Gaza bermandi darah lagi.
Hujan peluru.
Syuhada’… Syuhada’…
Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter.
Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna.
Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan.
Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara.
Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terkuis oleh jeritan dan pelbagai tindakan saya.
Kerana itu kali ini saya sepi. Termenung. Selepas puas memandang jauh, saya pulang melihat diri. Muhasabah.
Terpandang hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ ( قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ).
Daripada Abu Hurairah beliau berkata: Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda: wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang telah Dia perintahkan kepada para Rasul. Lalu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membacakan firman Allah, wahai Rasul, makanlah kamu daripada yang baik-baik dan beramal solehlah kamu. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan Baginda juga membaca firman-Nya, wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu. Lalu baginda menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir panjang. Rambutnya kusut, tubuhnya berdebu. Dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “oh Tuhan!, “oh Tuhan” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan hidangannya semua haram, maka bagaimanakah doa itu hendak dimaqbulkan?” [riwayat Muslim]
Justeru, apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.
Berusahalah
HASRIZAL
43000 BSP
43000 BSP
Dikongsi daripada Ustaz Hasrizal di Saifulislam
:'(
0 17 ulasan:
Post a Comment