Thursday, February 19, 2009

Sabar .. Relek ja

Dalam kehidupan ni. memang banyak dugaan dan cabaran . Hidup ni tak kan pernah sunyi aripada masalah. contohnya, kita lahil sendiri itu adalah stu masalah baru bagi ibu bapa kita. Mereka perlu memikrkan sumber untuk membesarkan kita. Walaupun kelahiran kita tu satu kebahgiaan bagi ibu bapa kita. Jika permulaah hidup itu sendiri adalah masalah, maka sehingga saat nak mati, pasti ada masalah yang datang.

Sebab tu la ana selalu marah adik-adik yang mana buat salah, dan kemudian menyatakan dia buat sebab ada masalah. Contohnya lewat ke sekolah, dia kata dia ada masalah. Ya . Betul , dia memang ada masalah, tapi, bagi mereka yang 'profesional' mereka tak akan menggunakan masalah tu sebagai ALASAN. Suma tu alasan. Yang penting adalah cara nak selesaikan masalah dengan efisen dan berkesan. Dia dok kira masalah dia, masalah kita dia tak kira pon. Macam tu la yang selalu ana pike masa depa cakap macam tu.



Bak kata mereka yang berada dalam 'skuad Harimau Kumbang' "Mentel ja tu!!" . Ini adalah antara kata-kata semangat bagi mereka semasa mengayuh perahu panjang di Ampang Jajar. Dan tahun lpa s adalah kali ke-3 Maahad mendapat johan berturut selama 3 tahun. Hebat!!. tapi padan la dengan latihan yang depa kena. Berbalik kepada ayat depa "mentel ja tu". memang benar apa yang dikatakan itu. Baiknya atau buruknya sesutu perkara itu adalah terletek kepada 'mentel' @ pemikiran seseorang itu. Sebagai contoh, hidup para ulama' pada akhir zaman ini sangat penuh dengan duri dan cabaran. Ada yang dipenjara, dibuang daerah dibunag negeri dan ada juga dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemerintah yang 'terok' dan zalim. Tetapi, mengapa merekan masih boleh tersenyum tenang, bahkan , sebagai contoh yang lebih besar, Dr HAMKA menhgabiskan Tafsir Al-Azhar semasa di dalam penjara. Mengapa begini. Sepatutnya bagi orang yang kena dugaan macam ni akan tertekan bahkan ada yang menjadi gila.


Ini kerana 'mentel' merka telah dikuasai oleh IMAN. Bagi mereka setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Maka , mengapa perlu tertekan dan tension apabila mendapat ujian. Adakah Allah akan membiarkan golongan yang berkata kami telah beriman begitu saja tampa menguji kekuatan IMAN mereka? ini lah apa yang di settingkan dalam pemikiran mu'min yang betul-betul beriman dengan Allah dan RasulNya. Ada lirik Nasyid Mestica yang berbunyi

" Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan,bersyukurlah dan tabahlah ,menghadapi segala ujian diberi"

Sabar...Sabar...Sabar...
Ingat ujian tu adalah tanda yang Allah masih ingat akan kiat. Kita lebih beruntung dari mereka yang berbuat dosa tetapi tak diperingat oleh Allah..

WaAllahuA'lam

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.