Monday, January 14, 2013

Situasi

"Ada yang bertanya mengapa membiarkan?" Ahmad tersedak. Minumnya terhenti. Gelas diletak.

Mukanya kagek.

"Sekali lagi?" Ahmad inginkan kepastian.

"ada yang bertanya, kenapa kamu diam sahaja?"

"membiarkan majlis yang macam itu"

"ada majlis tari menari la, ada persembahan yang tak syarie"

"mengapa membiarkan?" yang bertanya nampak benar tidak puas hati.

Marah mungkin. Namun marah jangan sampai emosi.

Ahmad mengeleng kepala. Dia bangun daripada kerusi.

"Siapa kata?" ringkas.

"ahli mesyuarat kamulah" satu lagi serangan.

"kata apa?"

"dia kata ,Ahmad tak kata apa-apa pun la" makin menyerang.

Senyum Ahmad mengendur. Muka serius.

"Malam itu malam mereka, bukan malam kita"

"kalau orang kita sendiri yang terigin sangat mahu seronok bersama mereka, itu salah mereka"

"pokoknya, saya membenarkan majlis itu atas sebab kebebasan beragama, itu hak mereka"

"jikalau majlis yang kita sendiri buat, saya akan usahakan agar semua itu terkawal, syariah compliance "

Diam seketika.

Orang di bawah nampak salah orang atas. Namun jika sekadar nampak tampa teguran tiada guna. Bahkan, jika orang yang dibawah hanya berani bercakap tanpa berani bertindak membantu, juga tak ke mana.

Bawalah islam walau apa status anda.

"ada dia cakap begitu? "

diam.

"sekali lagi saya tegaskan , malam itu malam mereka, jadi mereka yang urus"

"dan jika ada orang kita yang terhegeh-hegeh mahu sangat sertai mereka, itu salah mereka"

"saya tidak sokong maksiat"

"jadilah penyelesaian , bukan masalah"

"mungkin kita perlu tingkatkan ilmu orang kita, bukan salahkan mereka"

Ahmad kembali di kerusi.

Senyuman kembali lagi.

"apa-apapun terima kasih"

(Senyum)

******

Situasi politik di dalam kehidupan.
Situasi masyarakat majmuk.
Tiada paksaan dalam agama

Apa guna jika penguasa cuba mengamalkan islam, jika masyarakat islam sendiri masih belum faham dan mahu menyokong.






                                                                           kredit 
kes tadi :

kamu faham siapa 'mereka'? bukan islam
'kita'? orang islam


(adaptasi satu situasi)
*ini bukan fatwa. ini sekadar perkongsian

8 17 ulasan:

Cik Tinky Winky said...

"mungkin kita perlu tingkatkan ilmu orang kita, bukan salahkan mereka"

fuh!!! peluh besar =_="

Rintihan HambaMu said...

jzkk ats perkongsian yang membina ini..
"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim" (H.R. Ibnu Majah)

Anonymous said...

ini berdasarkan pengalaman sendiri ke????
*soalan cepumas* :)

khaliFah_maahad said...

lebih dan kurang :)

Ghuraba' said...

memang betol.
tp...apa penyelesaian untuk mningkatkan ilmu org kita???
skdar pertanyaan...
sudah dibuat ke???
maaf...pertanyaan kpada diri sdiri jgk..

khaliFah_maahad said...

Iqra'

Bacalah

:)

Ghuraba' said...

baca?? mohon penjelasan lanjut.

Anonymous said...

"dan jika ada orang kita yang terhegeh-hegeh mahu sangat sertai mereka, itu salah mereka"

maaf. seperti krg besetuju dgn statement di atas. salah mereka bererti slh kita jgk. salah kita kerana x cuba memberi kefahaman kpada mereka. llmu semata-mata tnpa kefahaman mgkin krg memberi kesan.Yes, bersetju dgn jwpn yg diberikan pd Ghuraba'. Iqra'. tp adakah dgn memupuk budaya iqra' sahaja mampu mengubah org kita?

 
khaliFah1412h. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.