. Tetapi, 6 orang lelaki remaja memang satu cabaran yang hebat. bayangkan...

Tetapi
tetapi kau masih mampu mendidik kami,dengan penuh sabar. Saudara kami pernah bertanya, rumah macam mana? mesti serabut. tetapi ummi mampu mengajar kami kerja-kerja lazim seorang perempuan seperti memasak, mambasuh baju sendiri, jemur kain , dan lain-lain. Walupaun tidaklah secekap mana, ana masih kerana rumah kami masih terkawal dan teratur.Tak penatkah mendidik satu team bola, street soccer? solan yang pernah ditanya kepada ummi.Tetapi ummi selalu berkata, ni laguna anak jantan, apabila membuat kerja-kerja berat. kami sekeluarga mengecat rumah, mambina dinding, bancuh simen, buat kandang ayam yang bersar, membuhuh penceroboh rumah (biawak yang suka telur dan anak ayam, Jebot pun sama, Tikus yang suka menginap di bumbung rumah, kala jengking yang suka bai orang terkajut , lipan yang sering muncul tiba-tiba dan si ular yang kadang-kadang makan katak je), tanam pokok Rozzel dan macam-macam lagi. Semua ini satu momori yang mengtakan bahawa ummi seorang yang hebat.

Balasan?
Pernah ana tanya , apakah yang ummi inginkan. Tak banyak, cuma berjaya di dunia dan di akhirat. Ya ,itulah matlamat kaita. Berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah, kami akan membalas jasa mu dengan hidup mati kami hanya untuk Islam!!
Syukran ummi

Saturday, May 8, 2010

Sinergi- keimanan adalah paksi



Buku baru lagi. Karya Hilal Asyraf di langitilahi.com.Jalan cerita yang menarik, sesuai untk mereka yang akan melangkah ke IPT dan sesuai untuk mereka yang ingin ke luar negara. Padat dengan cerita persahabatan , dengan uslub dakwah islami yang cantik dan lembut lagi berhikmah. Diselit dengan sedikit kisah cinta fitrah islami. Pendek kat, Sinergi memang ber'energy'. Dan, syukran untuk Ruhan kerana memperkenalkan buku ini.

Keimanan adalah paksi

Offline dengan syaitan


ALHAMDULILLAH, Offline dengan Syaitan berjaya diterbitkan. Penulis banyak kali berperang dalam minda dan jiwa untuk membina kekuatan dalam menyiapkan tulisan kerdil ini. Ia bukan karya komprehensif mengenai memutuskan diri dengan gangguan syaitan, namun jika semua saranan dalamnya diamalkan, insya-Allah sifatnya menjadi komprehensif dan hampir sempurna beserta rahmat dan hidayah Allah.

Buku ini sebahagian besarnya dirujuk kepada karya Talbisul-Iblis oleh Abdur Rahman ibn Ali ibn Jaafar al-Jauzi (lebih dikenali sebagai Ibn al-Jauzi) dan ada kesinambungan dengan Online dengan Tuhan. Seperti yang saya sebutkan, cabaran terbesar dalam menangani gangguan syaitan adalah sewaktu sakaratul maut. Moga buku ini menjadi saham buat saya dan pembaca untuk selamat daripada gangguan tersebut dan seterusnya mati dalam iman dan Islam.

“Manusia yang berjaya adalah mereka yang mengisytiharkan perang ke atas syaitan. Senjata penting yang digunakan adalah senjata kerohanian. Saya yakin, buku Offline dengan Syaitan membicarakan tentang perkara-perkara ini. Buku ini menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya. Tahniah! Ia begitu relevan dengan kehidupan manusia terutamanya pada hari ini yang dipenuhi pelbagai cabaran.” (Dr Danial Zainal Abidin; Doktor perubatan, penulis & penceramah profesional)

(Komen)
Ini buku terbaru dalam koleksi ana. Best, sebab dalam bentuk santai tampa lari dari fokus asal iaitu lawan setan la.5 bintang! tahniah penulis

Kerajaan Cuba Halalkan Judi Bola Sepak

Kerajaan Cuba Halalkan Judi Bola Sepak


Kerajaan kemungkinan mempertimbangkan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,”


katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

“Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,”


katanya.

Sumber : Malaysiakini.com

(komen : tu dia, hampa tengok la, KERAjaankita . Nak halalkan yngan haram, dan nak ajak orang buat kerja haram dan yang 'bagus' nak dapat hasil daripada wang haram. Bayangkan, negara kita membangun dengan pesat, bagunan tinggi-tinggi, jambatan yang hebat-hebat, TETAPI dibina daripada wang haram!. tak hairanlah ada yang roboh dan rosak sebelum masanya.Hala ke mana, berkat apatah lagi. Hai negaraku, bila kan berubah?)

Monday, May 3, 2010

Mesir, tunggu kedatangan ku






(KCB tu hanya tambahan sahaja...)
 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.