Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Zaman remaja merupakan zaman yang paling mencabar dalam hidup seseorang itu. Jika seseorang itu selamat semasa menempuhi zaman getir tersebut, maka seseorang itu boleh berjaya dalam hidup dan begitulah sebaliknya.
Dan apakah pula perkara-perkara yang penting yang berlaku pada zaman remaja ini. Perkara ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dari sudut fizikal dan juga dari sudut pemikiran. Pada waktu inilah remaja akan mengalami perubahan-perubahan fizikal kearah menjadi seorang yang dikatakan dewasa. Bentuk tubuh badan juga akan banyak berubah kearah kematangan. Begitu juga imej dan juga suara seseorang remaja itu akan turut berubah. Manakala, dari sudut pemikiran pula, mereka akan mejadi lebih matang dalam membuat keputusan. Mereka juga akan mencari identiti yang paling serasi dengan dirinya. Mereka juga akan berasa lebih mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua dan mengurangkan perangai keanak-anakan. Mereka akan
Sebenarnya, pada waktu inilah para remaja mudah untuk tewas dengan nafsu jika tidak diberi persiapan yang sepatutnya. Contohnya , bagi mereka yang mencari identiti diri mereka mudah keliru dengan indentiti yang terbaik buatnya. Maka jadilah ia seperti lalang , apabila angin bertiup kearah kanan maka kananlah ia, dan jika angina ke kiri maka ke kirilah ia. Apabila remaja berada didalam keadaan ini, mereka mudah jatuh ke dalam budaya yang tidak baik. Contohnya seperti budaya Black Metal ,Punk dan lain-lain lagi yang kadang-kadang tidak pernah difikir oleh kita. Mereka lebih cepat terpengaruh dengan rakan-rakan dan media masa. Nafsu selalu mengajak manusia kearah keburukan dengan menjadikan keburukan itu sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Oleh yang demikian, kepada mereka yang nipis iman di hatinya, mudah untuk terus terjerumus ke dalam lembah keburukan.
Pada zaman remaja juga, mereka lebih suka untuk berseronok bersama rakan-rakan. Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, namun apabila salah memilihnya membuatkan ianya menjadi salah. Satu budaya yang merbahaya yang sedang rakus merasuk remaja-remaja negara ialah budaya Hedoniseme. Budaya ini bersal daripada barat yang kita sendiri agung-agungkan. Budaya ini ataupun pemikiran ini hanya bertujuan untuk berseronok sahaja. Hidup ini untuk bergembira sahaja. Ini adalah barah yang jika tidak diambil inisieatif untuk mengubatinya, maka akan meranapkan terus para remaja nagara. Bak kata pujangga Arab, jika kamu ingin melihat pemerintahan pada masa akan datang , maka lihatlah kepda muda mudinya. Jika kita melihat secara kasar, bagi saya, negara akan mengalami masalah ketandusan kepimpinan dan kurangnya pemimpin yang sejati. Perkara ini wajib di ambil perhatian serius oleh kerajaan masa kini untuk maslahah negara pada masa akan datang.
0 17 ulasan:
Post a Comment