Friday, November 28, 2008

Senyum manis : )


Senyum Manis
Bagi pendapat saya, senyum manis itu mempunyai impak yang besar kepada orang yang melihat senyuman itu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang rasa senyuman dirinya manis. Baca baik-baik apa yng dicoretkan di lembaran ini. Senyuman manis itu mampu merampas hati orang yang melihatnya.Atau dengan kata mudah, jatuh hati.Namun, senyuman jenis ini jika disalah gunakan adalah sangat bahaya.Ia mampu menaikkan nafsu jika ditatap lama. Oleh itu, jagalah senyuman mu itu wahai putri-putri ku sekalian. Lemparkanlah ia kepada yang berhak sahaja,terutama kepada keluarga dan kaum sejenis dengan mu sahaja. Jangan mengada-ngada semyum kepada kaum Adam secara murahan. Senyuman mu amat mahal harganya.Jangan kau murahkan anugerah itu. Dan JANGAN sesekali kau(Putri), senyum kepada lelaki bukan mahram dengan tujuan mengodanya.Jika kau lakukan demikian, kau akan menjadi anak panah syaitan dan tunggulah bala siksaan di dunia dan di akhirat kelak.
Pada saya, senyum manis dibahagikan kepada dua:

1.Manis gula
-senyuman murahan (gula-gula 2X 10$), mempunyai racun (gula banyak, kencing manis,sakit jantung dan lain-lain) tak berfaedah (hanya manis tapi merosakkan)

2.Manis madu
-senyuman mahal (madu asli harganya mahal woi!), mempunyai penawar (ada khasait dan ubat kepada banyak penyakit) dan bermanfaat (dalam Al-Quran ada menceritakan tentang lebah madu dan khasiatnya sebagai penawar)

Fikir-fikirkanlah. Walaupun kita ini adalah Khalifah, kita ini juga adalah hamba Allah yang sangat lemah. : )


nota: artikel ini pernah diterbitkan dalam majalah Ihsan 08 ,maktab mahmud

0 17 ulasan:

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.