Thursday, July 18, 2013

Ramadan dan kisah di dalamnya




Syukur kepada Allah, kita masih lagi diberikan peluang untunk melalui kembali bulan yang penuh berkat ini, Ramadan Al-Mubarak. Sedangkan ramai daripada kalangan manusia yang telah pergi menemui Allah sebelum sempat merasa berkatnya Ramadan kali ini.

Seperti Ramadan - Ramadan lalu, pastinya ada banyak cerita bagi setiap Ramadan itu sendiri. Dan daripada cerita-cerita inilah kita mengambil pengajaran dan kebijaksaan yang tersirat daripadanya.

Pastinya kita semua bahagia dan menanti-nantikan kehadirannya.

Kisah 1-Berpuasa bersama-sama Not Yet Muslim (Non Muslim)

Alhamdulillah, ini adalah kali pertama saya dan sahabat-sahabat berpeluang mengajak sahabat-sahabat kami daripada kalangan non muslim untuk turut perpuasa. Di sini, ramai sahaja kawan-kawan kami yang berlainan agama dan bangsa. Tetapi kami tetap berkawan rapat dan bertegur sapa dan jadi 'geng' dan juga 'bro'

Usai hari pertama Ramadan, sahabat saya (non-muslim) sudah tak larat untuk meneruskan puasa, kira-kira sudah petang waktu itu.

"tak larat laaa, i tak mau puasa dah esok" ngomelnya kepada kawan saya yang lain. Mereka ketawa kecil, biasalah, hari pertama puasa.

Namun, segalanya berubah sewaktu berbuka puasa, 360 darjah.

Selesai sahaja menjamah kurma dan juga air oren sejuk , saya bertanya kepada beliau.

"macam mana? esok boleh puasa lagi?" sambil tersenyum.

"tadi petang i dah tak larat dah. tapi lepas buka puasa i betul betul happy," senyum lebar sambil mengambil makanan lagi.

"apa yang penting adalah di sini" sambil menunjukkan ke kepalanya.

Yang penting ialah minda.

Kekuatan minda.

Ya, kami semua membenarkan.

Kekuatan untuk mengatakan tidak kepada perkara yang kita boleh dan mampu melakukan atas dasar melatih diri untuk pengawalan kendiri yang lebih baik.

For a better self control!

Benarlah Sabda Baginda,

Rasulullah s.a.w. bersabda: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).



Kisah 2

Kali ini adalah kisah musibah. Yang menimpa saya dan juga sahabat saya yang rapat.


Dipendekkan cerita, saya pertama kali bertarawikh di salah satu masjid yang baru dibina. Binaannya yang cantik , luasa dan berhawa dingin menarik minat ramai muslimin dan muslimat untuk bersolat di sana. 


Tak sangka juga menarik minat 'pencuri'.


Sesudah solat tarawikh, saya kembali ke jentera saya (motosikal) untuk pulang ke asrama. 


Sekali pandang, saya kagek


"mana helmet aku? aku pakai ka tadi?"


Helmet saya sudah selamat kembali ke Ramatullah. Innnalillahi wa inna ilaihi rajiun.


Sesungguhnya kita daripada Allah, dan kepada Allahlah kita kembali.


Topi keledar saya dicuri.

Marah? ya, saya juga manusia bukan malaikat.


Namun, saya reda kerana pastinya ianya adalah teguran Allah, mungkin saya sebelum itu ragu-ragu untuk bersedekah dalam jumlah yang besar.


Ragu-ragu, dan inilah hasilnya.


Duit itu tetap akan keluar(hilang, samada dalam cara yang baik (sedekah) ataupun sebaliknya (kena curi)


Kisah 3


Sahabat saya, bayangkan, setelah selesai bertarawikh, pulang ke kereta, dan cermin kereta sudah retak seribu.


Retak!!


Berdasarkan maklumat kanak-kanak di sana (saksi), semua ini akibat ada kanak-kanak yang bermain mercun bola. 


Bayangkan, ada 3 buah kereta yang terlibat. Dan semuanya retak cermin.


Kali pertama saya mendengar hal ini, hati saya panas. Jika diikutkkan hati, kalau jumpa siapa punya angkara, ingin saya saya melepaskan satu pelempang.


Ya, itu perasaan pertama saya.


Namun, sekali lagi kita ditarbiah dengan islam dan adab. Dan kita tahu itu bukan penyelesaianyanya.


Jika mahu dicari salah, salah ibu bapa. Siapa bertanggung jawab? ibu bapa jugalah.


*suspek melarikan diri dan belum dapat dikenal pasti.


Pihak ibubapa perlu mengambil berat hal ini, ambil tahu tentang anak-anak anda. Kanak-kanak tetap akan menjadi kanak-kanak, persoalannya adalah bagaimana kita menguruskan mereka.


Sekali lagi


Innnalillahi wa inna ilaihi rajiun.


Sesungguhnya kita daripada Allah, dan kepada Allahlah kita kembali.


sungguh, semua ini ada pelajaran bagi kita


Dan, saya tak sabar untuk meneruskan lagi kembara Ramadan tahun ini


Ramadan Kareem


Selamat berbuka


*waktu berbuka dah dekat, kena gerak dulu


Salam


1 17 ulasan:

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.